Rate

BAB 1

Family Completed 406

Carl sedang bersiap-siap mahu ke pejabat. Itulah tugasan harian yang
perlu dia lakukan. Dia seorang yang mudah tersenyum dan peramah tetapi
tiada sesiapa tahu, setiap malam dia seorang yang ganas dan kaki lepak.
“Ryo , ada lagi orang mabuk lalu kawasan kita?” soal Carl .
Dia sedang menaip sesuatu dalam komputer ribanya. ‘Kerja kat pejabat
banyak sangat. Terpaksa buat malam ni.’ Carl mengeluh.
“Malam ni tak ada, Papa.” Jawab Ryo .
“Bagus!”
Tiba-tiba muncul pula Ashraf . Wajahnya lebam. Carl
terkejut. ‘Apa dah jadi dengan anak aku ni.’ Bisik hati Carl .
“Kenapa ni Ashraf ?” Carl bertanya. Dia benar-benar bimbang
dengan keadaan Ashraf .
“Botak dan Rimon. Dia masuk kawasan kita. Dia cuba nak jual
dadah. Aku cuba halang dia, Papa tapi aku dibelasahnya.”
“Tak guna makhluk dua ekor tu. Nak buat kejahatan aje.” Amuk
Carl . “Mari semua, kita bersemuka dengan diorang.” Arah Carl .
“Papa!” panggil Ryo .
“Ada apa lagi Ryo ? Papa tengah bersemangat nak tunjukkan
bakat gangster ni.” Carl sudah mengambil kayu hoki kegemarannya untuk
membelasah orang.
“Papa punya laptop kesayangan ni, nak tinggal sini ke?” kata
Ryo serba salah. Bimbang papanya marah.
“Alamak, laptop aku! Tunggu kejap anak-anak Papa.” Wajah
Carl kemerahan. Tahu juga malu.
“Jom!” kata Carl dengan begitu semangat setelah menyimpan
komputer riba miliknya itu ke dalam kereta.

Rasa sakit seluruh badan. Semalam bergaduh dengan Rimon dan Botak.
‘Mereka memang tak sedar diri. Aku kena lebih aktif jaga kawasan aku.
Mereka ni buat kacau kat tempat aku sahaja.’ Carl duduk bersandar pada
sofa. Amat selesa begitu.
“Abi tak mahu kamu terlibat lagi dengan gejala tak sihat tu.
Keluar malam, balik pagi. Abi tak didik kamu macam tu, Khairy Aimar !”
Abi mengamuk. “Malu Abi kalau kawan-kawan Abi tahu. Kaunseling orang
pandai, berjaya tapi jaga anak lelaki seorang pun tak lepas. Malu Abi
wahai Khairy .” Abi melahirkan perasaannya.
“Sabarlah abang...” pujuk ummi. Carl tersenyum.
“Tengok tu. Ummi boleh aje sabar. Relaks.” Balas Carl .
Abi mendongak. Matanya tajam memandang Carl . Amat geram
dengan sikap anak terunanya yang tidak bertanggungjawab.
“Abi tahu syarikat Abi yang kamu uruskan itu berjaya tapi
kamu harus sedar apa yang kamu ada sekarang ni boleh ditarik bila-bila
masa sahaja oleh Allah.” Nasihat Abi.
“Khairy tahu, Abi tapi Khairy bukannya tak sembahyang.
Khairy sembahyang apa? Cuma Khairy suka keluar waktu malam. Sejuk Abi.
Seronok!” Carl tersenyum.
“Abi... Abang Ash. Jemput minum air.” Adik perempuan Carl ,
Eikah membuatkan minuman untuk mereka berdua.
Tiba-tiba Abi mendapat idea. Dia tersenyum penuh makna.
“Sekarang Abi nak kamu bawa adik kamu berenam ni pergi
shopping. Kasihan diorang. Nak juga keluar melepak. Asyik kamu aje.”
“Betul ni abi?” Ashraf merupakan kakak sulung begitu teruja mendengar
arahan ayahnya itu.
“Apa abi? Malaslah!” Carl mengeluh.
“Ini arahan. Sila patuhi!” Tegas Abi.
“Lecehlah. Diorang semua perempuan. Malu la Ash macam ni.” Wajah Carl
kusut.
“Itu adik kamu, bukannya siapa-siapa. Kamu tu abang sulung.
Bertanggungjawab la pada adik-adik kamu ni.”
Selepas sarapan, Carl panaskan enjin kereta Toyota Alphard Vellfire
yang berwarna putih. Kereta itu adalah kereta kesukaannya. Dia suka
kereta yang besar-besar.
“Tapi kalau besar macam lori, tak nak la.” Carl berkata sendirian.
Carl menunggu adik-adiknya bersiap.
“Apa adik pakai ni?” Soal Carl pada Fateha . Adik bongsunya yang
seorang ini memang liar sikit tapi masih boleh dikawal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience