Rate

Bab 3

Family Series 5929

Dato' Sulaiman memerhatikan isterinya yang duduk dikerusi panjang yang berada disudut bilik tidur mereka. Dari dia masuk bilik air sehinggalah dia telah keluar, isterinya masih ditempat yang sama.

Semenjak dia pulang petang tadi, isterinya itu banyak termenung dan hilang dalam dunia sendiri. Pelik. Bagai ada sesuatu yang difikirkan oleh isterinya itu.

"Awak ni, awak tengok tv ke tv tu tengok awak?" Dato' Sulaiman menepuk mesra peha Datin Rubiah sebelum turut sama menyelesakan diri diatas sofa.

"Abang ni, terkejut saya!" marah Datin Rubiah yang terkejut dengan sapaan itu.

Dato' Sulaiman tersenyum kecil. Macam tu punya terkejut, sah lah ada benda yang awak fikirkan, Ruby.

"Apa yang awak menungkan, Ruby? Dari tadi saya tengok awak senyap je."

Soalan Dato' Sulaiman itu dibiarkan tanpa balasan. Hanya kepala digelengkan.

"Betul ke ni Ruby? Kalau ada apa-apa, bagi tahulah. Jangan senyap saja. Kita dah lama kahwin, Ruby."

"Saya tak apa-apa." Datin Rubiah menjawab. Rendah sekali nada suaranya. Langsung tiada keyakinan disitu.

Dato' Sulaiman ingin bertanya sesuatu tetapi terbantut kerana bunyi ketukan dipintu bilik mereka. Dia menjerit sekali memberi kebenaran masuk. Terjengul kepala Alia, anak nombor duanya.

"Kenapa Angah?" tanya Dato' Sulaiman.

Jarang anak-anaknya datang ke bilik tidur mereka selapas jam 9 malam kecuali hal penting.

"Papa, sekejap boleh?" pinta Alia sambil memandang ibunya sekilas.

Dato' Sulaiman mampir ke muka pintu. Hati mula rasa tidak enak bila melihat wajah cemas Alia.

"Kenapa Angah? Papa tengok kamu cemas semacam saja. Ada apa-apa berlaku ke?"

Alia mengatur nafas sebelum dilembutkan suaranya. Dia tak mahu khabar yang akan dibawa memeranjatkan ayahnya pula.

"Papa, Ain kat hospital sekarang..masih tak sedarkan diri. Petang tadi Im called Angah. Angah pun baru balik dari hospital ni. Nak ambil baju Im yang ada kat sini."

"Innalillah. Kenapa dengan Ain?" suara Dato' Sulaiman meninggi. Jelas terkejut dengan perkhabaran itu.

Baru semalam dia makan tengah hari bersama anak dan menantunya. Imran Hadif begitu teruja menunjukkan gambar ultrasound cucunya yang sudah mula terbentuk sifatnya.

"Im cakap, Ain bleeding masa kat JJ tengah hari tadi. Im pun tak tahu kenapa. Tapi doktor yang merawat Ain cakap Ain macam terjatuh."

"Astaghfirullah! Habis, macam mana keadaan Ain sekarang?"

"Tak tahu lagi, pa..kalau dalam masa 48jam ni Ain tak sedar..kandungan Ain terpaksa digugurkan demi nyawa Ain."

"Ya Allah, Im.. Papa siap kejap. Papa nak ke hospital. Angah nak ke sana juga kan? Dah kemas baju Im?"

"Angah memang nak pergi ni, papa..kesian Im, dia masih di hospital. Ni angah dah kemas baju dia sikit. Angah tunggu papa dekat bawah."

"Kalau macam tu tunggu papa tukar baju kejap. Sekali dengan papa." Dato' Sulaiman masuk ke bilik dan segera menukar kain pelekat dan baju pagoda dibadannya.

Datin Rubiah pelik melihat suaminya yang tergesa-gesa menyalin pakaian.

"Abang kenapa kelam-kabut je saya tengok? Abang nak ke mana ni?" soalnya pelik.

Tak ada pula suaminya memberitahu malam ni hendak keluar bertemu client.

"Saya nak keluar kejap."

"Keluar? Abang nak keluar ke mana?"

"Ke hospital. Menantu kita di hospital sekarang."

"Khai masuk hospital? Kenapa?" soal Datinn Rubiah, terkejut bukan main mengenangkan Khairel suami Afina ditimpa musibah.

"Eh, saya tak sebut Khai. Menantu kita bukan Khai seorang." Dato Sulaiman mencapai wallet diatas meja dan ingin berlalu.

Datin Rubiah terpaku mendengarnya. Peristiwa siang tadi terlayar kembali difikiran. Dia ingin sekali mengucapkan terima kasih tetapi tidak terluah. Malah ketika berlalu, dia masih memandang Ain dari cermin pandang belakang.

Jelas dapat melihat Ain yang seperti kesakitan, tetapi dia tidak berhenti membantu. Dan kini rasa bersalah melonjak-lonjak dihati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience