BAB 12

Romance Completed 16700

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dian disebelah Zahra cepat-cepat bangun dan berlalu ke kantin seorang diri. Zahra mengeluh. Dia berjalan berseorangan ke kantin.

“Dian, boleh aku duduk sini?” tanya Zahra. Dian hanya diam. Matanya memandang ke arah lain. Zahra menarik kerusi dan duduk dihadapan Dian. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk meminta maaf, Dian bangun dan berlalu pergi.

“Dian Adlina binti Dazrin! Aku minta maaf!” jerit Zahra kuat. Dian berhenti. Semua mata dikantin memandang mereka berdua. Suasana yang tadi hingar-bingar, kini bertukar sepi.

“Aku dah maafkan kau.” ringkas sahaja jawapan Dian sebelum dia berlalu pergi. Zahra mengeluh. Ibu, Dian pun dah jauhkan diri dari Zahra. Kenapa Zahra perlu lalui hidup macam ni ibu? Zahra tak kuat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience