Bab 1

Romance Completed 10314

CINTA XOXO
W.DIDIEY.W

BAB 1

“HOIIII! ”

Amyra tersedar daripada lamunan yang membelenggu dirinya selama beberapa saat . Terkedu apabila lemparan suara lantang Wafa menerjah gegendang telinganya. Sejak kebelakangan ini, lamunan fantasia milik Amyra semakin menjadi – jadi sejak pertemuan semula dengan Farhan secara kebetulan di kafe Podgy & the Banker di Sri Hartamas .

“ Kau ni dah kenapa ?! Cuba jangan kacau igauan mesra aku ! Kacau daunlah kau ni ,” riak wajah Amyra yang tidak berpuas hati terpacul . Wafa hanya tergelak berdekah – dekah melihat riak wajah masam Amyra . Tidak peduli dengan pelanggan kafe di sekeliling mereka.

“ Tak ada laa…Tengok kau dah macam angau dengan Farhan tu…Kenapa ? Nak kahwin sangat ?! ” lontaran soldadu berkuasa tinggi menghentam jiwa Amyra , deepnya! Merah padam mukanya menahan malu ditohmah kawan baik di depan orang ramai . Kali ini ketawa mengilai Wafa sudah mula menerawang di persekitaran kafe itu , menambah perhatian orang ramai kearah mereka berdua . Wafa tidak kisah dengan pandangan serong pelanggan lain , hanya melayan rasa geli hatinya .

“ Kau ni…Cover laa sikit…Malu aku tadi… ” bibir beroles merah jambu lembut milik Amyra mula meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap perlakuan kawan baiknya itu di kafe itu tadi . Perasaan malunya masih menebal disound sebegitu . Memalukan!

“ Kalau aku tak sound kau tadi , memang aku macam ajak tunggul lunch dengan aku …Macam tadi laa…Tunggul! ” ketawa besar Wafa kembali meletus . Pelik mengingatkan kepada Amyra yang angau terhadap jejaka postman bernama Farhan itu . Tidak pula dengan si Hayden , sang jutawan kacak yang selama ini mengejar cintanya namun sampai ke sudah tidak berbalas .

Sesekali perasaan kasihan terhadap Hayden berkunjung di lubuk hati Wafa . Mengapa sukar untuk Amyra menerima cinta murni Hayden ?!

“ Bukan selalu aku dapat lunch dengan seorang ni yang asyik sibuk dengan company-nya jer…Maklumlah , pengerusi company kan , ” sempat lagi Wafa memerli Amyra.

Amyra mengetap bibir . Mahu saja mulut Wafa disumbat cabai burung namun kesabaran Amyra masih banyak tersisa . Sejak azali , Wafa sememangnya seorang bermulut lancang .

Apa sahaja yang tersirat di hati pasti akan disemburkan tidak kira tempias yang mengena ke batang hidung siapapun . Bisanya sering kali mengena ke Amyra , namun hati kecil Amyra tidak pernah benci sebaliknya semakin kasih terhadap empunya nama Wafa itu . Selama hubungan mereka sebagai sahabat karib , suka dan duka dikongsi bersama .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience