Rate

Bab 4

Family Series 5929

Dato' Sulaiman dan Alia mendapatkan Imran yang masih setia disisi katil Ain. Imran terus menerpa tubuh lelaki yang sangat dihormati itu. Dato' Sulaiman membalas pelukan erat si anak bagai memberi kekuatan.

"Sabar, Im. InsyaaAllah, Ain akan sihat seperti sedia kala. Bahu Imran ditepuk meniupkan semangat.

Imran satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Sememangnya anak itu amat manja dengannya. Walaupun mereka jarang dapat meluangkan masa setelah perihal perkahwinan Imran & Ain diberitahu kepada isterinya itu.

"Papa..Ain..macam mana kalau..." Imran tidak sanggup meneruskan kata. Tubuh kaku Ain dipandang dengan mata berkaca.

Alia yang sedari tadi melihat, turut sebak dan mengalirkan air mata. Dia bersimpati kepada Imran. Dia tahu betapa Imran amat menyintai Ain.

"Doktor cakap apa tentang keadaan Ain sekarang?" soal Dato' Sulaiman.

"Tak tahu, pa..bergantung kepada keadaan. Jika Ain tak sedar dalam masa 48jam, kandungannya terpaksa dibuang. Im takut papa.."

"Kita doakan yang baik-baik. Im jangan lemah macam ni. Kita kena terus bagi semangat pada Ain."

Dato' Sulaiman semakin kasihan melihat Imran. Masing-masing tidak banyak bicara selepas itu. Hanya kedengaran suara membaca yasin & selawat syifa didalam ruang bilik sederhana besar itu.

"Papa dan kak ngah baliklah dulu. Nanti mama pelik pula papa dan kak ngah tak balik lagi. Biar Im tunggu Ain." ucap Imran setelah lebih 1 jam sejak kedatangan ayah dan kakaknya.

"Mama tahu papa ke hospital tengok Ain." balas Dato' Sulaiman tanpa selindung.

Bulat mata Alia mendengarnya. Imran pula tidak tahu pamer reaksi apa. Dia masih risaukan keadaan Ain yang belum sedar. Dia ingin bertanya lanjut tapi tidak terluah.

Dato' Sulaiman dan Alia pulang ketika jam sudah melepasi 10 malam sementara Imran setia menanti isterinya.

"Cepat bangun, sayang.." ucap Imran sebelum turut lena disisi katil Ain.

Sebetulnya banyak perkara yang ingin ditanyakan kepada isterinya. Dari keterangan doktor, Ain kandungannya sihat dan tiada masalah tetapi isterinya mungkin terjatuh atau mengalami hentakan yang kuat.

Dia jadi panasaran kerana ingin tahu hal sebenar dan ingin mendengar sendiri dari mulut isterinya apa yang telah terjadi. Kesal kerana dia tidak berada disisi Ain ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience