BAB 4

Romance Completed 2600

Nida menunggu Shakir datang di depan KFC. Dia sedar yang dia bersalah.

“Nida!” panggil Shakir.

“Abang Shak. Terima kasih sudi datang.” Ucap Nida.

“Oh, ini lelaki yang kau suka.” Muncul Huzai yang merupakan lelaki yang suka memaksa Nida. Kenapa pula dia muncul saat ini?

“Mari ikut aku!” Huzai menarik tangan Nida.

“Aku tak nak!” Nida menarik semula tangannya.

“Lepaskan perempuan tu?” Shakir cuba menghalang. Dia mencengkam kuat tangan Huzai agar melepaskan pegangan lelaki itu. Ada perasaan tak enak dirasainya. Selepas lepas, Nida menyorok di belakang Shakir.

“Kau ni pereka fesyen tu kan? Kau ni dah la pereka fesyen. Lembut! Ada hati nak bercinta dengan perempuan.”

“Saya memang pereka fesyen. Lembut sikap dalaman saya tapi bukan luaran.” Tegas sekali kata-kata Shakir.

Nida yang mendengar berasa berdebar di hati. Shakir nampak cool sangat.

“Aku peduli. Kau jangan cuba nak kawan dengan Nida.”

“Saya tak kawan dengan Nida tapi saya kahwin dengan Nida.” Selamba sahaja Shakir berkata begitu. Lagi sekali mata Nida terkebil-kebil.

“Tak guna punya jantan!” marah Huzai. Dia menumbuk wajah Shakir. Shakir ke belakang sikit dan jatuh. Sakit mulutnya kerana Huzai menumbuk tepat pada tempat Zam menumbuknya.

“Abang Shakir!” panggil Nida. “Abang tak apa-apa?”

“Abang okey.”

“Kau gila ya? Suka hati aku nak keluar dengan siapa. Kau dengan aku dah tak ada kaitan pun. Tolong jangan ganggu aku lag,” marah Nida.

“Tak apa Nida. Abang okey aje.”

“Lelaki lembut macam ni kau nak buat laki? Baik tak usah!”

Shakir rasa panas sahaja badannya. Tidak pernah orang cakap begitu padanya. Lelaki ni betul-betul tak kenal aku ni siapa.

Shakir berdiri dan dia gerakkan tangan kanannya ke belakang dan menghadiahkan tumbukan tepat pada mata Huzai.

“Kau ingat aku ni ambil dunia fesyen, aku ni hanya tau melakar dan menjahit ke? Aku selalu pergi gim. Tiap-tiap minggu aku pergi belajar seni pertahanan. Kau nak tahu apa yang aku belajar?” soal Shakir.

Huzai terkejut. Pedih matanya.

“Kau belajar apa?”

“Tinju! Kalau kau nak rasa lagi, masuklah dekat. Aku malas aje nak tunjuk bakat gangster aku.” jelas Shakir.

Huzai tak puas hati. Dia cuba menumbuk lagi sekali tetapi mudah sahaja Shakir mengelak dan membalas tumbukan itu untuk kali kedua. Huzai tidak tahan, terus meninggalkan mereka berdua.

“Abang Shak okey?” pantas Nida menghampiri Shak.

“Abang Okey.” Wajah Shak serius.

“Abang...”

“Nanti kita bincang lagi.”

“Abang, kita kahwin!” Nida berkata.

Shakir berpaling dan melihat wajah Nida. Wajah Shakir serius. “Nanti kita bincang.” p/s :Adakah mereka berkahwin? Kenapa pula Shakir buat muka serius, dia ada masalah sembelit ke? Adakah Huzai tidak akan mengganggu Nida lagi? Adakah Nida betul-betul sukakan Shakir? Nantikan sambungannya esok pagi...insya allah...mata ria dah mengantuk...selamat malam... JOM SAMBUNG SEMULA KISAH SHAKIR DAN NIDA Shakir tak senang duduk. Kejap bangun. Kejap berdiri. Semua orang memandangnya. Risau macam bini nak beranak aje abang aku ni. Ria tersenyum melihat abangnya begitu.

“Abang, syukurlah ada orang ajak abang kahwin tau.” Kata Syam.

“Yalah abang. Nida tu, Ria kenal. Baik orangnya.”

“Abang malu la.”

“Malu tapi mahu.” Shahdan sambung.

“Abang Dan, kita ni dah tua. Nida tu muda lagi. Tak nak la!”

“Ish degilnya abang aku ni.” Syamir agak kegeraman dengan sikap Shakir. “Macam nilah abangku. Abang suka Nida tak?”

“Suka!”

“SO, apa lagi? Kahwin aje la. Itu pun susah.”

“ArrgggggHHHH!” Shakir menjerit lalu terus ke biliknya. Dia jadi stress dengan lamaran daripada Nida.

“Abang Dan, abang Shak tu okey ke? Macam nak gila aje tengok.” Kata Syamir sambil melihat Shakir berlari ke biliknya.

“Kalau dah nak gila, Syam tolong baca-baca sikit pada Shak. Mana tahu kena sampuk di hantu ke?” Shahdan juga melihat adiknya itu.

“Apa ni abang Dan? Syam ni bab jodoh tak reti la nak urus. Serius tau. Tak tahu bab cinta manusia ni. Cinta pada Allah. Boleh la?”

“Kamu ni Syam...” Shahdan mengeluh.

“Kenapa dia lamar aku? Bikin aku stress aje.” Shakir bersiap-siap. Lebih baik dia pergi tempat latihannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience