Bab 3

Romance Completed 10314

BAB 3

Farhan…Aduh…Lupa pulak… , Amyra teringat semula objektif kehadirannya di kafe itu pada hari ini . Bodohnya kau Amyra ! si empunya hati memaki diri sendiri . Punggungnya kembali dilabuhkan di kerusi kuning . Malu setempayan hanya Tuhan yang tahu . Entah apa reaksi Hayden melihat kelakuan bodoh Amyra .

Sudah … dia tak sedar kebodohan aku ni ke ? ooo… layan phone rupanya . Selamat… Tapi sejak bila? Rasanya dia pandang aku jer tadi … , Dahi licin Amyra berkerut melihat Hayden yang sudah mengalih sepenuh perhatian ke skrin smart phone . Ligat jari – jemari panjang Hayden menaip sesuatu di phonenya . Tidak semena – mena , labuhan punggung digagah bangun oleh Hayden . Hati Amyra sudah melonjak riang . Urusan kerja laa tu…

“Bye sweetheart…See you later , ” Hayden sempat mengenyitkan mata sebelum bergegas keluar dari kafe .

“ Macam mana date dengan mat postman tu ? ” , Wafa memulakan perbualan di telefon .

“ Okey. ”

“ Okey jer ? ”

“ Hayden… ”

“ Alright…Faham . ” melalui nada mengeluh Amyra , tahulah Wafa bahawa Hayden ‘mengganggu’ hidup Amyra untuk kesekian kalinya . Namun Wafa lebih suka jika hidup Amyra diwarna – warnikan bersama warna – warna cinta si Hayden. Tidak pula hati kecil Wafa menyokong sepenuhnya perhubungan Amyra bersama Farhan walaupun penampilan dan perwatakannya yang boleh tahan ‘hot’nya .

“ Nak tanya itu jer . Dah pukul 11 ni . night ! Assalamualaikum , ” belum sempat Amyra membalas salam , panggilan dari Wafa sudah dimatikan . Panas hatinya apabila diperlakukan sebegitu oleh Wafa . Perangai kawan baiknya itu sememangnya menjengkelkan , tanya straight to the point tanpa lencongan ke kiri mahupun ke kanan , selepas itu terus matikan panggilan . Teruk perangai . Amyra sudah menepuk – nepuk bantal sebagai persediaan untuk tidur . Kepala perlahan – lahan terlentok di bantal empuk . Mata semakin tertutup layu . Mengharapkan mimpi indah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience