Bab 2

Romance Series 1152

    Mariana dan Fuad keluar daripada bilik doktor bersama. Menyedari Mariana yang masih lagi jalan terengsot-engsot,dia cepat-cepat pegang kedua-dua lengan Mariana untuk dia tolong Mariana berjalan.

"Kenapa Tuan pegang lengan saya?" Mariana rasa kurang selesa dengan cara Fuad cuba membantunya,meskipun dia tahu apa yang Fuad buat hanyalah sekadar common sense.

"Mestilah saya kena pegang awak,awak kan jalan tak berapa okey. Bila doktor minta awak pakai tongkat untuk tolong awak berjalan,awak yang reject ia. Takkanlah saya nak biarkan awak jalan macam tu je?"

    Mariana diam. Kakinya masa kemalangan tadi pun hanya rasa sakit bila dia mula berjalan walaupun kakinya tidak luka ataupun berdarah. Nasib baik ianya tak patah,cuma lebam sahaja. Kalau patah,mahu terus kena duduk di hospital takpun dipaksa berjalan pakai tongkat sehingga kakinya pulih. Fuad bawa Mariana ke salah satu kerusi ruang menunggu dan dia duduk di sebelah Mariana. Sempat lagi mata mereka tenung tepat antara satu sama lain.

    Handsome juga lelaki ni tapi wajah dia ni adakalanya mengingatkan aku pada seseorang,siapa agaknya eh? bisik hati Mariana. Walaupun Fuad itu dijangka baya-baya arwah Abi-nya,wajah Fuad yang mesra dan tak lekang daripada senyuman membuatkan jiwanya berasa tenang. Dan tanpa dia mengerti asbab akan hatinya berasa begitu,Mariana hanya mampu melayannya neutral,lagi-lagi ini kali pertama dia berjumpa dengan lelaki seperti Fuad.

    Gadis ini mengingatkan aku pada Anisah,daripada segi mata sepetnya dan suara halusnya tetapi dia ni Melayu tulen. Dan yang pasti,aku rasa dia ni baya-baya Firash,desus hati Fuad.

    Belum sempat dia nak bertanyakan soalan-soalan yang lebih lanjut tentang Mariana,nama Fuad diseru oleh pekerja kaunter klinik itu. Dia pergi ambil ubat-ubatan serta kain balut untuk Mariana daripada situ dan kembali ke Mariana yang setia menunggunya. Hati Fuad daripada tadi rasa berdebar melihat Mariana tapi dia tak tahu mengapa perasaan ini boleh muncul di dalam hatinya.

"Okey,ubat-ubatan semua ni dah ada penjelasan tentang pemakaiannya di paketnya. Awak pasti awak tak nak tongkat?" Fuad cuba kawal emosi abnormalnya sebaik mungkin.

    Mariana geleng. Dia percaya,esok lusa kaki dia akan pulih semula. Setakat pakai untuk sehari dua,baik tak payah.

"Baiklah kalau macam tu. Awak nak saya hantar balik ke rumah awak ke?"

"Tak payah la Tuan,rumah keluarga saya dekat kawasan sini je. Saya bolehh je minta ahli keluarga saya datang ambil saya di sini."

"Ish,takpe. Biar saya hantar awak balik. Salah saya sebab buat awak sakit macam ni. Oh ya,pasal motorsikal awak tu,saya dah bawa ia ke bengkel kawan saya. Kos baiki ia di bawah tanggungan saya. Saya betul-betul rasa serba-salah atas apa yang terjadi." lemah lembut tutur kata Fuad menyusunnya untuk pujuk Mariana.

"Fine." Mariana lebur jua dengan pujukan Fuad. Nampak gayanya,ibu saudaranya tak perlu tempah Grab untuk jemput dia pulang.

*****

    Suasana di dalam kereta Fuad agak sepi. Fuad yang terasa janggal akan kesepian di dalam keretanya,mula memikirkan soalan-soalan yang dia perlu tanya kepada Mariana.

"Uh,Cik?" panggil Fuad sambil pandang Mariana seketika sebelum matanya kembali ke hadapan.

Mariana diam lagi.

"Saya tak tahu lagi umur awak berapa,nama pun saya tak tahu."

"Mariana,21 tahun." jawab Mariana straight to the point. Dia kurang suka berinteraksi dengan lelaki,selalunya dia terus cakap direct dengan mereka.

"Mariana? Sedap nama tu. Dan awak 21 tahun? La,awak tua setahun daripada anak tunggal saya."

    Mariana masih lagi dengan matanya ke depan. Tak sangka aku lagi tua daripada anak pak cik ni,mesti anak dia lagi handsome daripadanya,fikir Mariana.

"Jadi,awak masih belajar lagi ke ataupun dah kerja?"

"Student,bakal award-winning pengarah filem di masa hadapan."

    Fuad angguk sambil tersenyum kecil mendengar jawapan Mariana. Tinggi sangat cita-citanya namun dia yakin,Mariana pasti akan capainya jua.

"Okey,single lagi ke?" soalan 'panas' Fuad tiba-tiba ditanyakan kepada Mariana.

    Wajah Mariana terus merah padam. Dah kenapa sampai ke situ? Baru kenal dah tanya single ke tidak. Nak jawab pun dia tak tahu nak jawab macam mana. Nak kata single but unavailable,tidak. Nak kata single and available pun tidak juga.

"Kenapa Cik Mariana diam? Betul la awak single,kan?" makin lebar senyuman dia.

"Kalau saya single pun,kenapa dengannya,Tuan?" Mariana cuba kawal air mukanya daripada menunjukkan sebarang perasaan kurang selesa kepada Fuad.

"Kalau single,bolehlah saya masuk line. Dah lama saya menduda ni." dia ketawa terkekeh-kekeh.

    Niatnya sekadar nak mengusik gadis tomboi itu,tak lebih daripada itu. Walaupun dia tak pernah berkawan sebegini dengan mana-mana perempuan kecuali dengan bekas isterinya,dia tak tahu kenapa dia inginkan hubungan dia dengan Mariana enggan terhenti di sini sahaja.

"Jangan try saya,Tuan. Saya masih muda lagi nak kahwin." Mariana cepat-cepat tolak Fuad.

    Dia nak kahwin? Ew! Please! Dia masih lagi belajar bertatih dengan kehidupan sehariannya,tiba-tiba nak jadi isteri orang. Mahu lingkup semuanya kalau dia kahwin dalam usia muda.

"Baik,saya faham. Saya cuma bergurau je. Mana mungkin saya nak kahwin dengan orang sebaya awak,lagi-lagi awak tu baya-baya anak saya? Kalau kahwin pun hanya bila dah ada perasaan je. Saya minta maaf kalau soalan pelik saya buat awak rasa tak selesa dengan saya."

    Entah mengapa,hati Mariana terasa pedih sedikit akan kata-kata Fuad. Mungkin sebab dia tak pernah jumpa lelaki setampan Fuad dan tidak pernah lelaki yang dikenalinya berbual sebegini dengannya? Ataupun ini semua hanyalah mainan perasaannya sahaja? Tak lama kemudian,mereka sampai di hadapan rumah keluarga Mariana.

"Okey,kita dah sampai di hadapan rumah awak. Sebelum awak nak keluar daripada kereta saya,saya nak bagi awak ni." Fuad keluarkan kad bisnesnya daripada kocek kemeja bunganya dan hulurkan kad itu kepada Mariana.

Fuad Gadjet Repair Sdn. Bhd

Gajet anda rosak? Jangan risau! Kami ada penyelesaiannya.

016-4503249 (Fuad)

Fac : Fuad Gadjet Repair

Instagram : fuadgadjetrepair

"Ni kad bisnes saya. Kalau apa saja barang elektrik awak rosak,saya boleh baikinya. By the way,saya nak nombor telefon awak,boleh?" Fuad tak nak lepaskan Mariana selagi Mariana enggan memberikan dia nombor telefon. Senang dia nak hubungi untuk urusan motorsikal Mariana ataupun... untuk urusan 'lain'.

"Nombor telefon saya? Kejap." Mariana keluarkan Xiaomi Redmi Note 2 kepunyaannya daripada kocek seluar jeansnya. Skrin telefonnya yang pecah teruk itu menggusarkan hati Fuad.

"Skrin telefon awak pecah teruk tu." tegur Fuad,kalau dibiarkan lama-lama,kaca skrin telefon Mariana boleh mencederakan dirinya.

"Takpe,biarkan je. Saya sendiri pun tak mampu nak tukar ia." Mariana terus telefon Fuad.

    Telefon iPhone 6s rona Rose Gold di dalam kocek seluar jogger Fuad berdering. Keluarkan sahaja telefon yang berasal daripada U.S.A. itu daripada kocek seluarnya,Fuad cepat-cepat save nombor telefon Mariana di dalam senarai kenalannya.

"Nice. Kalau saya rindu awak,bolehlah saya telefon awak." Fuad tersengih-sengih.

    Wajah Mariana sekali lagi merah padam. Dia tak pernah berasa begini bila orang mengusiknya,selalunya dia terus marah orang itu ataupun buat tak tahu tetapi kenapa dengan lelaki itu,dia tak mampu nak memarahinya?

"Just kidding. Saya telefon awak nanti kalau motor awak dah siap dibaiki. It's nice to meet you,Cik Mariana." Fuad akhirnya merelakan Mariana keluar daripada keretanya.

"Urgh.... Tuan Fuad?" Mariana buka tali pinggang keledarnya. Helmet motorsikalnya diangkat daripada bawah kakinya.

"Ya?" sekali lagi mereka bertentangan mata.

"Tuan.... nak masuk dalam sekali tak dengan saya? Kita... kita...." Mariana tergagap-gagap nak habiskan perkataannya. Dia pun tak faham macam mana dia boleh cakap tergagap-gagap dengan Fuad.

"Kita minum petang sama-sama dengan Mak Su saya." pelawa Mariana,sebagai tanda terima kasihnya kepada Fuad. Sekurang-kurangnya dia boleh hidangkan Fuad sedikit kudapan dan secawan kopi O panas jika dia terima pelawaannya.

"Uh... Saya minta maaf tapi saya terpaksa tolak ia. Saya dah kena masuk balik ke kedai saya. Kesian nanti para pelanggan saya kalau mereka dah lama terpacak di hadapan kedai saya. Lain kali je ye? "

"Alright then. Assalamualaikum." Mariana keluar daripada kereta Fuad dan jalan terengsot-engsot ke arah pintu pagar rumah teres dua tingkat itu.

"Waalaikumsalam." balas Fuad dengan senyuman tipis di bibirnya. Tingkap keretanya diturunkan dan dia melambai-lambai tangannya dekat Mariana sebelum dia berangkat pergi daripada situ.

    Sampai sahaja di hadapan pintu gril rumahnya,Mariana terus capai kunci rumah daripada poket sisi beg galasnya dan dia buka pintu rumahnya. "Assalamualaikum,Mak Su!"

    Bunyi tangga rumah teres dua tingkat itu kedengaran. "Waalaikumsalam." sambut Salmah sambil menuruni anak tangga.

"Ya Allah,Mar! Apa dah jadi ni?" Salmah cepat-cepat mendekati Mariana. Dia usap pipi Mariana dan kedua-dua lengannya yang berplaster.

"Mar accident tadi,Mak Su. Jadi dekat simpang yang dah nak masuk kawasan perumahan kita."

"Astagafirullahalazim,Mar. Kamu ni kan,selalu sangat accident. Dah tak terkira berapa banyak kali kamu accident. Sampai doktor di hospital pun dah jemu tengok muka kamu." Salmah geleng kepala melihat anak buah kesayangannya itu.

"Alah,Mar dah biasa. Ni kan dikira rutin tahunan saya!" Mar ketawa nakal.

"Tahunan pun,mana motorsikal Mar? Mak Su tak nampak pun motor kamu di luar."

"Motor tu... dah hancur."

"Hah?!" Salmah terjerit.

    Manalah dia tak terkejut beruk,motorsikal itu adalah pemberian arwah suaminya semasa arwah masih hidup. Motorsikal itu sahajalah harta terakhir yang suaminya berikan kepada Mariana sebelum dia pergi menghadap Ilahi tiga tahun lalu.

"Tapi jangan risau,motor tu dah ada di bengkel. Orang yang buat Mar tu,dia yang hantar motor tu ke bengkel dan dia yang bawa Mar ke klinik."

"Wow wow wow! Baik hati betul orang tu. Siapa dia?" Salmah teruja nak tahu siapa gerangan insan yang terlalu bermurah hati nak bantu Mariana.

"Dia? Uh.... Macam mana nak cakap eh? Ala. Masa makan malam nanti,saya citer la." Mariana nak selesaikan apa yang patut dahulu sebelum dia nak buka cerita tentang dia dan Fuad.

"Aduh! Lama lagi Mak Su nak tahu cerita hot ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience