Bab 10

Romance Completed 10314

BAB 10

Amyra tidak berpuas hati dengan perancangan mamanya untuk menerima lamaran daripada kawan lama mamanya , Datuk Abdullah Chin untuk anak tunggalnya . Ditambah pula apabila perancangan Datin Kayla disokong penuh oleh abang kakak dan ipar – duainya . Lagi rumit untuknya mengelak daripada perkahwinan dengan orang yang tidak pernah dikenali apatah lagi berjumpa . Takkanlah nak kena bercinta lepas kahwin pulak ?! Bentak hati kecil Amyra . Pasrah . Dari terus bersedih , tak guna jugak ! Amyra memujuk diri .

“ Nervous … ” , Amyra sudah disolek cantik menjadi raja sehari .

“ Relax …Bila kau dah dapat dia , pasti bahagia . ” Pujuk Wafa sebagai pengapit Amyra.

“Macam mana nak relax ! Batang hidungpun tak pernah tengok , tup tup terus kahwin. Dah laa majlis tunang tak buat , terus akad nikah , then bersanding terus . Gelojoh betullah pengantin lelaki tu ! ” , bibir mongel Amyra mula merungut bermacam – macam .

“ Kau mesti seronok punya malam ni …” , sempat pula Wafa buat jenaka hambar .

“ Wafa ! ” Wafa hanya ketawa melihat wajah Amyra serupa udang dibakar kemerahan .

Amyra membuang pandang ke luar jendela rumah Tok Wan yang terkuak luas menampakkan pokok – pokok kelapa yang melangit tinggi . Sememangnya perkahwinan keempat – empat anak Datin Kayla telah dilangsungkan di rumah Minangkabau itu atas permintaan Tok Wan . Tambahan pula Datin Kayla bersetuju kerana menjimatkan kos walimatul urus dan penuh kesederhaan . Di samping tradisional signature Negeri Sembilan sebagai hidangan buffet hasil caterer penduduk kampung . Sudah tentu walimatul urus di kampung lebih meriah berbanding di bandar yang lebih formal .

Rasa berdebar yang amat sangat ketika menunggu pengantin lelaki misteri tiba . Inikah rasanya first time kahwin ? Hati bertanya .

Pak pak ! Paluan kompang bertalu – talu mengalu – ngalukan kedatangan rombongan pengantin lelaki . Namun tiada arahan daripada Habib untuk keluar menghadap pengantin lelaki . Timbul perasaan curiga di hati Amyra .

“ Pengantin lelaki nak jumpa terus pengantin perempuan di bilik raja sehari .” kepala Habib terpacul dari pintu masuk bilik . Dilihat pada riak wajah tersengih nakal Habib mengundang rasa tidak sedap hati Amyra .Sah mama dengan keluarga berkomplot ! Bentak hati Amyra .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience