Prolog

Romance Series 1152

    Fuad meneliti semula surat yang dia terima daripada mahkamah. Meskipun dia tahu satu per satu perkataan-pekataan di dalam surat itu menyakitkan hatinya,dia gigihkan juga membaca surat itu.

"Anisah,betul awak nak buat semua ni?" dia toleh ke wajah polos Anisah,isterinya.

"Ya." jawab Anisah sepatah. Wajah wanita berbangsa Cina itu masih lagi tenang walaupun apa sahaja keputusan di dalam surat itu akan menentukan masa depan mereka berdua.

"Sampai hati awak,Anisah? Awak baru sahaja lahirkan Firash,anak kita yang tak sampai lagi berusia sebulan. Awak tak kasihankan Firash ke? Awak tak kasihankan saya ke?" bertubi-tubi soalan keluar dari Fuad. Hatinya betul-betul kecewa dengan Anisah. Tak sampai setahun mereka menjadi suami isteri,Anisah telah menfailkan cerai fasakh kepada dia.

"Fuad,please. Saya rasa rumahtangga kita ini tiada hala tuju. Budaya kita tak sama langsung,awak dengan budaya Melayu awak,saya dengan budaya Cina saya. Saya menyesal kahwin dengan awak,Fuad."

    Fuad meraup wajah licinnya dengan tangan kanannya. Selama mereka menjadi suami isteri,Anisah memang sukar nak biasakan dirinya dengan kehidupan mereka selepas kahwin. Ibu bapa Fuad sendiri pun suka masuk campur rumahtangga mereka,lagi-lagi dia dengan Anisah kahwin pun kerana dia meniduri Anisah sebelum mereka menjadi suami isteri hingga membuatkan Anisah mengandung anak luar nikah. Anak itu,tak lain tak bukan adalah Firash sendiri.

"Kenapa,Anisah? Awak dah mengalah ke dengan saya? Awak dah mengalah ke dengan keluarga kita?" suara Fuad makin sayu. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh tepat di pipinya.

"Ya. Saya harap awak akan lepaskan saya pergi. You deserve better than me,Fuad." Anisah terus naik ke atas.

    Surat mahkamah di tangan Fuad,terus dia campakkan ke tepinya. Hatinya begitu kecewa dan terluka. Dia fikir selepas dia ingin bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi antara dia dengan Anisah,mereka akan hidup bahagia bersama dengan anak mereka namun percaturannya silap. Anisah mula berubah sebaik sahaja dia melahirkan Firash. Tiada lagi kata sayang dan cinta kepadanya,tiada lagi pelukan dan usapan kasih sayang untuknya. Barangkali Anisah sudah tawar hati dengannya.

"Tak apalah,aku redha. Jika jodoh aku dengan Anisah tidak panjang,aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja. Mungkin sampai di sini sahaja rumahtanggaku dengan dia."

******

Seminggu kemudian

    Fuad melangkah keluar daripada perkarangan mahkamah dengan longlai. Jiwanya sudah dibawa pergi bersama dengan talak cerai yang dilafaznya kepada Anisah. Anisah yang berada di belakangnya terus tahan Fuad dengan pegang tangan kanan Fuad. Fuad yang sedar tangannya merasai sentuhan lembut,terus dia toleh ke tepi.

"Saya minta maaf,Fuad. Ampunkan saya dari hujung rambut saya sehingga ke hujung jari kakiku." mata Anisah begitu kuyu menatap wajah bekas suaminya buat kali terakhir. Esok dia akan berangkat pergi ke Amerika demi membina kehidupan baharunya di sana.

    Lidah Fuad kelu daripada ingin mengeluarkan kata-katanya. Amarahnya kepada Anisah masih lagi belum pudar meskipun talak satu sudah dia berikan kepada Anisah di dalam kandang mahkamah tadi. Dia lantas tepis tangan Anisah lalu dia mengekori ibu bapanya yang sudah menunggunya di dalam kereta. Sebaik sahaja susuk tubuh badan Fuad tiada lagi di hadapan matanya,Anisah akhirnya tewas dengan tangisannya.

"Maafkan saya,Fuad. Kalaulah awak tahu akan apa yang sebenarnya terjadi,awak pasti akan faham kenapa saya tinggalkan awak." Anisah mengesat air matanya yang jatuh di pipinya.

    Ya Allah! Engkau lindungi Fuad dan Firash sepanjang ketiadaanku nanti. Aku akan kembali ke hidup mereka bila dah tiba masanya nanti. Aku ingin membawa jiwaku yang sudah pergi bersama dengan semangat hidupku. Fuad,maafkan saya. Maafkan saya kerana memilih untuk berpisah denganmu. Maafkan saya kerana putus asa untuk mempertahankan rumahtangga kita. Awak dan saya umpama langit dan bumi. Awak dan saya bagaikan Romeo dan Juliet di kisah era moden. Awak takkan faham kisah sebenar selagi kebenaran tidak akan terungkai,doa Anisah di dalam hatinya.

*****

    Usai dodoikan Firash untuk tidur,Fuad letakkan anak lelakinya itu di dalam katil bayinya. Perlahan-lahan dia letak Firash supaya Firash tidak terjaga dari tidurnya. Sudahlah Firash payah nak dipujuk bila dia menangis,lagi-lagi bukan ibunya yang memujuk. Daripada saat dia dilahirkan hingga ke saat terakhir dia bersama dengan bekas isterinya,tak pernah sekalipun Firash berenggang dengan ibunya.

    Letak sahaja anak kecil itu,Fuad terus keluar dari bilik tidur anaknya. Mindanya serabut memikirkan masa depan anak tunggalnya itu,baru sahaja mencecah usia sepuluh bulan dah ditinggalkan oleh ibunya sendiri.

"Fuad." panggil Puan Kalsom dari dapur.

    Namun Fuad tidak menyahut panggilan emaknya kerana fikirannya masih lagi melayang-layang di langit. Puan Kalsom yang pelik kenapa Fuad tidak menyahutnya,terus dia intai Fuad yang duduk termenung di ruang tamu,dari dapur.

"Tak habis-habis nak bersedih pasal perempuan murahan itu. Macamlah betina itu cantik sangat! Si Salmah tu sepuluh kali ganda lagi baik dan lagi cantik daripada perempuan Cina itu. Macam mana la anak aku boleh tergila-gilakan perempuan kafir itu? Sampaikan boleh tidur bersama sebelum kahwin." kutuk Puan Kalsom dalam hatinya.

    Puan Kalsom terus menghampiri Fuad yang masih leka dengan khayalannya. "Nak,kamu masih rindukan Anisah ke?" Puan Kalsom pura-pura rasa simpati kepada anaknya.

"Ya. Fuad sayangkan Anisah sangat-sangat. Tergamak dia tinggalkan saya dan Firash terumbang-ambing. Mungkin cintanya kepadaku sudah lesap,ditelan bumi. Mungkin wajah saya tidak bertakhta lagi di dalam hatinya."

    Rintihan Fuad membuatkan ketawa jahat dalam hati Puan Kalsom makin galak. Sudah lama dia mahukan Anisah tinggalkan anaknya itu,lagi-lagi Anisah telah 'merampas' Fuad daripada Salmah. Kalau bukan kerana Anisah,pasti Fuad kini bergelar suami kepada Salmah yang merupakan anak kepada dua pupunya itu.

    Salmah,meskipun dia bukannya anak orang berada seperti Anisah,keluarga Salmah adalah keluarga yang mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi. Sudah pasti ilmu agama lagi penting daripada harta-harta duniawi dan dunia ini hanyalah tempat persinggahan buat manusia sebelum menempuh ke alam yang kekal abadi iaiti syurga ataupun neraka.

"Mak,lepasni,boleh tak Fuad tak nak kahwin baharu buat masa terdekat ini?" Fuad tahu apa yang tersirat dalam hati ibunya walaupun bukan 100% dia mampu baca ia.

    Dia tahu ibunya terlalu berkenankan Salmah sebagai calon menantu kesayangan tetapi... Sebelum dia kenali Anisah pun,hatinya tak pernah terdetik sedikitpun nak buka ia untuk wanita yang muda lima tahun daripadanya itu. Tak pernah terjangka akal fikiran Fuad yang dia akan jatuh cinta dengan kawan baiknya daripada kecil. Kawan yang selalu temani dia bermain batu seremban,tingting dan pelbagai permainan tradisional Melayu. Perbezaan kaum mereka bukan penghalang untuk dia berkawan dengan Anisah dahulu.

"Hah?!" terjengil mata Puan Kalsom. Tak boleh jadi ni! Aku kena jodohkan Fuad juga dengan Salmah. Takkanlah Fuad sudah serik berumahtangga?,bisik Puan Kalsom dalam hatinya.

"Fuad bukannya apa,saya tak bersedia lagi nak berumahtangga semula,lagi-lagi Firash terlalu sayangkan Anisah. Mak tahu kan yang Firash tu tak boleh berenggang sikit pun dengan Anisah? Firash takkan terima ibu yang lain selain daripada Anisah seorang sahaja."

"Habistu,Fuad nanti bila dah kahwin semula? Nak tunggu sampai Mak dah berada di dalam tanah ke,baru Fuad nak ada isteri baharu?"

    Fuad terdiam seketika,memikirkan kata-kata yang dia perlu luahkan. Pasti ibunya akan kecewa dengan keputusannya itu tapi demi kebaikan semua orang,dia harus lakukannya.

"Mungkin bila Firash dah besar? Mungkin ketika itu,Firash dah bersedia nak terima ibu baharu."

"Hmph! Kalau begitu,nampaknya Mak dan Ayah dah berada di dalam liang lahad masing-masing agaknya,baru awak terfikir nak bergelar suami semula. Sampai ke sudah la,cucu Mak hanya Firash seketul sahaja." Puan Kalsom muncungkan mulutnya.

New chapter punya kelajuan ikut my personal life's schedule

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience