BAB 20

Romance Completed 16700

Lima tahun berlalu. Banyak yang sudah berubah. Zahra kini sudah bertudung litup. Dia kini bekerja sebagai CEO sementara disyarikat arwah bapa mertuanya. Aszraff pula terbang ke Endiburgh bagi menyambung pelajarannya selepas mendapat keputusan yang cemerlang. Rindunya terhadap yang sang suami dipendamkan. Dia isteri ekspress. Tak mungkin Aszraff menyukainya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“Hoi! Termenung! Teringat orang Endiburgh ke?” sergah Dian yang kini bekerja sebagai akauntan disyarikat itu. Zahra tersengih.

“Buat apa aku teringat kat dia. Entah-entah dia dah tak ingat dia dah kahwin dengan aku.” Zahra cuba menutup malu.

“Choii, mulut tu kan. Pakai insurans sikit. Masin mulut kau tu, baru padan muka. Meranalah kau.” Zahra menyeringai.

“Teman aku pergi KLCC boleh? Teringin nak tengok wayang.” pinta Zahra.

“Movie apa?”

“Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Best tau. Aku dah lama tak gelak kuat-kuat dalam panggung ni.” kata Zahra teruja.

“Okay!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience