BAB 9
Mata dibuka perlahan – lahan . Terasa curahan cahaya pendaflour menyilaukan mata .
“ Alhamdulillah … Myr dah bangun ! ” Datin Kayla mengucap syukur . Tidak menyangka anak perempuannya itu sengsara dipermainkan cinta setelah setia mencintai . Keluarganya dan Wafa mengerumuni tilam di wad itu . Seorang insan istimewa hanya memerhatikan Amyra dari sofa di dalam wad itu . Sedar dirinya bukan sesiapa .
“ Wait . Kenapa kerumun – kerumun ni ? Myr kat mana ni ? ”
“ Kau kat wad sekarang . Sehari suntuk kau tak sedarkan diri . Kau pengsan kat parking Fahrenheit 88 semalam . Doktor kata kau cuma pengsan sebab depression . Mybe sebab kejadian semalam . Esok kau dah boleh balik . Kau tahu tak siapa bawak kau ke sini ? Nasib dia ada . Kalau tak , aniaya aku nak angkat kau .” Panjang lebar mulutnya berceloteh .
“ Siapa si ‘dia’ tu ? ” Amyra ingin mendapatkan kepastian .
“ Jejaka hot yang kat sofa tu haa… ” Mulut Datin Kayla terjuih ke arah jejaka berkulit cerah di sofa berangkai dua . Terus kepala Amyra diangkat sedikit untuk melihat siapa gerangan jejaka itu . Serta – merta Wafa terkaku seketika . Dari skrin smart phone dialih pandang ke arah Amyra pula . Senyuman manisnya menampakkan lesung pipit yang dalam .
“ Hayden ? ”
“ Hello sweetheart… ” Tidak kisahlah jika orang lain memandang serong terhadap panggilan yang diberikan untuk Amyra . Sememangnya cinta Hayden untuk Amyra . Cuma Amyra yang jual mahal . Selama ini , wanita – wanita yang terkejar – kejar jejaka tampan itu. Namun , kali ini Hayden pula mengejar cinta wanita manis . Entah mengapa , suatu aura yang menyelubungi Amyra telah menarik Hayden untuk mencintainya . Bukan sahaja jelingan tajam Amyra menjadi penarik malahan kecantikan hati yang telah mengusik jiwa Hayden untuk menyayanginya sepenuh jiwa dan raga .
“ Wow… Bersweetheart – sweetheart … ” Qystina mengusik .
“ Bang , bila kita boleh bersweet – sweet macam Myr dengan Hayden tu ya ? ” Sofea menjongket kening ketika membuang pandang ke arah suaminya yang tersengih macam kerang busuk . Tak padan dah beranak dua .
“ Mana ada ! ” Kata mulut tiada tapi tersenyum – senyum si Amyra .
“ Ada…Lagi sweet lepas kita kahwin . ” Mata Hayden dikenyitkan . Nakal !
“ Awak ! ” Tak malu Hayden berkata begitu di depan keluarga . Datin Kayla tersenyum melihat wajah Amyra yang mula kemerah – merahan menahan malu . Sukalah tu !
“ Tak sesweet kisah cinta kitorang … ” , dengan riak selamba Habib menyelit kata . Tangan asyik gatal memegang tangan isterinya . Terburai gelak ketawa di wad itu .
Share this novel