BAB 9

Romance Completed 2612

Dua minggu kemudian... Nida datang ke butik Shakir. Barulah sekarang dia mendapat kekuatan untuk berjumpa dengan Shakir.

Perlahan-lahan dia masuk ke bilik kerja Shakir. Alangkah terkejutnya dia melihat sepasang jubah pengantin yang begitu cantik dan halus buatannya.

“Nida!” Shakir terkejut dengan kehadiran gadis itu dalam bilik kerjanya. Dia baru sahaja keluar dari tandas.

Shakir mula gelabah. Dia mahu buat kejutan mengenai baju pengantin tu tetapi Nida sudah berada di situ.

“Abang Shak.” Nida terkejut. Makin hebat debaran di dada Nida apabila melihat renungan Shakir. Lagi pun tak lama lagi mereka akan berkahwin. Macam tak percaya sahaja.

“Nida datang sini kenapa? Ada masalah ke?”

“Eh...Eh...” Nida sedikit gagap. Tak kan nak cakap aku sengaja datang sini sebab rindukan dia. Ish, malulah aku! tak nak la. Nida mula kacau.

“Kebetulan Nida lalu di sini. So, singgah sekejap.” Kelentong Nida.

“Oh, Nida dah makan?” Shakir cuba mesra sedikit. Kalau boleh dia tidak mahu nampak gugup.

“Belum lagi.” Nida berkata perlahan.

“Teman abang makan boleh? Abang belanja Nida sekali.”

“Boleh!” laju sahaja Nida menjawabnya.

Shakir hanya menggelengkan kepala. Tak berubah sikap cik adik ni. Shakir pun tersenyum.

“Betul ke apa yang kita buat?” soal Nida. Dia menghirup sedikit air yang di ordernya tadi.

“Buat apa Nida?”

“Kahwin...”

Shakir terdiam.

“Betul. Kalau jodoh. Takkan ke mana punya.” Balas Shakir. Dia yakin dengan keputusannya.

“Terima kasih Abang Shakir.”

“Sama-sama. Semoga kita dapat menjalankan kehidupan dengan bahagia.”

“Insya allah Abang. Nida akan berusaha menjadi isteri yang baik untuk abang.” Janji Nida.

“Terima kasih Nida.”

“Kasih Abang dah lama Nida terima.” Nida tersenyum.

Shakir juga tersenyum bahagia.

Share this novel

comelll
2019-08-26 20:55:28 

smbung plzzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience