Rate

BAB 2

Family Completed 406

“Pergi tukar baju elok sikit.” Tegur Carl . Baju Fateha sedikit ketat.
“Tak ketat pun abang.” Manja sekali suara Fateha .
“Adik, abang tegur baik-baik ni. Lagi pun abang tahu adik abang ni jenis
dengar kata. Kalau adik tak nak juga tukar, tak payah ikut abang,”
nasihat Carl .
“Yalah!” Fateha berlari semula ke dalam rumah untuk menukar baju tersebut.
“Alamak, ada awek cun la.” Puji Carl . Fateha berasa malu dipuji oleh
abangnya begitu.
“Yelah!” Ashraf mengiakan.
“Terima kasih abangku dan kakak-kakakku.” Ucap Fateha dengan ikhlasnya.
Selepas itu mereka bertujuh bertolak. Cekap sekali Carl mencari tempat
parking di kawasan sesak itu.
“Cepat la. Nanti lambat pula?” Carl mengarah. ‘Yalah tak rela tapi
tanggungjawab ni. Nak kena jaga adik-adik perempuan. Bukan senang tau.’
“Abang jom!” Fateha memeluk lengan abang kesayangannya itu. Carl
mengeluh. Ini adik bongsunya yang berusia 16 tahun. Sangat manja dengannya.
Eikah, Saleha dan Liyana berjalan bersama-sama. Mereka bertiga jarang
keluar membeli belah kerana Saleha dan Liyana, sibuk dengan belajar.
Sebab adik perempuan kembarnya ada peperiksaan penting iaitu SPM. Eikah
pula baru sahaja tamat persekolahan. Sedang menunggu keputusan SPM
keluar. Dia suka duduk di rumah dan membantu Ummi.
“Ashraf nak abang Ash yang belanja tau.” Kata Ashraf . Dia sudah buat senarai
barang keperluannya. ‘Ini pula adik perempuan aku yang pertama, kakak
sulung la. Dia matang sikit. Motif nak menghabiskan duit aku la tu.’
“Ya abang belanja. Adik, jangan pegang abang macam ni. Malu la.” Dia
menolak Fateha .
“Malu? Adik tak malu pun. Nak jugak!” Fateha kembali memeluk lengan Carl .
“Mana Atul?” soal Carl apabila melihat adiknya yang ke dua tidak
kelihatan.Pantas Carl berpatah balik. “Atul!” jeritnya apabila melihat
wajah keliru adiknya itu. “Abang kat sini!”
“Abang....” panggil Rabiatul. Dia bimbang tersesat. Nasib baik dia
ternampak kelibat abangnya.
“Pegang baju abang ni. Nanti hilang pula.” Pesan Carl . Adik-adiknya
jarang keluar seperti ini. Kalau mahu keluar juga, mesti ditemani Carl .
“Adik pula?” soal Fateha . Dia memandang abangnya itu.
“Ikut suka adik la nak pegang apa. Eikah, Saleha dan Liyana. Jalan
bersama tau. Jangan berpisah.” Pesan Carl . Carl bagaikan berjalan
bersama kanak-kanak yang masih kecil. Perlu dijaga dengan penuh perhatian.
“Papa!” Ashraf muncul tiba-tiba.
“Papa?!” serentak adik-adik perempuannya berkata. Mereka benar-benar
terkejut apabila ada orang lain yang mengelarkan abang kesayangan mereka
ini ‘papa’.
Carl tersengih.
“Anak abang ke ni?” soal Ashraf . “Macam sebaya dengan Ashraf aje. Tak logik
pun ada.” Dahi Ashraf sudah berkerut.
“Shhhhh!” Carl letak jari dibibirnya. Dia pun menceritakan segalanya
kepada adik-adik perempuannya di KFC berhampiran.
“La, tak ada nama lain ke abang nak guna.” Kata Fateha dengan nakalnya.
Carl pun menjentik dahi Fateha . Geram punya pasal.
“Sakitlah abang! Abang jahat!” Fateha memeluk Rabiatul. Dia pun turut
manja dengan kakaknya yang itu.
“Mulut tu jaga sikit. Abang cili nanti.” Marah Carl . “Kenapa datang
jumpa Papa ni?” soal Carl pada Ashraf .
Adik-adik perempuannya hanya mampu menekup mulut sahaja demi menahan
gelak apabila mendengar Carl mengelarkan dirinya papa. Carl hanya
mampu menjeling tajam. ‘Tapi budak-budak ni mana makan dengan jeling
maut aku tu.’
“Ryo buat hal. Better papa datang ke tempat kita.” Kata Ashraf . Carl
mengeluh. ‘Tak kan nak bawa adik-adik aku ni? Bahaya.’ Carl cuba
membuat keputusan.
“Kamu semua balik rumah ye?”Arah Carl .
“Tak nak! Kami nak ikut!” kata Ashraf . Yang lain pun mengangguk.
“Liyana dan Saleha ni bukan penakut ke?” soal Carl .
“Eh, mana ada!” serentak mereka menjawab.
“Atul okey tak?” Carl bertanya adiknya yang paling lemah lembut ini.
“Adik tak kisah. Adik yakin abang akan melindungi adik.” Rabiatul
tersenyum. Begitu juga dengan Carl .
“Jom!” Ajak Fateha dengan begitu semangat. Tiba-tiba telinganya dipulas
oleh abangnya. “Sakitlah!” marah Fateha . Carl hanya tersenyum.
Merek sampai juga di tempat Carl selalu lepak. Carl menutup pintu
keretanya dan tiba-tiba Ryo datang menumbuknya.
“Abang!!!” Adik-adik perempuan Carl menjerit. Mereka berasa risau.
“Korang semua duduk dalam kereta aje.” Arah Carl . Mereka hanya
mengangguk kepala.
“Kenapa dengan kau ni, Ryo ?” marah Ashraf . Carl memegang pipinya
yang terasa bisa.
“Kau jangan campur, kalau tak...” marah Ryo . Ryo berbangsa Cina. Dia
berkawan dengan Carl sejak mereka kecil lagi. Hubungan itu terlalu
akrab bagi Ryo .
“Kalau tak apa?” Ashraf tunjuk berani.
“Nah, ambil ni!” Ryo menyerang Ashraf pula. Ashraf melawan dan
berlakulah pergelutan. Kawan-kawan mereka yang lain cuba meleraikan
pergaduhan yang berlaku. Adik-adik perempuan Carl hanya mampu melihat
sahaja.
“Berhenti semua! Aku cakap berhenti!” jerit Carl sambil menumbuk kereta
kesayangannya sendiri. Adik perempuannya terdiam juga mendengar jeritan
abang sulung mereka. Semua orang tergamam dengan tindakan Papa mereka.
“Papa...” Ashraf terkejut.
“Diammmmmm!” jerkah Carl .
“Papa, aku.... Aku....” Ashraf rasa bersalah.
“Sudah!” jerit Carl lagi. “Ini ke yang Papa ajar selama lima tahun kita
bersama. Ini ke? Mana semangat setia kawan dan saling bantu-membantu?
Mana?!” marah Carl .
“Garang juga abang kita ni kan?” kata Fateha . Mereka berenam hanya
mengangguk kepala.
“Apakah dengan cara memusuhi antara kita semua?” Carl mengeluh. Dia
cuba bertenang. Perasaan kecewa muncul kerana perkara ini terjadi dalam
kalangan mereka.
“Ryo ni Papa, dia tak hormat Papa!” Ashraf cuba membela.
“Aku pula. Kau tu...” Ryo tidak mengakui kesalahannya.
“Sudah!” amuk Carl lagi. Suara Carl bergetar menahan marah.
“Tak malu ke adik-adik Papa tengok korang bergaduh macam ni. Sudah!
Bersurai semua. Malam ni tak ada lepak-lepak. Malam ni juga semua jangan
datang sini. Kita jumpa esok malam sahaja.” Arah Carl . Dia terus
membuka pintu kereta sambil memandang wajah Ryo . Dia yakin yang Ryo
masih tidak berpuas hati dengan caranya.
“Jom makan. Lapar pula lepas marah-marah orang ni.” Ajak Carl .
Adik-adiknya bersorak dengan gembiranya. ‘Kalau pasal makan, seronok ajeadik-adik aku ni.’ Sedikit sebanyak perasaannya tenang melihat tingkah
laku adiknya yang sentiasa mencuit hatinya.
Selepas berjalan seketika, telefon bimbit Carl berbunyi.
“Alamak!” Carl bersuara.
“Kenapa abang?” tegur Eikah yang baru keluar dari surau berhampiran.
Mereka menunaikan solat Asar di situ. Adik-adiknya yang lain belum bersiap lagi.
“Abang kena pergi ambil kak Luna . Korang tak kisah kan?”
“Tak kisah!” tiba-tiba muncul 5 orang adiknya dari belakang Eikah. Carl hanya tersenyum. ‘Penat juga melayan adik-adik perempuan ni.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience