BAB 3

Romance Completed 2600

Nida benar-benar geram dengan Zam. Selamba sahaja pukul orang lain tanpa bertanya dulu.

“Abang Zam teruk!” marah Nida.

“Kenapa pula? Jantan tu paksa kau lagi kan? Kau tak payah ikut lelaki tak guna tu. Kalau dia kacau atau paksa kau lagi. Bagitau aku.” Zam meneruskan pemanduannya.

“Abang Zam ni. Itu abang Ria la. Ish, macam mana Nida nak berdepan dengan Ria ni?! Abang Zam dah pukul salah orang. Lelaki tak guna tu dah tak kacau Nida sejak dia kahwin.” Jelas Nida. Geram betul dengan tindakan Zam.

“Ops! Salah orang ke?” Zam benar-benar rasa bersalah.

“Lain kali tanya dulu, ini tak! Main redah aje!” marah Nida. Dia bimbang apa tanggapan Shakir pada dirinya.

*****

Shakir mengelap darah yang mengalir. Dia seorang yang tidak sukakan ubat atau hospital. Klinik apatah lagi. Sebab itu dia seorang yang jenis berhati-hati dan akan pastikan keadaan sekelilingnya selamat tetapi hari ini, dia benar-benar tidak sempat mengelak tumbukan yang datang tiba-tiba.

“Siapa lelaki itu dengan Nida ya?” timbul persoalan tersebut. Perasaan Shakir terusik. Cemburu?

Akhirnya Shakir mengeluh.

Shakir keluar dari keretanya.

“Abang Shakir!” panggil Nida.

“Eh, Nida buat apa kat sini!” Shakir terkejut.

“Abang Zam yang hantar. Dia rasa bersalah tumbuk muka abang tadi. Dia ingat abang ni orang yang selalu kacau Nida. Lepas Nida jelaskan baru lah dia percaya.” Jelas Nida.

“Abang okey aje.”

“Mari, abang Zam tunggu nak hantar Abang Shak ke klinik.” Ajak Nida.

“Tak mahu! Terima kasih Nida. Abang okey aje.”

“Tak boleh abang. Abang kena pergi klinik ni.”

“Abang masih kuat. Tak perlu pergi klinik.”

“Tapi abang...”

“Terima kasih. Nida balik la. Dah petang ni. Abang okey.”Shakir terus ke butiknya. Nida tidak dapat buat apa-apa.

“Ini semua pasal abang Zam!” ada nada mengajuk.

“Maaflah!” Zam hidupkan enjin kereta dan mula bergerak.

“Abang tahu tak, dah lama Nida sukakan abang Shakir. Dah lama.” Akhirnya Nida menangis.

“Sabarlah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience