Rate

Bab 1

Family Series 5929

"Tak apa, Ain tahu kalau abang tak cakap pun Ain tahu mama tak boleh terima Ain lagi. Ain faham. Ain tak desak abang. Bagilah mama masa. Jangan paksa mama. Ain faham perasaan dia sebagai ibu yang melahirkan abang. Tentu dia rasa kecewa satu-satunya anak lelaki dia berkahwin tanpa pemgetahuannya. Apatah lagi dengan perempuan yang bukan calon pilihannya kan?"

"Ain, maafkan abang. Abang janji akan selesaikan hal ini segera." Imran Hadif meraih tangan Nurain. Tangan itu dikucup beberapa kali.

"Tak apa, abang..mama dah terima abang semula pun dah kira syukur sangat-sangat. Kurang beban Ain. Ain tak nak kerana Ain, abang kehilangan kasih mama. Abang hilang hak sebagai anak. Syukur mama terima abang, syukur.." Ain membalas genggaman tangan kasar suaminya erat.

"Tapi abang nak mama juga terima Ain sebagai mana papa dan adik beradik abang yang lain." keluh Imran Hadif.

Nurain menggeleng beberapa kali.

"Jangan paksa. Tak apa..Ain boleh tunggu. Satu hari nanti mama pasti terima Ain. Walaupun mama memang tak boleh terima Ain, cukuplah sekadar mama terima anak kita nanti." mata Nurain berkaca.

"Maafkan abang, sayang.." Imran Hadif pantas menyeka air mata mata yang mengalir dipipi isterinya.

Dia sering berjanji pada dirinya, tiada air mata lagi yang akan mengalir dari mata itu setelah menjadi miliknya. Tetapi dialah penyebab Nurain menangis lagi.

Nurain menyentuh tangan Imran Hadif dibibirnya dan tapak tangan itu dikucup sekali.

"Abang anugerah Allah pada Ain. Abang dunia akhirat Ain sekarang. Tanpa abang, Ain pincang sebagai seorang khalifah dan hambaNya. Ain bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah pada Ain. Ain sayang abang sepenuh hati Ain."

Seusai berkata begitu, badannya diraih oleh Imran Hadif ke dalam pelukan. Imran Hadif memeluk tubuh isterinya kejap dan erat. Terasa amat bertuah kerana mempunyai isteri seperti Nurain.

Cuma yang dikesalkan kenapa mama masih tidak dapat melihat kebaikan dan kelebihan Nurain. Nurain dihukum hanya kerana dia ditakdirkan menjadi yatim piatu dan tidak mempunyai kekayaan serta kedudukan seperti keluarganya.

"Abang tak boleh hidup tanpa Ain. Abang sayangkan Ain dan sangat perlukan Ain. Abang boleh hilang semua yang abang ada tapi bukan Ain. Walau apa pun yang terjadi, Ain isteri abang dunia dan akhirat."

Nurain tenggelam lagi dalam pelukan suaminya. Bahu Imran Hadif dikucup penuh kasih.

"Tak ada apa yang perlu dimaafkan, abang. Ain yang sepatutnya minta maaf. Kerana Ain, abang hadapi kesulitan macam ni. Ain berdosa kepada keluarga abang."

"Jangan cakap macam tu. Abang tak nak Ain salahkan diri sendiri." ucap Imran Hadif. Jarinya terletak dibibir Nurain. Kepala menggeleng beberapa kali. Dia pandang wajah Nurain yang basah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience