Rate

BAB 4

Family Completed 406

Semua perkara dapat diselesaikan dengan kuasa Allah. Botak dan Rimon
sudah ditangkap polis kerana mengedar dadah. Kejahatan akan dibalas
dengan kejahatan. Ryo ? Lelaki itu membawa diri entah ke mana. Sejak
itu, kumpulan Papa dibubarkan.
‘Tak dapat dah aku nak tunjuk gangster ni. Tak kan nak
tunjuk kat bakal isteri? Malulah macam ni.’
“Alhamdulillah! Sah! Sah! Sah!” Carl tersenyum.
Tiba-tiba Carl rasa berasa pelik. Ke mana adik-adiknya menghilang.
Tanpa mempedulikan tetamu, Carl terus keluar dari masjid terkejut. Luna
memang terkejut.
‘Laki aku nak lari ke lepas kahwin dengan aku?’ Luna sudah berfikir yang
bukan-bukan.
“Kat sini rupanya korang!” tegur Carl .
Ashraf , Rabiatul, Eikah, Saleha , Liyana dan Fateha sedang duduk tepi tangga
masjid. Mata mereka merah. Rupa-rupanya mereka menangis. Mereka sedih
yang abang kesayangan mereka kini sudah berkahwin. Mereka bimbang Carl
akan melupakannya apabila sudah mempunyai isteri.
“Abang...” Fateha memeluk abangnya. Dia yang paling manja.
“Sudahlah tu. Macam abang ni nak tinggalkan korang pula.” Carl mengusap
kepala Fateha . Dia cuba memujuk. Kasihan melihat adik-adiknya menangis.
Luna hanya mampu tersenyum. Keakraban mereka jelas kelihatan.
Abi dan Ummi hanya memandang dari jauh. Mereka berdua berasa bangga
dengan anak-anaknya. Semoga hubungan ini berkekalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience