Rate

Bab 2

Family Series 5929

Nurain memakir keretanya dipetak kosong bawah tanah pusat beli-belah Aeon Jaya Jusco. Suaminya sedang menanti di restoran steambot yang terdapat di dalam pusat beli-belah terkenal itu.

Dia gegas mencari telefon bimbit didalam handbag setelah mendengar music mp3 Isteri Solehah. Tak perlu melihat skrin, dia tahu siapa gerangan yang menelefonnya.

"Ya, abang.." ucap Nurain setelah menjawab salam suaminya.

"Sayang kat mana? Tak sampai lagi ke?" soal Imran Hadif risau.

"Ain dah sampai, baru je keluar kereta. Abang order dulu ya? Kejap lagi Ain sampai."

"Hati-hati, sayang. Jangan gopoh. Langkah tu hati-hati."

"Iya..Ain tahu. Dah banyak kali abang pesan kan?"

"Abang tahu Ain bosan abang cakap benda yang sama ulang kali. Tapi abang tetap nak pesan." ucap Imran Hadif sambil tertawa. Dia tahu pasti isterinya muak dengan pesanan yang berulang kali.

"Ya lah..ya lah.. Ain off ya? Kejap lagi Ain sampai. Ain dah lapar ni. Love you." ucap Nurain sebelum memutuskan talian. Bibir mengukir senyuman panjang mengenangkan suaminya.

Dia berjalan pantas menuju ke pintu masuk. Matanya menangkap kelibat seorang lelaki muda yang tertoleh-toleh sekeliling beberapa kali tanpa menyedari yang berada dibelakang pemuda tersebut.

Nurain memerhati lagi dari belakang.

Pemuda itu kemudiannya meluru pantas kepada seorang wanita bergaya disudut kawasan basement tersebut. Pemuda itu cuba merampas beg tangan wanita tersebut. Laungan meminta tolong mula kedengaran.

"Tolong! Tolong!" jerit wanita itu lagi.

Nurain kaget melihatkan adegan tarik-menarik yang berlaku. Dia bertambah kaget suara itu seperti pernah didengari. Suara itu!

Dia mempercepatkan langkah. Tepat sekali sangkaannya apabila wajah cemas Datin Rubiah menyapa pandangan mata.

Nurain semakin kalut apabila melihat pemuda itu mula cuba meragut gelang tangan ibu mentuanya. Dia memberanikan diri merapati pergelutan tersebut.

Dia lantas menyembur minyak wangi tepat ke muka pemuda itu. Pemuda tersebut mengerang dan kelam kabut ingin lari. Dalam kekalutan tersebut, pemuda itu telah melanggar Nurain sehingga menyebabkan Nurain terdorong ke belakang dan terjatuh ke lantai.

Nurain segera bangun dan cekap menarik beg tangan ibu mentuanya. Adegan tarik-menarik berlaku. Pemuda itu cuba menarik beg tangan tersebut dengan kuat.

Datin Rubiah yang pada mulanya terpaku melihat menantunya, turut bersama Nurain menarik semula beg tangannya.

"Tolong! Tolong! Pencuri!" jerit Nurain sekuat hati. Dia sudah tidak larat merebut. Badan sudah mula terasa lain macam. Perut juga terasa senak kerana pergelutan tersebut.

Pemuda itu jelas kaget mendengar jeritan kuat Nurain. Akhirnya dia melepaskan beg tangan tersebut.

Serentak dengan itu beg tangan tersebut berada pada pegangan Datin Rubiah dan Nurain. Akibat perbuatan yang tiba-tiba itu, Datin Rubiah tidak dapat mengawal tubuh.

Nurain yang tidak bersedia turut jatuh apabila tubuh gempal Datin Rubiah mendorongnya. Mata Nurain terpejam rapat ketika jatuh.

Bibir dikemam kuat melawan rasa sakit yang menggamit. Nurain bangun juga dalam kepayahan. Dia merapati ibu mentuanya yang kelihatan masih terkejut.

"Datin tak apa-apa?" tanya Nurain perlahan. Wanita tua itu hanya menggeleng dan kalut mencari kunci kereta didalam beg tangan untuk beredar.

Nurain hanya mampu melihat Datin Rubiah masuk ke dalam kereta dan tak lama itu Honda City itu mula bergerak. Dalam hati sedikit lega kerana Datin Rubiah selamat.

Nurain menapak perlahan mencari tiang untuk berpaut. Langkah semakin perlahan dan akhirnya Nurain tersandar ditiang berdekatan.

Sekitar pinggang terasa pegal dan semakin sakit. Peluh kecil memenuhi leher yang dilindungi hijab. Nurain berusaha mengambil telefon yang sudah dua kali menjerit lantang.

"Hello Ain! Kenapa tak angkat telefon? Dua kali abang call!" suara Imran Hadif kedengan cemas.

Nurain menarik nafas payah. Mata melihat Honda City yang dah semakin menjauh. Bibirnya terketar-ketar untuk bercakap. Rasa sakit telah merebak ke seluruh anggota tubuh.

"Aab..bang.. Ain on..on the way ni." jawab Nurain payah. Tangan kiri lantas mengusap perut yang tegang dan keras.

"Ain! Ain ok ke? Suara Ain lain macam!" soal Imran Hadif dengan dada yang berdebar kencang.

Nurain pejam mata melawan rasa sakit yang meraja. Kaki sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh.

Dia terduduk di situ. Dia baru perasan kakinya sudah bernoda merah. Darah menyerbu muka.

"Ain?! Are you there? Ain?" panggil Imran lagi.

"Abang..Ain bleeding..Ain..kat basement. Ssa..kitt ssaa..ngattt." mata Nurain terpejam dengan cecair jernih mula menuruni kelopak mata.

"Astaghfirullah, Ain! Ya Allah." Imran Hadif menjerit mendengarnya. Dia lantas berdiri dan segera mengeluarkan dompetnya. Not RM50 di atas meja.

"Ain? Ain tunggu, abang datang! Ain dekat basement berapa?"

Ketika itu Imran Hadif telah pun berlari ke lift berdekatan. Darahnya sama laju dengan helaan nafas. Hati tidak henti berdoa supaya Nurain bertahan.

********

Setelah memberitahu kedudukannya, telefon bimbit terus melurut jatuh. Terasa pandangan mata mula berbalam.

"Ya Allah, selamatkanlah zuriatku. Jangan Kau ambil dia, ya Allah." rintih Nurain dalam hati.

Dia tidak mahu kehilangan janin tersebut. Janinnya telah ditiupkan roh, sudah mula terbina daging dan tulang.

Nurain melihat cecair merah yang mengalir dengan rasa cemas. Dia memberanikan diri meraba punggung yang terasa panas. Dia seakan ingin meraung apabila melihat jari jemarinya basah dengan darah.

Hati tidak henti berdoa agar Imran Hadif cepat sampai. Mulut pula tidak henti membaca Selawat Syifa'. Doa Nurain dimakbulkan apabila Imran Hadif tiba beberapa minit kemudian.

Imran Hadif tidak keruan melihat Nurain yang tersandar ditiang. Melihatkan cecair merah yang kelihatan dibawah punggung isterinya, dada semakin sempit.

"Ya Allah, Ain! Macam mana boleh jadi, sayang.."

Imran Hadif bagai ingin menangis melihat bibir Nurain yang pucat. Wajah itu basah tanda isterinya sudah banyak menangis.

"Mmaa..afkan A..ain, aa..bangg.." ucap Nurain dengan payah. Pandangannya semakin kelam.

Imran Hafif tidak membalas. Kunci kereta diambil dati beg Nurain dan ditekan rawak. Mujur kereta isterinya tidah jauh dari situ.

Tubuh Nurain dicempungnya dan hampir berlari mendapatkan keretanya. Imran Hadif memecut kereta sambil bibir tidak henti berdoa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience