1 CIK BUNGA DAHLIA

Romance Completed 125516

Bunga-bunga yang masih segar itu disusun kemas di tempatnya. Bunga mawar merah diambil kemudian Afya mencium baunya yang menyenangkan itu. Bunga mawar diletakkan di tempat asalnya semula.

Afya mengundur beberapa langkah ke belakang. Afya tersenyum puas hati melihat bunga-bunga cantik telah disusun kemas oleh dirinya tadi.

Haruman kedai bunga itu telah membuatkan dia lupa tentang kejadian 2 hari yang lepas iaitu sewaktu ibunya tiba-tiba memukulnya tanpa sebab itu.

Afya tersenyum lagi sekali. Inilah sebab kenapa dia suka pekerjaan seperti ini. Tempat kerjanya jauh lebih baik daripada di rumah. Mungkin terbalik bagi orang yang hidupnya bahagia. Bagi orang lain, di rumah itu lebih baik berbanding di tempat kerja. Namun bagi Afya di tempat kerjalah lebih menyenangkan.

"Hai Cik Bunga Dahlia ni. Tak habis-habis renung bunga tu" Afya tersedar dari lamunan saat Hanis mula menegurnya. Hanis merupakan sahabat baik Afya tapi dia juga merupakan pelanggan tetap di sini.

Setiap hari Hanis akan membeli bunga untuk diberi kepada adiknya yang sakit di hospital.

"Dah lama sampai ke? Tak perasan pula kau masuk"

"Eh taklah Fya. Aku dah sampai dari tahun lepas lagi. Engko je tak perasan. Nasib bestie kau ni tak berjanggut tunggu kau tau" sindir Hanis hingga membuatkan Afya ketawa kecil. Afya mendekati dia yang sedang memilih bunga yang hendak dibelinya.

"Ala sorrylah. Aku terpaku tengok bunga-bunga tu tadi" jelas Afya agar Hanis tidak ambil hati saat dia tidak sedar dengan kehadiran Hanis ke kedai itu tadi.

"Yelah nama pun Afya Dahlia. Kalau bab-bab bunga-bunga ni memang kau jela orangnya" kata Hanis sambil tersenyum manis. Lagipun dia tidak tunggu lama pun tadi. Dia hanya sekadar mengusik Afya.

Siapa saja tak kenal Afya itu. Sejak sekolah rendah dia sangat minat dengan pelbagai jenis bunga. Oleh itu dia diberi gelaran Cik Bunga Dahlia oleh sesetengah orang yang mengenalinya.

"Ambik ni lah. Bungkus cantik-cantik tau" Hanis menuding jari ke arah bunga yang menarik perhatiannya sebentar tadi. Afya melakukan tugasnya seperti yang Hanis minta.

"Nah" bunga yang telah siap dibungkus cantik itu diletakkan di meja kaunter. Hanis mengeluarkan duit cash untuk membayar bunga itu.

"Thanks weh. Nanti aku datang lagi ye. Aku gerak dulu byee" kata Hanis setelah selesai membuat pembayaran. Afya hanya mengangguk kepala dan menghantar Hanis keluar dengan anak matanya sahaja.

Afya mengambil telefonnya yang dia letak di dalam laci kaunter tadi. Kalendar canggih di telefon dibuka. Lagi seminggu ulang tahun adik lelakinya. Namun adik lelakinya tidak ada di sini. Dia dijaga oleh bapa kandungnya di kampung manakala Afya dijaga oleh ibunya. Kedua mereka telah berpisah sejak 17 tahun yang lepas lagi.

Hampir 5 tahun juga dia tidak pulang kampung kerana ibunya tidak membenarkannya. Afya terpaksa akur walaupun hatinya sudah sangat rindu dengan keluarga yang di sana.

Gambar dia dan ayahnya yang sempat dia ambil 6 tahun lepas dilihat semula. Bergenang air mata melihat wajah ayahnya di skrin telefon itu. Hanya itu yang dapat menjadi pengubat rindunya.

"Kakak rindu ayah.." monolog Afya sendiri. Dia benar-benar rindukan ayahnya namun dia tidak dapat menjumpainya sekarang.

"Kakak tak bahagia dekat sini ayah. Ibu dah tak sayangkan kakak sejak kawin dengan pakcik Asnawi. Kakak rasa dah tak selamat dekat rumah. Semua orang dalam rumah tu jahat dengan kakak. Kakak tersiksa yah. Ibu dah tak sama macam dulu" luah Afya seorang diri.

Dia mengusap dadanya dengan perlahan. Hatinya benar-benar hancur sekarang. Selepas ibu berubah, Ammar juga meninggalkan dia. Itu menambahkan lagi luka di hatinya.

-

Seusai kelas terakhir yang Fahmi ajar tamat. Dia bergegas keluar dari kelas itu dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat yang ingin dia tujukan.

Fahmi mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nombor telefon ibu didail. Telefon diletakkan di tepi telinga sambil menunggu ibunya mengangkat telefon. Kereta dihidupkan semula.

"Assalamualaikum Ibu"

'waalaikumsalam, ada apa call ibu ni?'

"Ibu busy ke tu?" Soal Fahmi saat dia dengar suasana di sana agak bising. Kalau bukan buat kuih pasti ibunya sedang menonton televisyen. Cuma dua itu saja aktiviti ibunya di rumah, ayah pula jarang ada di rumah kerana selalu sibuk memancing bersama kawan-kawannya.

'ibu tengah tunggu kuih ibu siap sambil tengok tv ni ha' Fahmi tersenyum lebar. Tekaannya tidak salah lagi.

"Ohh"

"Sebenarnya Mi ada benda nak bincang sikit dengan ibu. Malam ni Mi balik kejap sana. Sekarang Mi nak jumpa someone dulu"

'someone? Siapakah itu? Bakal menantu ibu ke?'

"Ish apa ibu ni. Ada-ada jela"

'betul ke? Ke salah?'

"Apa yang betul Bu? Bukan siapa-siapalah. Kawan Mi je" Fahmi mengelak dari tekaan ibunya. Ibu tersenyum lebar. Walaupun Fahmi tidak kata someone itu perempuan tapi sebagai seorang ibu. Dia tahu itu adalah perempuan.

'Mi. Ibu ni yang lahirkan Mi tau. Mi takkan boleh tipu ibu tau. Ibu boleh tau sebelum Mi mengaku dulu'

"Ala ibu nii" Fahmi merungut dengan manja. Ibu saja buat dia rasa serba salah. Ibu ketawa kecil di telefon sambil menggeleng kepala meskipun Fahmi tidak dapat melihatnya.

'ibu okay jelah kalau Mi nak bawakkan ibu menantu. Lagipun Ibu ni dah makin tua. Mi pulak dah umur 29 tahun. Bila lagi nak kawin kalau bukan tahun ni kan? Takkanlah nak tunggu tua sangat baru nak kawin pulak'

'ibu terima sapa saja pilihan Mi. Asalkan dia perempuan yang Mi cinta dan yakin boleh jadi peneman hidup Mi sampai tua nanti'

Fahmi terdiam mendengar ayat terakhir ibunya. Apa yang ibu cakap benar. Perempuan seperti itulah dia patut jadikan isteri bukannya perempuan yang dia tidak cinta dan tidak yakin untuk jadi peneman hidup semati dengannya.

'Mi? Mi okay ke? Kenapa diam je?' tegur Ibu apabila Fahmi tidak membalas sepatah kata kepadanya semula.

"Ah ye Mi okay bu. Sorry bu, Mi penat sikit tadi"

'rehat yang cukup Mi. Kalau Mi penat. Datang esok pun boleh. Ibu ada je kat rumah ni. Jangan drive kalau sakit' pesan ibunya lalu Fahmi mengangguk kepala sendiri.

'apa-apa jadi kang tak pasal-pasal ibu dengan ayah nak gi sana tengok kau. Nanti sakit mulalah naik manja dia. Bertuah pula anak lelaki ibu yang sorang ni ha. Dah besar panjang pun degil' Fahmi tersengih-sengih mendengar suara ibunya membebel. Itu yang dia suka bila telefon ibu.

'ha mulalah tu gelak bila ibu bebel'

"Mana ada gelak bu. Mi senyum je" balas Fahmi dengan santai. Fahmi mengambil satu buku nota yang berada di laci kereta. Buku nota itu diselak ke halaman pertama.

"Okaylah bu. Mi letak dulu. Mi ada benda nak buat" kata Fahmi untuk meletakkan telefon. Setelah ibu menamatkan panggilan, Fahmi menurunkan telefon dari telinga lalu telefon itu diletakkan di tempat duduk penumpang di sampingnya.

Buku nota itu diangkat lebih dekat. Itu buku nota tentang Afya yang ditinggalkan oleh Ammar untuk Fahmi mengetahui tentang Afya. Segalanya sudah tertulis di buku nota itu untuk mudahkan dia mengenali Afya.

Dia sudah terima buku itu sejak 4 bulan yang lepas tapi baru kali ini dia membuka dan membaca isinya.

"Dina' Florist and garden shop" nama tempat kerja Afya disebut oleh Fahmi. Fahmi terdiam seketika. Rasanya nama kedai itu agak familiar dengan dia. Tapi dia lupa sama ada dia pernah ke sana atau tidak.

-

Fahmi menarik nafas dalam-dalam kemudian dia lepaskan dengan tenang. Dia berdiri di hadapan tempat kerja Afya yang terpapar di signboard nama Dina' Florist & garden shop.

Kaki melangkah ke hadapan manakala satu tangan menolak pintu kedai itu. Fahmi melihat ke sekeliling. Bunga-bunga yang cantik tersusun menjadi pemandangan pertamanya saat masuk di kedai itu.

Fahmi menghembus nafas lagi. Kali ini dia matanya sedang mencari seorang gadis yang ingin dia temukan. Mata Fahmi tertumpu pada seorang gadis yang sedang menggubah bunga hiasan di hujung.

Gadis itu mengangkat kepala. Matanya membalas pandangan Fahmi saat dia tersedar Fahmi memandangnya tadi. Gadis itu berhenti menggubah bunga hiasan.

Fahmi dengan pantas menoleh ke arah lain dan mengalih anak matanya ke bunga-bunga yang berdekatan dengan tempat dia berdiri. Gadis itu tersenyum sambil berjalan ke arah Fahmi yang berdiri di bahagian bunga melur.

'dia ke Afya? Dia ke? Betul ke itu dia? Kenapa aku berdebar-debar sangat ni?' nafas Fahmi tercungap-cungap saat gadis itu mula berjalan untuk menghampirinya.

"Boleh saya tolong Encik?" Suara lembut gadis itu mula menyapa Fahmi terlebih dahulu. Fahmi menoleh kepala perlahan-lahan. Dia melihat tag nama yang berada di bahagian dada baju itu.

Mata Fahmi membulat apabila nama Afya Dahlia terpapar di tag nama itu. Fahmi mengangkat kepala, wajah Afya dipandang untuk tempoh yang lama. Afya melemparkan senyuman manis. Fahmi terpegun seketika melihat rupa Afya yang cantik. Kedua mereka saling bertatapan mata.

'Afya Dahlia. Dialah Afya' Fahmi menundukkan matanya saat dia sedar dia memandang Afya dengan tempoh yang lama tadi.

"Encik nak cari apa-apa ke?"

"Sa-saya nak cari baju untuk ibu say-a" kata Fahmi tergagap-gagap. Afya berkerut dahi dengan hairan. Dia melihat ke sekeliling sebelum dia memandang ke arah Fahmi semula.

"Tapi ni kedai bunga Encik. Kami tak jual baju" kata Afya sambil tersenyum kelat. Afya mengaru telinganya sendiri.

"Eh Ya Allah salah. Maksud saya, saya nak belikan bunga untuk ibu saya. Ha bunga. Maksud saya bunga" dengan malu Fahmi membetulkan semula katanya. Fahmi yang telah malu itu pura-pura memandang ke arah lain. Baru kali pertama dia jumpa Afya. Dia dah malukan dirinya sendiri di depan Afya.

Afya tersenyum kecil namun dia cuba menyoroknya agar Fahmi tidak terasa hati dengannya.

"Nak bunga apa ye Encik? Boleh pilih" layan Afya dengan ramah sambil menunjukkan bunga-bunga yang sesuai untuk diberikan kepada ibunya. Namun sewaktu Afya sibuk menunjukkan bunga-bunga kepada Fahmi, Fahmi malah memandang wajah Afya.

Afya memandang Fahmi. Afya berkerut dahi melihat Fahmi yang hanya diam dan memandang wajahnya dari tadi. Ada apa-apa yang salah ke di muka Afya? Afya melambai tangan di depan Fahmi.

"Encik? Encik okay ke?" Afya berusaha untuk menyedarkan Fahmi di hadapan.

"Ah-saya okay" Fahmi mengeleng kepala saat dia tersedar dari lamunan. Lagi sekali dia mengalihkan anak mata ke arah lain. Sekali dia dapat lihat wajah Afya, entah kenapa dia rasa ingin melihatnya berkali-kali.

"Encik nak bunga yang mana?" Soal Afya dengan penuh sabar. Rasanya ini sudah 2 kali dia ulang persoalan yang sama.

"Boleh awak pilihkan? Yang sesuai untuk ibu saya. Saya tak berapa tahu bunga apa yang sesuai untuk saya bagi dengan ibu saya" kata Fahmi sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Afya mengangguk kepala tanda dia mengerti. Mungkin sebab itu kot Fahmi diam tadi, kerana dia tak tahu bunga apa yang hendak dipilih untuk diberi kepada ibunya. Itulah yang difikirkan oleh Afya.

Afya mengambil bunga yang sesuai dengan keinginan Fahmi. Bunga itu ditunjuk kepada Fahmi.

"Macam mana dengan bunga ni?"

"Ni nama dia bunga anyelir merah muda. Bunga ni melambangkan perasaan bahagia dan cinta yang abadi antara ibu dan anak" jelas Afya sambil tersenyum manis. Fahmi mengetap bibir dengan perlahan. Dia benar-benar terpegun dengan kecantikan Afya terutamanya saat dia memegang bunga itu.

"Ohh bolehlah ni. Saya nak bunga ni" kata Fahmi dengan tenang namun jantungnya berdegup kencang sepanjang berbicara tadi. Afya membawanya ke kaunter pembayaran.

"Terima kasih" ucap Afya setelah Fahmi selesai membuat pembayaran.

Afya terdiam apabila Fahmi masih berdiri di kaunter pembayaran. Seperti ada sesuatu yang ingin dia tanyakan.

"Ada apa-apa lagi ke Encik?" Soal Afya. Fahmi menjadi gelabah saat Afya bercakap dengannya. Bibirnya bergetar seketika.

"Saya nak tanya"

"Tanya? Boleh tanyalah" balas Afya dengan senang hati. Senyuman manis dilemparkan lagi. Fahmi mengetap bibir. Dia seperti terkena jampi saat melihat Afya tersenyum.

"Awak single ke? Awak dah kawin atau belum?" Afya terdiam mendengar soalan Fahmi. Fahmi menjadi semakin tidak keruan apabila wajah Afya seakan-akan pelik dengan kelakuannya.

"Sorry. Saya tanya soalan yang tak patut-" belum sempat Fahmi menjelaskan niatnya tiba-tiba Afya memotong perbicaraannya.

"Ye saya single dan belum kawin" balas Afya. Kali ini Fahmi yang terdiam pula.

"Macam mana? Saya dah jawab pertanyaan awakkan?" Kata Afya lagi. Fahmi mengangguk kepala berkali-kali. Bunga di atas meja diambil lalu dia meninggalkan kedai itu begitu saja.

Afya melihat Fahmi keluar dari kedainya dengan wajah yang malu. Afya tersengih sendiri. Wajah Fahmi ketara sangat merah tadi tapi dia buat-buat tidak tahu saja.

Fahmi bergegas masuk ke dalam kereta. Bunga diletakkan di kerusi penumpang. Dia menghembus nafas dengan panjang. Tangan naik memegang dadanya yang masih berdegup kencang.

"Ya Allah. Ingat niat kau balik Mi"

"Yang kau blushing sangat tu dah kenapa Mi" Fahmi menampar pipinya sendiri. Fahmi melihat wajahnya di skrin telefon miliknya. Wajahnya memerah jambu kerana tadi.

"Dia girlfriend kawan kau sendiri. Takkan kau nak suka dia pulak" monolog Fahmi sendiri. Mata dipejam rapat lalu dia sandarkan kepalanya di stereng kereta.

"Kalau kau kawin dengan dia sekalipun. Ingat. Kau cuma kawin untuk lindung dia. Bukan sebab cinta. Ingat tu Mi"

Fahmi mengeleng kepala dengan perlahan. Apa dah jadi dengan perasaannya sekarang. Takkan semudah itu dia jatuh cinta. Dia terus menidakkan perasaan itu. Dia tahu dia sebenarnya tidak jatuh cinta. Dia hanya terpesona dengan kecantikan Afya tadi. Ya betul. Hanya kerana dia cantik. Bukan kerana dia sudah cinta. Mustahil dia mudah jatuh cinta seperti ini.

"Kalau Ammar datang balik. Kau mesti kena lepaskan Afya untuk Ammar semula" fikir Fahmi terus menerus. Walaupun Ammar tidak pernah cakap seperti itu. Tapi dia yakin, akan datang suatu ketika dimana dia terpaksa melepaskan Afya kerana Ammar sudah kembali ke sini.

"Ahh Ya Allah. Aku buntu"

-

Salam diberi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Afya berhenti di depan rak kasut. Kasut ibunya tiada. Itu bermakna ibu tiada di rumah. Afya tersenyum sambil menghembus nafas kerana lega.

Mungkin ibunya ikut bercuti dengan kawan-kawannya di suatu tempat. Ibunya sering mengikuti kawan-kawannya yang masih bujang tua bercuti. Itu bermakna ibu tidak akan pulang malam ini.

Afya membuka kasut kemudian dia susun di rak kasut dengan rapi. Suis lampu dihidupkan. Afya memandang ke hadapan saat dia tersedar ada seseorang berdiri di tengah ruang tamu mereka.

Senyuman Afya memudar melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah ruang tamu. Afya mengundur kakinya ke belakang dengan perlahan.

'Pakcik Asnawi? Sejak bila dia ada di sini..' lelaki tua yang dikenali sebagai suami ibunya itu melemparkan senyuman sinis kepadanya.

Airliur ditelan dengan kelat. Perasaan tidak senang mula timbul. Ada apa dengan senyuman Asnawi itu?

"Dah lama tak jumpa kau Afya. Kau mesti rindukan aku kan?" Kata Asnawi lalu dia tersenyum. Namun senyuman itu sangat mengerikan bagi Afya yang telah trauma dengan kejadian yang lepas.

"Ibu aku mana?" Soal Afya dengan gelaran yang asing. Selama Asnawi dan ibunya kawin. Dia tidak pernah memanggil lelaki yang kejam itu dengan gelaran ayah.

"Ibu kau? Entah" balas Asnawi yang sengaja tidak mahu memberitahu di mana ibu Afya sekarang. Asnawi melangkah mendekati Afya.

"Jangan dekat aku!"

"Selangkah kau bergerak. Aku akan bunuh kau!" Jerit Afya dengan nyaring. Wajahnya berubah bengis saat menatap wajah lelaki yang hampir merosakkan keperawanannya. Mata Afya berubah merah dan berair. Tangannya mengeletar saat menghalakan alat yang tajam ke arah Asnawi sebagai pertahanan diri.

"Aku kata jangan dekattt!!!!!" Jerit Afya lebih kuat apabila Asnawi tidak mendengar amarannya. Asnawi semakin berani mendekati dia.

Asnawi berhenti melangkah saat pintu rumah dibuka. Ibu Afya masuk ke dalam rumah. Afya menurunkan tangannya. Tubuh Afya semakin kuat bergetar apabila ibu ternampak tangannya tadi.

"Ada apa ni?" Soal Ibu Afya yang binggung melihat alat yang tajam di tangan anaknya. Manakala suaminya hanya tenang di sana.

"Kau jangan buat hal pelik-pelik Afya. Sebelum aku angkat tangan baik kau naik bilik kau sekarang!" Jerit Ibu Afya. Afya berlari menaiki anak tangga kemudian dia mengurung dirinya di dalam bilik. Asnawi tersenyum puas melihat Afya dimarahi oleh ibunya sendiri.

Eviani iaitu ibu Afya menoleh ke arah suaminya. Tangan Asnawi dipegang perlahan kemudian dia periksa setiap tubuh Asnawi kerana bimbang jika Afya ada melukakan suaminya tadi.

"U okay ke? I minta maaf kalau Afya ada buat apa-apa dekat u tadi" kata Eviani yang terlalu risau akan keselamatan suaminya berbanding anaknya sendiri. Asnawi membelai rambut Eviani dengan lembut.

"I okay. U jangan risau ye sayang" pujuk Asnawi kemudian dia peluk tubuh Eviani dengan erat. Mata Asnawi tidak henti merenung ke arah bilik Afya yang berada di tingkat satu. Asnawi tersengih sambil memeluk tubuh isterinya.

-

Aku berlari menaiki anak tangga untuk masuk ke dalam bilik apabila sudah menjerit kepadaku tadi. Pintu bilik dikunci rapat kemudian aku letak kayu penyapu sebagai penahan agar pintu tidak dapat dibuka dari luar.

Aku mengundurkan diri ke belakang tanpa sedar. Perasaan takut yang menyelubungi diriku tidak dapat dikawal olehku. Seluruh tubuhku menjadi sejuk manakala tanganku tidak henti bergetar-getar kerana rasa takut ini.

Aku terduduk di samping katilku. Aku memeluk tubuhku sendiri. Kepala digelengkan berkali-kali tanpa aku sedar. Airmata mengalir semakin deras. Aku menutup kedua telingaku dengan tangan. Kata-kata Asnawi tadi terngiang di kepalaku lagi sekali.

"Ammar..tolong saya.." kataku sambil memanggil nama Ammar dengan berharap dia akan membantuku seperti dulu kala.

"Tolong.."

"Tolong aku.."

"Ayah..Ammar..Hanis..dekat mana korang? Tolong aku.."

"Ahhh" aku menampar kedua telingaku sendiri. Kenapa suara Asnawi sering terulang di telinga aku? Itu buat aku semakin takut dan hendak gila.

"Ya Allah hantarkan seseorang..tolong aku.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience