BAB 28

Romance Completed 16696

“Aszraff, aku jumpa surat ni masa kemas office Zahra.” Dian menghulur sepucuk surat yang tertulis namanya lalu Dian berlalu pergi. Seminggu sudah Zahra meninggalkan mereka. Aszraff tiba-tiba terasa kosong. Pergaduhan mereka sering hadir menemani tidur Aszraff. Kenapa aku rindu? Surat itu dibuka.

Kehadapan Nik Zaris Aszraff bin Nik Hafsham,

Maaf jika surat ni menganggu hari-hari yang awak sedang jalani sekarang. Ketika awak membaca surat ni, saya berada jauh di suatu tempat. Jauh meninggalkan awak bersama-sama dengan orang yang awak sayang. Saya dah pergi. Saya pergi bertemu dengan kekasih abadi.

Aszraff,

Jika selama ini saya memendam perasaan saya terhadap awak, sekarang saya meluahkannya. Nik Zaris Aszraff bin Nik Hafsham, saya, isteri yang tak dianggap, Nurul Zahra Aisha menyukai, menyintai awak sepenuh hati saya. Awak yang pertama dan terakhir saya. Tiada yang lain.

Aszraff,

Sejak awak berlepas ke Endiburgh, saya hari-hari merindui awak. Tapi saya tahu, awak takkan pernah rindu saya. Saya sedar siapa diri saya. Saya hanya anak orang gaji dan awak anak Tan Sri.

Hari tu saya ada nampak awak kat KLCC dengan sorang perempuan rambut blonde. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa dia? Mesti girl awak kan? Yela, dia cantik, rambut pun blonde. Saya? Perempuan yang pakai tudung nampak macam kampong. Mesti awak malu kan kalau keluar dengan perempuan bertudung macam saya. Apa kelas lelaki paling hot keluar dengan budak low standart macam saya. Tak gitu?

Aszraff,

Akhir kata saya, saya cinta awak. Saya sayang awak. Saya rindu awak sentiasa. Awak sentiasa ada dalam fikiran saya walaupun saya dah tiada dibumi Tuhan yang maha kaya ini.

Salam sayang,

Nurul Zahra Aisha

Aszraff terkedu sebaik sahaja membaca surat Zahra. Zahra, tu bukan girl aku. Tu cuma kawan aku. Zahra, kenapa aku perlu rasa rindu dengan kehadiran kau lepas kau pergi? Kenapa aku rasa sayang kat kau lepas kau bertemu dengan kekasih abadi? Kenapa kau tinggal aku Zahra? Kenapa?

“Kerana selama ini awak tak pernah nak hargai saya ketika hayat saya. Teganya Awak biarkan saya terkapai-kapai mencari arah tuju saya sendiri. Tapi saya tak pernah berdendam sebab buruk mana pun perangai awak, awak tetap suami saya yang saya sayangi dan cintai. Tuhan tu maha Adil, Aszraff. Sujud dan tunduklah pada-Nya. Nescaya, hati awak akan tenang.”

Serentak dengan itu, bayangan Zahra hilang. Aszraff beristighfar didalam hati. Aku sudah lama melupakanMu Ya Allah. Ampuni dosa hambaMu ini. Aku sedar pada watu yang terlambat. Kau sedarkan aku ketika aku kehilangan permata. Zahra, aku janji aku akan jadi suami kau dunia dan akhirat. Di sana kelak, kita akan berdansa bersama bintang menjadi kekasih paling manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience