Bab 3 part.1

Romance Series 1152

"Firash,kau tak balik ke rumah keluarga kau bulan ni?"

       Soal Saiful di ruang tamu sambil tangan dan matanya fokus 100% dekat PS4-nya. Firash kerling seketika wajah Saiful yang tidak berkedip melayan permainan FIFA 15-nya.

"Tak,aku tak balik. Malas aku." jawab Firash hambar.

"Kenapa? Kau gaduh lagi ke dengan Daddy kau?"

"Takdelah,cuma... Aku malas nak tengok muka dia. Asal aku balik je,semua benda dia nak tegah aku. Semua benda dia nak ambil tahu. Semak la!" wajah Firash terus masam mencuka. Dengar nama ayahnya pun dia dah meluat,inikan lagi bertegur sapa mahupun bergaduh dengannya.

"Habistu macam mana dengan atuk dan nenek kau?" Saiful sudah menduga jawapan Firash. Firash dan bapanya daripada dulu lagi,memang tidak sehaluan. Asal jumpa je,mesti bergaduh takpun dia buat muka ketat dekat Fuad.

"Ala,nanti-nantilah aku telefon mereka. Aku bagi je la macam-macam alasan untuk tak nak balik ke sana bulan ni. Apa susah?"

         Saiful terus hentikan permainannya dan dia toleh ke arah Firash yang sibuk melayan Instagram. Sudah berbuih mulutnya menegur sikap Firash yang keras kepala macam batu lesung dan hatinya yang dingin bagaikan salju namun ianya tidak diendahkan oleh Firash sedikitpun. Dia kesiankan ayah Firash kerana anaknya sedikitpun tidak mempunyai perasaan hormat kepadanya.

"Aku tahu kau dengan Daddy kau tak berbaik langsung pun tapi kau tak kesiankan ke dekat atuk dan nenek kau? Mesti mereka sedih bila kau tak jenguk mereka bulan ni." Saiful masih lagi enggan mengalah dalam memujuk Firash. Dia ingat lagi air muka kecewa dan sedih Fuad ketika dia berborak pasal Firash,masa kali terakhir dia bersua muka dengan Fuad. Macam mana tak sedih,anaknya dah berubah seratus peratus sebaik sahaja dia membesar.

"Dahtu,kau nak aku balik sana pastu aku bertekak lagi dengan Daddy aku? Begitu? Kalau nenek dan atuk aku sakit sebab kitaorang,macam mana? Bertambah lagi satu masalah pula."

"Firash,kalau Mummy kau ada di depan mata sekarang ni,mesti dia kecewa tengok kau begini. Pasti dia tak nak tengok hubungan kau dengan Daddy kau keruh,lagi-lagi ianya berkaitan dengan dia."

    Firash ketawa sinis. Mummy? Dia sendiri pun tak tahu,ibunya masih lagi hidup ataupun tidak. Sebaik sahaja dia bercerai dengan ayahnya,ibunya menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Surat menyurat,mesej-mesej,satu pun dia tak pernah terima daripada ibunya. Kerana itu,Firash sudah lama anggap ibunya sudah mati.

"What a joke." dia terus masuk ke dalam biliknya dan tinggalkan Saiful seorang diri di situ.

*****

    Tiba sahaja di Restoran K-food,Fuad dan Mariana duduk di salah satu meja yang agak tersorok daripada pemandangan orang ramai. Sebaik sahaja mereka duduk,tak lama kemudian,pelayan restoran itu datang ke meja mereka.

"Awak nak makan apa?" tanya Fuad.

"Um.... apa-apa saja. Saya tak memilih pun bab makanan." jawab Mariana jujur. Seumur hidupnya,manalah dia pernah makan makanan Korea,yang dia pernah merasa pun masakan Melayu dan barat sahaja. Dia kenal serba-serbi sedikit makanan Korea pun melalui K-drama yang dia selalu layan.

"Okay,kalau macam tu,saya nak bulgogi dua set,dua set Spicy Korean Chicken dan dua air lemon tea."

      Habis catit pesanan mereka,pelayan itu terus masuk ke dalam dapurnya. Mata Mariana melilau melihat kawasan persekitarannya,terasa macam berada dalam suasana K-drama yang klise pun ada.

"Tuan."

"Ya,saya?"

"Saya.... sebenarnya tak biasa makan di sini."

"Seriously? Takde orang bawa awak makan makanan Korea ke?"

    Mariana angguk ringan. Fuad senyum sahaja melihat anggukan Mariana itu. Dia tak kisah pun nak belanja Mariana apa sahaja yang Mariana mahukan,asalkan dia dapat sahaja apa yang dia ingin daripada Mariana ; sebuah ikatan persahabatan secara rasmi bersama dengan gadis pendek itu.

"Cik Mariana." muka Fuad terus jadi serius,dia nak terus suarakan isi hatinya kepada Mariana on the spot.

"Saya rasa,Tuan tak perlu panggil saya Cik Mariana. Cukup panggil saya Mar." Dia masih pelik lagi kenapa Fuad masih nak menggunakan perkataan formal dengannya,walhal dia hanya tua setahun daripada anaknya.

"Baiklah kalau macam tu,Mar."

"Baru betul!"

"Dan sebagai tanda awak tak nak saya panggil awak Cik Mariana,awak kena panggil saya Fuad je."

    Mariana ternganga besar. Gila ke Fuad nak minta dirinya dipanggil dengan namanya sahaja? Tak terasa macam tiada adab dan tatasusila ke?

"Fuad je? Serious la,Tuan? Tuan ni kan baya-baya arwah ayah saya dan lagi tua daripada arwah Pak Su saya. Takkanlah nak panggil dengan nama je?"

       Arwah ayah? Mariana ni anak yatim ke? Aku pun tak tahu latar belakang dia macam mana tapi yang pasti,sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bertanyakan pasalnya,desus hati Fuad.

"Actually,saya kurang suka orang panggil saya Tuan. Terasa macam saya ni tua sangat. Saya baru je 51 tahun."

"Habistu?"

Sebuah idea nakal tiba-tiba muncul di dalam kepala Fuad.

"Okay,kalau awak tak nak panggil saya Fuad,panggil saya Abang Fuad ataupun sayang?" senyuman gatal Fuad mula terukir di sebalik kumis tebalnya.

"Sayang? No way! Saya tak nak kahwin muda." wajah Mariana kembali menjadi merah umpama tomato segar. Sebuah ketawa kecil dicetuskan oleh Fuad.

"Awak memang tak boleh ke kalau gurau-gurau begini? Ke awak ni memang kurang bergaul dengan lelaki?"

"I guess yeah? Lelaki-lelaki yang saya rapat pun hanyalah arwah ayah saya,arwah Pak Su dan anak sulung Mak Su saya,Fauzi."

"Okey,saya faham. Oh ya Mar,saya nak tanya awak sesuatu,boleh tak?"

"Apa dia?"

"Sudi tak awak jadi... kawan saya?"

"Eh? Bukankah kita dah dikira kawan ke,especially bila kita dah tak guna perkataan formal antara satu sama lain?"

"Tapi saya nak ia dibuat secara rasmi. Saya nak awak akui akan niat ikhlas saya nak berkawan dengan awak,niat saya nak kenal awak dengan lebih mendalam."

        Mariana terdiam seketika. Tak sampai tiga hari mereka bertemu,Fuad sudah ingin melahirkan hasratnya untuk berkawan dengannya. Kenapa Fuad nak berkawan dengannya? Padahal dia hanyalah budak hingusan yang masih lagi bergelut dengan kehidupan sehariannya di universiti. Nak ada me time untuk diri sendiri pun hanya di hari-hari hujung minggu. Adakah kerana Fuad berasa simpati kepadanya atas insiden yang menimpa kepada mereka ataupun ianya lebih daripada itu?

"Tapi,saya hanya budak tomboi yang tipikal je. Saya tiada apa-apa keistimewaan pun pada diri saya. Rupa tiada,harta pun tiada. Harta yang saya ada pun hanyalah motor EX5 yang hancur tu,itu pun ianya pemberian arwah Pak Su saya sebelum arwah meninggal dunia."

"Harta boleh dicari,rupa boleh diperbaiki dengan mudah. Tapi hati itu? Susah nak dibaiki jika ada kerosakan di dalamnya. Adakalanya,hati hanya boleh dibaiki jika 'sesuatu' menimpa kepadanya."

"Sesuatu? Maksud Fuad?"

"Well,satu hari nanti Mar akan faham ia."

"Okay."

*****

Firash terjaga daripada tidur mamainya,sebaik sahaja dia terima mesej daripada kumpulan WhatsApp-nya dengan Saiful,Qhalif dan Zamir.

Qhalif Basri : Ash masih membuta lagi ke?

Zamir98 : Aah.

Epul : Yup,siap boleh dengar dengkuran dia di luar bilik ??

Qhalif Basri : Kejutkan dia,aku nak bawa balik masakan mak aku. Takkanlah nak makan bertiga je?

Dengan matanya yang mamai itu,Firash balas mesej Qhalif di dalam kumpulan WhatsApp mereka.

Firash Wong: Aku dah bangun ni. Kau nak bawa balik makanan ke?

Qhalif Basri : Ya. Mak aku masak sambal udang masak petai.

Zamir98: Sedapnya??

Epul : Cepat sikit balik,aku tak sabar nak makan ni!

       Habis sahaja berbual,Firash bangun daripada katilnya dan kemas katil single itu sebelum dia melangkah keluar daripada biliknya. Keluar sahaja daripada bilik,Saiful menyapanya di ruang makan.

"Dah puas merajuk dengan aku?" Saiful hirup sedikit air Milo panasnya.

        Firash jeling tajam kepadanya. Saiful antara kawan biliknya yang mempunyai keluarga yang sempurna. Daripada kecil,Saiful membesar bersama ibu bapanya yang merupakan guru-guru di sekolah agamanya. Setiap tahun,Saiful khatam Al Quran dan kerap turun ke masjid untuk aktiviti-aktiviti fardhu kifayah serta solat jemaah. Tak hairan pun kenapa Saiful disukai semua orang di kolejnya kecuali Mariana yang tidak bergaul dengan lelaki.

"Assignment kau dah siap ke belum? Esok deadline tau." Saiful ingatkan dia.

"Ya ya." jawab Firash malas. Dia terus duduk di sofa dan buka TV. Rancangan drama Melayu yang tengah ditayangkan di TV tidak menarik perhatiannya lalu tangannya gatal pergi buka chanel kartun di Astrok. Kartun Didi dan Friends membuatkan dia senyum sedikit melihat Didi menyanyi.

"Tak habis-habis dengan Didi dan Friends kau." Saiful sedaya upaya menahan gelaknya itu.

"Hello! Didi and Friends favourite aku tau."

"Iya,sampai satu bilik kau penuh dengan merchandise Didi and Friends."

         Saiful tahu,Firash memang obses dengan Didi and Friends. Kartun kegemaran kanak-kanak di Malaysia itu sering Firash melayannya tiap kali ditayangkan di TV.

"Muka anak ikan tapi layan Didi and Friends." usik Saiful.

"Suka hati aku la."

"Nanti keluar la rancangan Firash and Friends tapi siapa je yang nak berkawan dengan manusia panas baran seperti kau?" gurau kasar Saiful membuatkan Firash sedikit bengang dengannya namun apa yang dikatakan oleh Saiful ada benarnya.

      Mungkin kerana sikap panas barannya membuatkan Mariana enggan terima cintanya. Mungkin kerana dia terlalu mesra dengan perempuan,membuatkan Mariana teragak-agak nak berkawan dengannya.

"Mar." sapa Firash ketika Mar baru sahaja habis berlatih main badminton. Dia nak berikan sejambak bunga yang digubah bersama dengan sedikit coklat di dalamnya, kepada Mariana sebagai tanda dia mahukan Mariana terima cintanya.

"Firash? Ada apa kau datang sini?" Mar toleh ke arah Firash buat seketika sebelum dia sibuk kemas beg sukannya.

"Mar,saya ada sesuatu nak bagitau awak." Firash masih lagi sorokkan jambak bunga dan coklatnya di belakang badan dia.

"Hm?" Mar acuh tak acuh melayannya.

"Saya suka awak." Firash tunjukkan jambak bunga itu kepada Mariana.

     Mariana kerutkan dahinya sebaik sahaja dengar pengakuan Firash itu. Gila ke Firash ni? Macam mana dia boleh sukakan manusia seperti aku, fikir Mariana.

"Huh? Kau suka aku? Kau ni biar betul,Firash?" Mariana enggan percaya akan pengakuan berani mati Firash itu.

"Ya,saya betul-betul sukakan awak."

"Whatever." Mariana ambil beg sukannya lalu dia tinggalkan Firash yang bingung di situ.

"Nasib badan kena reject."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience