Series
1152
20 tahun kemudian
Habis sahaja kelasnya,Mariana terus pulang ke hostelnya. Sampai sahaja di biliknya,dia terus campak beg galas Adidasnya di tepi katil single itu dan dia 'terjun' di atas tilam katilnya. Mana tidaknya,kelas Prof. Latif selalu buat dia mengantuk sepanjang masa,itu pun dah berapa banyak kali dia hampir terbabas tidur di dalam kelasnya.
"Uish! Penatnya aku. Rasa malas pula aku nak kemas beg untuk balik ke rumah Mak Su." bebel Mariana sambil usap rambut pendeknya.
Setiap hujung minggu,dia akan pulang ke rumah Mak Su-nya dan tinggal di sana selama dua hari sebelum dia kembali ke sini. Dia bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajiannya di universiti yang tidak berapa jauh daripada rumah keluarganya. Sekurang-kurangnya,dia dapat meluangkan masa bersama dengan ibu saudaranya merangkap ibu angkatnya. Hanya Mak Su sahaja tempat dia menagih kasih sayang setelah dia kehilangan ibu bapanya dalam usia yang cukup muda.
"Mar,mulai sekarang,Mak Su akan jaga Mar. Mar akan jadi ahli keluarga Mak Su yang sah di sisi undang-undang. Mak Su akan pastikan Mar jadi anak angkat Mak Su secara rasmi." Salmah peluk tubuh kecil Mariana yang masih membisu,setelah ibu bapa Mariana selamat dikebumikan.
Tanpa Mariana sedari,air matanya jatuh di pipinya. Dia kesat air matanya sebelum dia bangun dan ambil bingkai gambar ibu bapanya yang dia letakkan di tepi katil. Air matanya makin deras mengalir,dia dah tak mampu memendam perasaan rindunya itu.
"Umi. Abi. Mar rindu Umi dan Abi sangat-sangat. Kenapa cepat sangat Allah tarik Umi dan Abi daripada Mar? Kenapa Mar tak sempat nak buat Umi dan Abi gembira melihat keadaan Mar sekarang?" tangisan Mariana makin kuat.
"Umi. Abi. Mesti Umi dan Abi bangga kan melihat Mar sekarang? Mar kejar impian Mar nak jadi pengarah filem. Mar nak sangat hasilkan filem-filem yang Mar tulis sendiri. Mar janji,Mar akan buktikan orang seperti Mar mampu berjaya di dunia dan di akhirat." Mariana dakap bingkai gambar itu dengan hingusnya yang mula keluar daripada hidungnya.
Klik!
Bunyi pintu biliknya dikuak perlahan-lahan.
"Mar? Kau ke tu?" panggil Nisha daripada luar.
"Ya. Masuklah."
Nisha,kawan sebiliknya terus melangkah masuk ke dalam bilik.
"Are you okay?" Nisha letak begnya di tepi katilnya dan terus duduk menghadap Mariana.
"Sikit,selepas aku luahkan sikit perasaan rindu aku kepada arwah Umi dan Abi. Sorry la,balik-balik je kau dah nampak muka selebet aku menangis."
Terus tangan kanan Nisha pegang erat peha kanan Mariana.
"Ala babe,takpe. It's okay to cry about your parents. Kau pun dah lama tak jadi macam ni. Tadi pun,aku dengar rintihan kau daripada luar bilik tadi."
Mariana tundukkan wajahnya. Mana dia mahu letak mukanya sekarang ini?
"Arwah Umi dan Abi kau pasti bangga tengok kau sekarang. Tinggal satu sem je lagi sebelum kau graduate,Mar. Lepas habis graduate,pasti kau boleh slow-slow menyertai industri perfileman Malaysia nanti. Aku yakin dengan kau,Mar."
Pujukan Nisha membuatkan Mariana berasa sedikit lega. Walaupun sejak kebelakangan ini,mindanya sedikit bercelaru memikirkan hala tujunya selepas habis belajar. Lagi-lagi industri perfileman pada era kini lebih mementingkan populariti dan kuasa berbanding bakat.
"Thanks,Nisha. You're always there for me. Tanpa kau dan 'bebelan' kau,pasti aku tak tahu apa yang aku perlu buat sepanjang aku berada di sini." Mariana tepuk bahu kanan Nisha perlahan-lahan. Nasib baik Nisha selalu ada dengannya ketika saat suka dan duka.
"You're welcome. By the way,aku dengar citer daripada Alia dan Eli masa di kolej dua hari lepas yang si Firash tu ada datang hantar bunga dekat kau masa kau tengah praktis main badminton,betul ke?" Nisha mula sengih nakal.
Siapa je yang tak kenal dengan si Firash,mamat Cina celup kegilaan gadis-gadis IPTA mereka? Dengar nama sahaja pun dah mampu membuatkan mereka meraung,inikan lagi melihat senyumannya yang lagi manis daripada gula melaka.
"Citer dua hari lepas,kau baru nak tanya?" Mariana angkat keningnya.
"Ye la,kau nampak kan yang aku busy sangat dengan assignments aku? Baru je hari aku rasa free sikit sebab Prof bagi tak banyak sangat untuk hari ini."
"Baguslah dah tak busy sangat,boleh ajak buat sesi membawang dengan Pavithra dan Eli pasal Firash bila aku dah balik sini nanti."
"Ala! Lama lagi. Nak membawang di WhatsApp pula,kau bukannya rajin buka WhatsApp pun. Online dalam sehari pun boleh dikira dengan jari satu tangan je."
"Kalau macam tu,aku nak citer kau pasal kes aku dengan Firash tu tapi boleh tak kau simpan rahsia pasal ia."
"Haa,kenapa?"
Mar terus duduk di sebelah Nisha dan dia lantas berbisik di telinga kiri Nisha.
"Sebenarnya,Firash dah confess dekat aku di gelanggang badminton kelmarin."
"Apa?!" Nisha terjerit sedikit. Kenal tak sampai 5 bulan,dah syok dekat senior sendiri.
"Oi! Jangan la jerit. Nanti penghuni-penghuni rumah ni tahu la pasal ni." marah Mariana.
"Sorry."
"Berbalik pasal dia,aku reject dia. Kau tahu kan yang dia bukannya taste aku?"
"Tahu. Kau kan pernah cakap dekat aku dengan yang lain. Lagipun,perangai dia kan is a big turn off untuk kau,kan?"
"Ya. Aku tak suka perangai dia yang suka memaksa-maksa orang nak terima cinta dia. Kau tengok la dulu masa dia awal-awal kenal aku,nak berkawan dengan aku sampai selalu datang kacau aku masa aku praktis main badminton. Tak puas dengan tu,dia sanggup mesej aku panjang lebar di Fac Messenger lagi. Menyampah,tahu tak? Menyampah." Mariana menjegilkan matanya.
Nisha faham kenapa Mariana kurang berkenan dengan Firash. Daripada zaman dia mula mengenali Mariana,Mariana memang kurang bergaul dengan lelaki dan selalunya Mariana berasa janggal tiap kali dia berinteraksi dengan mereka,terutamanya Firash. Bahkan,Mariana hanya berkawan rapat dengan dia,Eli dan Alia sahaja. Budak-budak satu fakulti dengannya pun dia tidak bergaul sangat,inikan lagi dengan seluruh warga kolej itu kecuali geng-geng asramanya.
Mariana pun hanya mempunyai Fac,itu pun dia tidak rajin bukanya. Hanya buka jika dia terima mesej daripada ahli keluarga jauhnya dan kawan-kawannya yang masih menggunakan Fac. Twitter dan Instagram pun dia sengaja tak nak pakai. Baginya,mempunyai ramai kawan dan pengikut agak merimaskan,terutamanya ketika dia kurang berinteraksi dengan orang-orang yang dia tidak kenali.
"Nisha,aku nak kemas beg galas aku sekejap."
"Oh lupa,kau kan nak balik ke rumah Mak Su kau hari ni. Bila kau balik? Lusa?" Nisha dah boleh faham sangat rutin harian Mariana.
Setiap petang Jumaat,dia dah berangkat pulang ke Bandar Tasik Puteri dan tinggal di sana selama dua hari sebelum dia kembali ke sini. Walaupun rumah keluarganya dan IPTA mereka dekat sahaja,Mariana ada sebab tersendiri kenapa dia enggan tinggal di rumah keluarganya.
"Takdelah,esok aku balik. Aku bermalam je di sana,aku malas la nak bawa assignment aku dan laptop aku sekali. Kang aku buat assignment di sana,macam-macam isu timbul pula."
"Kenapa pula? Bukankah selama ni kau selalu bawa balik sekali semua tugasan kau?"
"Entahlah,kali ni aku malas nak bawak balik kerja aku sekali. Ingat aku tak fedup ke hari-hari hadap assignment,tak cukup lagi di kolej,pastu sambung lagi di sana? Bagilah aku ruang nak rehatkan otak aku sekejap je. Cukuplah otak aku serabut je dengan orang-orang di sana,takkanlah nak buat kepala aku lagi serabut dengan assignment?"
Nisha diam,mengiyakan kata-kata Mariana. Mariana yang dikenalinya,memang jarang 'take a break' daripada segala tugas yang berkaitan dengan IPTA mereka,ambil pun bila dia dipaksa berehat oleh Nisha,Pavithra dan Eli. Orang macam Mariana,kadang-kadang sukar nak dibaca isi hatinya dan tindak-tanduknya. Terlalu unpredictable di mata semua orang. Dan itulah keunikan Mariana di mata kawan-kawan rapatnya dan Firash.
*****
Usai menyiapkan pesanan pelanggannya,Fuad keluar daripada ofisnya merangkap bilik tempat dia baiki komputer dan gajet-gajet elektronik. Penatnya menghadap semua itu,hanya Tuhan sahaja yang tahu. Memandangkan buat masa ini tiada lagi barang yang dia perlu disiapkan dalam kadar segera,dia terus mengambil keputusan untuk rehat seketika.
Tiba sahaja di hadapan pintu kedainya,dia pusingkan papan putih beroda di tepi pintu masuk kedainya supaya para pelanggan yang hendak datang ke kedainya tahu akan ketiadaannya. Dia kemudiannya kunci pintu kedainya.
Closed,owner tiada di kedai. Call 016-4503249 (Fuad) jika ada sebarang persoalan.
Fuad menghampiri kereta Toyota Vios kesayangannya itu dan terus sumbatkan dirinya ke dalam keretanya. Enjin keretanya dihidupkan dan dia lantas bawa dirinya keluar daripada kawasan parkir kedainya. Destinasinya adalah kedai makan Pak Meon yang dia selalu pergi setiap kali makan tengah hari ataupun minum petang.
Sebaik sahaja keretanya tiba di simpang lampu isyarat,matanya terpacak melihat lampu isyarat yang rosak itu.
"Aduh! Rosak pula lampu isyarat di sini." gumam Fuad sambil geleng kepala.
Yakin yang tiada sesiapa lagi yang nak lalu di hadapannya,dia tekan pedal keretanya. Baru sahaja keretanya digerakkan,tiba-tiba sebuah motorsikal EX5 muncul di hadapannya.
"Astagafirullahalazim!" jerit dia sambil kakinya menekan brek.
Keretanya terhenti dan motorsikal yang hampir-hampir melanggarnya itu hilang imbangan sebelum penunggangnya jatuh di tepi jalan. Terima kasih Ya Allah,nasib baik aku selamat,doa Fuad dalam hatinya. Fuad terus keluar daripada keretanya dan cepat-cepat pergi ke arah motorsikal EX-5 itu.
"Aduh! Sakitnya!" Mariana usap kedua-duanya lengannya yang berdarah itu.
"Cik? Are you okay?" Fuad pegang bahu Mariana yang terduduk di tepi motorsikalnya yang sudah hancur itu. Mariana yang terkedu akan tindakan lelaki asing itu tiba-tiba pegang bahunya,ditepisnya tangan Fuad.
"Okay? Tuan ada nampak tak rupa saya okay sekarang ke ni?" Mariana berang lelaki itu menanyakan soalan bodoh kepadanya. Okey apanya sampai kedua-dua lengannya dan mukanya berdarah bagai?
Fuad kaget.
"Cik,saya minta maaf sebab saya hampir-hampir langgar cik. Apa kata saya bawa cik ke klinik?"
"No thanks." Mariana menolak. Dia lebih risaukan motornya berbanding keadaan dirinya. Kalau motornya sudah rosak,masaklah dia nanti! Macam mana dia nak balik ke rumah keluarganya nanti?
"Tapi cik,cik dah sampai luka sana sini. Takkanlah saya nak biarkan cik begitu saja?"
"I said,no thanks. Saya dah biasa luka-luka begini. Plus,saya lagi risaukan motorsikal saya berbanding diri saya sendiri."
Fuad garu kepalanya yang tidak gatal itu. Gadis itu punya keras kepala,sama seperti anaknya,Firash.
"Macam ni je la cik,saya tetap nak bawak cik ke klinik. Ini sebagai tanda maaf saya kepada awak,pasal motorsikal awak tu,biar saya uruskan. Boleh?"
Bab 1 is out
Share this novel