BAB 23

Romance Completed 16696

Zahra mundar-mandir didalam bilik tidur yang luas tu. Alamak! Macam mana ni? Dia nak tuntut ke katil ni? Masaklah aku. Nak tidur mana malam ni? Kejap-kejap! Nanti nak panggil apa? Aku-kau? Saya-awak? Abang-Zahra? B-Baby? Hubby-Honey? Oh my God! Oh my God! Oh my God! Pintu bilik terkuak. Terjegul muka selamba Aszraff.

“Tak tidur lagi?” soal Aszraff.

“Tunggu awak.”

“Ha?”

“Tak-tak! I mean. Nak tidur la ni.” gelabah Zahra menjawab.

Zahra memanjat katil dan comforter ditarik sehingga menutupi kepala. Jangan Aszraff. Jangan tidur sebelah aku. Katil tiba-tiba senget sebelah. Ya Tuhan! Zahra memejam mata. Cuba mengusir rasa gemuruh.

“Aku tahu kau tak tidur lagi.”Aszraff bersuara. Zahra semakin menggeletar didalam comforter.

“Esok aku masuk office. Aku takkan buang kau, tapi aku nak jadikan kau penolong pengarah urusan. Boleh?”

“Hmmm.”

“Tak suka?”

“Syarikat tu kepunyaan awak. Awak bebas buat apa saja. Saya cuma menggantikan tempat awak sahaja. Saya mengantuk. Saya nak tidur. Good night.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience