Rate

BAB 3

Family Completed 406

Tanpa disedarinya, sepasang mata liar sedang memerhati dari jauh. Ibarat
seekor harimau yang sedang menghendap mangsanya, lelaki itu menapak
perlahan menuju ke arah belakang Luna . Dia sudah puas memerhati dan
saatnya sudah pun tiba. Lelaki itu memeluk erat Luna dari belakang.
Luna tersentak. Dia terkejut bukan kepalang tetapi dia cuba bertenang.
Refleksnya bertindak. Dia cuba meloloskan diri dari terus dipeluk lelaki
itu. Sekuat daya dia cuba melepaskan dirinya. Hampir kalah dia dipeluk
oleh tenaga lelaki. Luna bergelut hebat dengan lelaki itu. Pergelutan
berlaku dengan sengit.
“Lepaskan dia!” Carl muncul. Dia benar-benar terkejut melihat siapa
pelakunya. Adik-adik Carl hanya memerhati dari jauh.
“Papa jangan masuk campur!” Ryo mengugut.
“Ryo , dia orang yang papa cintai. Tolong lepaskan dia,” Carl membuat
pengakuan tanpa dipinta.
“Ryo benci perempuan ni Papa! Sejak perempuan ni wujud, Papa dah
jarang lepak dengan kami. Kami rindukan Papa yang dulu. Aku benci dia!”
mata Ryo membutang.
“Tak kiralah siapa perempuan ini. tapi perbuatan kau ni salah. Papa tak
akan biarkan kau apa-apakan dia.” Carl cuba bertenang.
Ryo tahu semua pasal Carl . Dia bukanlah calang-calang lelaki. Dia
mahir dalam ilmu persilatan yang Abinya ajar. Mudah sahaja untuk lelaki
itu mengelak tumbukannya. Ryo semakin berang. Dia mengeluarkan pisau
lalu menghunuskan ke arah Carl .
“Sampai hati Ryo buat Papa macam ni. Mana janji kita untuk sentiasa
bersama. Tolong menolong. Kini kita bagaikan musuh.” Carl melahirkan
perasaan kecewanya.
Ryo tersentap mendengar kata-kata Carl dan terus melarikan diri.
“Awak tak apa-apa Luna ?” Carl bertanya dengan perasaan yang bimbang.
“Tak. Saya tak apa-apa. Terima kasih sudi datang jemput saya.” Ucap
Luna . Dia masih berasa malu dengan pengakuan Carl tadi.
Mereka bertunang atas kehendak keluarga tetapi tidak sangka Carl terima
dengan hati yang terbuka.
“Jom! Saya hantar awak pulang.” Ajak Carl .
Luna pun masuk ke dalam kereta. Dia terkejut melihat ramai di tempat
duduk belakang.
“Hai kak Luna .” Serentak mereka berkata.
“Hai...” Luna hanya mampu tersenyum.
Carl meneruskan perjalanan mereka.
“Kenapa lelaki tu panggil awak, Papa?” soal Luna .
“Hmmm, Papa tu singkatan daripada Penyelamat Anak-Penyelamat Anak. So,
singkatannya PAPA. Ahli kumpulan ni semuanya panggil saya PAPA sebab
saya ketua mereka.” Jelas Carl .
“Barulah faham!” Qris menyambuk.
Carl tersenyum.
“Atul, bagi hadiah yang abang pilih tadi pada kak Luna .” Arah Carl .
“Hadiah?” Luna terkejut.
“Kejap ye abang?” Rabiatul mengambil bungkusan yang dibalut kemas.
Sederhana sahaja kotaknya.
“Nah kak!” Rabiatul menghulurkan kepada Luna .
“Buka dirumah tau,” pesan Carl .
“Baiklah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience