BAB 2

Romance Completed 2600

Nida hanya mampu memerhati Shakir membuat kerjanya. Dia tidak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Shakir.

“Abang Shakir.” Panggil Nida.

“Ya, Nida. Kenapa?” Shakir berhenti melakar. Dia mendongak memandang Nida yang sudah berdiri depan dia.

“Abang Shakir. Kenapa abang pilih bidang fesyen?” soal Nida. Dia benar-benar ingin tahu dunia yang Shakir ceburi.

“Fesyen? Bagi abang kan. Sekarang dah kurang fesyen muslimah dan yang menutup aurat. Lagi pun kalau ada pun mahal. Kalau boleh, pakaian yang abang buat tu, abang nak semua peringkat boleh memakainya. Kaya atau sebagainya.” Shakir tersenyum lalu menyambung lakarannya.

“Itu sebabnya abang ceburi bidang ni. Lagi abang.”

“Lagi sebab Ria.”

“Kenapa dengan kak Ria tu?” Nida rasa pelik.

“Sebab dia tak pandai berfesyen. Dari dulu. Gaya satu tu aje yang dia reti nak pakai. Kena paksa baru nak pakai. Ish budak sorang tu memang degil!” geram Shakir.

Nida hanya mampu ketawa.

Eh, comey pula dia ketawa! Bisik hati Shakir.

“Umur Nida berapa?”

“22 tahun, abang Shakir.” Nida tersenyum.

Dua puluh dua tahun? Mudanya. Aku ni dah tua kot. Umur pun dua puluh lapan tahun. Beza umur 6 tahun. Suka ke dia pada lelaki tu macam aku ni. Sampai sekarang aku ni masih single. Tak ada perempuan suka pada aku ke? Shakir mengeluh.

“Eh, kenapa abang mengeluh ni?” soal Nida.

“Tak ada apa-apa.” Shakir tersenyum. Mereka berdua pun senyap. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan.

Dari luar Nida dan Shakir dapat mendengar pergaduhan antara Ria dan Zeck.

“Abang, kan saya kata tak nak!”

“Abang dah ikut segala apa yang sayang nak. Sekarang buat apa yang abang minta.” Amaran keras Zeck.

Ria terdiam.

“Abang Shak, saya dan Ria pulang dulu. Ada hal keluarga sikit.” Kata Zeck.

“Abang, tak payahkan saya kata. Nida nak balik dengan siapa? Dia datang dengan saya kan?” kata Ria. Dia tetap tak nak buat apa yang Zeck minta.

“Biar abang Shak yang hantar Nida okey?” tawar Shakir.

“Terbaik abang Shak. Terima kasih. Selesai masalah.” Zeck rasa gembira. Apa yang dirancangnya akan terlaksana.

“Nida nak balik dengan saya, abang.”

“Tak apa kak Ria. Nida tak kisah.” Pantas Nida berkata. Dia lagi suka kalau dapat pulang bersama abang Shak.

“Mula nak miang tu.” Geram Ria. Tangan Ria sudah ditarik oleh Zeck. Mereka terus meninggalkan butik tersebut.

“Nida ada nak singgah mana-mana atau terus balik?” Shakir bertanya. Dia sedang mengemas mejanya yang agak bersepah.

“Rasanya tak. Kejap nak telefon mak.” Nida menghubungi emaknya.

Shakir tersenyum mendengar perbualan Nida dengan emaknya. Entah mengapa sejuk hatinya. Nida ni seorang yang menghormati orang tua. Bertuah siapa dapat memilikinya.

“Jom abang Shak. Mak Nida kirim beli buah dan sabun basuh kain aje.” Kata Nida.

“Jom!”

Mereka berdua menuju ke Jusco. Di situ mereka mencari buah dan sabun.

“Tak apa. Biar abang yang bayar.”

“Eh, tak boleh abang!”

“Tak apa!” Shakir terlebih dahulu memberi duit not lima puluh sekeping. Nida tersenyum.

“Terima kasih sebab belanja.” Ucap Nida.

“Sama-sama.”

Shakir meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi. Tiba-tiba ada seseorang yang menyentuh bahunya. Shakir pun terus berpaling.

Bukkk!!!

Ada seseorang yang menumbuk wajahnya. Shakir terkejut.

“Abang Zam!” Nida terkejut dengan kehadiran abang sepupunya itu.

“Dia yang kacau kau. Biar aku ajar dia. Kau balik sekarang. Aku kata balik.” Kata Zam sambil tarik tangan Nida supaya pulang dengan dia.

Shakir yang terasa sakit wajahnya hanya mampu diam sahaja.

“Habis muka aku. Esok ada show. Macam mana ni?” Shakir lebih bimbangkan show fesyennya berbanding bibirnya pecah akibat tumbukan Zam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience