Bab 4

Drama Series 3041

Sudah seminggu cuti persekolahan berlalu dan kini aku sedang menyiapkan diri ke sekolah buat minggu kedua. Usai aku merapikan pakaian dan buku, aku menghampiri ibu tiriku di ruang tamu.

Kelihatan dia asyik menonton televisyen sehingga tidak sedar akan kehadiran diri ku. Tangan ku hulur di hadapannya untuk bersalam. Namun tidak diendahkan olehnya. Aku senyum kecut lalu menarik tanganku perlahan.

"Dian pergi dulu.." Pinta ku meminta izin. Kepala ku angguk halus sebelum berlalu.

Sedang aku ingin keluar dari rumah, aku bertembung dengan kakak tiri ku yang baru pulang entah dari mana. Ku lihat dia memutarkan bebola mata sambil mengeluh lemah lalumenempuh bahu ku kasar.

Hubungan ku dengan dia seperti biasa. Bagaikan tiada masalah antara kami. Ibu juga belum mengetahui kesalahan yang dibawa anak kesayangan ke rumah ini.

Ku ingat amarannya.

"Kalau ibu tahu benda ni, kau tahu kan apa yang kau dapat."

Ku menghela nafas. Jika aku sampaikan kepada ibu masalah kami, sudah tentu penampar yang aku dapat. Ibu tidak akan pernah mempercayai aku. Dia benci jika seseorang itu memperburukkan anaknya.

Tidak mahu berpikiran jauh, aku menunggang basikal untuk ke sekolah. Tidak mahu terlambat buat kali kedua dan tidak mahu juga rekod disiplin aku merosot.

Bila sampai di sekolah, ku sandarkan basikal ku di tiang pondok usang. Ku langkah memasuki pagar sekolah. Nampak setiap orang memandang ku sambil berbisik. Mungkin ini kerana aku sahaja menggunakan basikal.

Bisikan mereka tidak aku peduli. Ku langkah menaiki tangga untuk ke kelasku.

"Wah wah, budak nerd sudah datang oi.." Seorang pelajar lelaki datang menyapa ku dengan perlian. Namun ku balas dengan senyuman. Sikit pun tidak ku terasa dengan perliannya itu.

"Mau pergi mana laju-laju ni..?" Dia menghalang laluan ku. Ku pergi ke kanan dia ke kanan, ku ke kiri dia pun ke kiri.

Ku hela nafas.

"Boleh tepi sikit tak?" Ku bertanya memandang lelaki itu dengan kegeraman. Ku lihat dia dan kawannya bergelak ketawa.

Wah! Dah gila. Otak mereka mereng agaknya. Tiada benda lawak pun yang ku katakan.

"Wah... garangnya. " Dia berkata apabila tawanya reda. Dia bermain-main dengan hujung tudung ku namun ke tepis kasar.

"Alah... merh la kita main kejap.." Dia berkata mendekati ku lalu menggosok kepala ku.  Kawan-kawannya memegang tangan ku.

"Apa ni!?" Ku meronta menarik tangan ku. Namun kudrat tenaga mereka lebih tinggi dibandingkan dengan tenaga ku.

"Lepaslah!" Ku cuba melawan. Masih meronta cuba melepaskan tangan ku dari genggaman mereka.

Mata ku mula berair bila diperlakukan begini. Ya Allah selamatkan lah aku dari mereka.

"Woi!" Jerkahan itu menyentakkan mereka.

Ku menghembuskan nafas lega. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan seseorang untuk membantuku.

Ku tundukkan muka merasa malu dengan diri ku sendiri. Ku dengar keluhan kuat lelaki itu sebelum dia berpaling ke belakang.

"Wah... cik tomboy dah sampai.. merh sini join sekali." Kata lelaki itu sambil bertepuk tangan. Kawan lelaki itu mengilai ketawa.

"'Balik kelas sekarang sebelum aku report kat cikgu disiplin." Ku hanya mendengar dan masih menundukkan kepala.

Jariku mula bermain antara satu sama lain. Perasaan takut dan malu mula menyelubungi diri ku. Takut dikenakan tindakan disiplin dan malu kepada kawan-kawanku kerana dianggap murah.

"Kau ugut aku ke?"

"Berambus lah Fariq, aku takde masa nak buat masalah dengan kau."

"Buatlah kalau kau berani."

"Jangan cabar aku Fariq. "

Ku hanya mendengar masih tidak mampu bersuara. Hanya diam tanpa berkata.

"Kau okey?" Bahuku disentuh membuat ku mengangkat kepala melihat perempuan yang menolong aku tadi.

Aku angguk halus kepadanya. Dia tersenyum lalu menghulurkan tangan kanannya.

"Aku Fira dari kelas 5 Beta. Kau?" Ku sambut huluran tangannya.

"Dian, 5 Cendilla." Ku balas singkat. Dia angguk mengerti.

"Mai lah aku hantar sampai kelas kau. Aku risau Fariq ganggu kau lagi." Katanya lalu mengetuai langkah kaki ku.

"Kau budak baru kan?" Tanyanya dalam perjalanan kami. Ku angguk sekali.

"Hati-hatilah. Kat sini banyak kes buli. Lagi-lagi kau budak baru masuk. Memang ambik kesempatan lah dia orang." Ku sekadar dengar pesanannya.

"Aku pergi dulu. Kau pun masuklah." Katanya kepada ku sebaik tiba di muka pintu kelas ku.

Aku angguk dan berlalu masuk ke dalam kelas 5 Cendilla.

"Dian!" Ku berpaling ke belakang apabila mendengar jeritan Fira memanggil nama ku.

"Kita kawan erh." Dia mengangkat jari kelingking nya gaya seperti membuat pinky promise.

Ku senyum dan turut melakukan benda sama. Dia berlalu dengan senyuman.

"Kau kawan dengan mek tomboy tu erh ?" Tanya Ieka sebaik aku labuhkan punggung di kerusi.

Ku melepaskan beg taliku lalu menoleh kearahnya. Ku angguk bagi pertanyaannya.

"Serius arh kau kawan dengan dia?" Ku kerutkan muka mendengar soalannya. Nampak riak tidak percaya terpancar di wajahnya.

"Kenapa aku tak boleh berkawan ke dengan dia?" Ku tanya dengan kerutan di dahi.   

"Kau tak tahu ke?" Bersungguh-sungguh dia tanya, aku pula jadi keliru. Aku geleng. Benda aku tak tahu tak kan nak buat palatau pula.

"Kalau kau nak tahu, Fira tu tiada siapa yang berani kawan dengan dia. Entah apa yang dia pakai sampai tiada orang yang berani mendekat. Dan kau orang pertama yang dia berkawan." Jari telunjuknya dihala kearah ku.

"Lah..pasal tu jeke." Kata ku. Tangan sibuk mengeluarkan buku yang akan dipelajari lepas ni.

"Bukan pasal tu jeke kalau kau nak tau...." Aku menoleh kearahnya. Lalu dia berbisik perlahan di telinga ku.

"Fira tu lesbian." Katanya lalu menjauh dari telinga ku.

Aku membuat muka tidak terkesan dengan bisikannya itu.

"Perasaan korang je tu.." Aku cuba untuk positif. Walaupun sebenarnya aku hampir percaya apa yang dikatakan oleh Ieka tadi. Positif!

"Ikut suka hati kau lah nak percaya ke tidak..." Dia mula mencebikkan muka.

Aku menggelengkan kepala sahaja. Haih... manusia cepat benar percaya dengan benda yang tidak betul.

"Haa! Borak apa pagi-pagi ni?" Kami disergah oleh Fetty dan Tasha, rakan sekelas aku.

"Takde borak apa pun.." Jawab ku. Tangan membuka buku memeriksa isi karangan yang dikehendaki cikgu pada hari ini.

"Ada orang tu kawan dengan mek tomboy..." Ujar Ieka. Aku hanya diam namun telinga ku masih pasang.

"Serius lah, sapa orang malang tu?" Tasha bertanya membuat aku dalam  diam mengerutkan kening.

Malang sampai macam tu sekali ke kawan dengan Fira tu? Bisik ku bertanya dalam hati.

"Orang kat tepi aku ni lah.."

"Wehh.. Dian. Betul ke?"

Aku memangku kepala kearah Fetty. Aku angguk membenarkan. Dia tiba-tiba memegang kepala ku lalu dibelek muka ku.

"Hesy! Apa ni..?" Ku bertanya dengan nada tak puas hati. Sakit kepala aku ni dipusing ke kanan ke kiri.

"Dia ada sakitkan kau tak?" Tanya nya dengan memek muka risau.

"Takde." Jawabku sepatah. Memeriksa semula bait-bait kata yang dikarang olehku.

"Mustahil..." Ku menoleh ke Tasha. Nampak dia mengelengkan kepala perlahan-lahan.

"Suka hati korang lah nak cakap apa.." kataku lalu membaiki tulisan  didalam karangan.

Kini aku sudah tiba di rumah sewa kami sekeluarga. Alhamdulillah proses persekolahan ku tadi berjalan dengan lancar dan tiada pembulian terhadap ku pada hari ini.

Namun aku dimarahi oleh cikgu kerana isi yang aku tulis di karangan ku tidak menepati tajuk. Tetapi tidak ku terasa hati dengan cikgu tersebut, ku anggap setiap kata-kata yang dilempar kepada ku itu sebagai teguran.

Teguran untuk menjadikan aku terbaik dalam hidup.

"Assalamualaikum.." Ucap ku memberi salam sebaik menjejakkan langkah di dalam rumah.

"Ayah!" Pekik ku bila ku lihat ayah sedang duduk di ruang keluarga bersama keluarga tiri ku.

Terlebih gembira aku mendekati mereka di ruang itu. Ku hulurkan tangan kanan ku di hadapan ayah. Ayah yang ku nantikan kepulangannya.

Ayah tidak menyambut salam ku membuat ku melihatkan ke wajahnya. Mendatar, tajam pandangan nya melihat ku.

Ku pandang setiap wajah yang berada di ruang tamu itu. Semua mata memandang pada ku. Ku lihat Liesya, kakak tiri ku yang memandang ku dengan senyuman sinis.

Ku labuhkan punggung di sebelah ayah.

"Ayah.. kenapa ni? Ada masalah ke?" Ku memegang bahunya.

Tajam pandangan nya melihat kearah ku. Ku cuba tepis perasaan takut dalam diri bila melihat pandangan itu.

"Kau bangun Dian." Kasar percakapannya. Ku bangun walau terasa hati.

"Jantan mana kau bawak balik rumah?"
Aku diam masih mencerna soalannya. Ku cuba ingat kembali kejadian kakak tiriku dengan lelaki itu.

"Aku tanya ni kenapa kau diam!?" Terhinjut bahu ku terkejut dengan tengkingan itu.

Ku lihat kakak tiri ku yang tersenyum sinis pada ku.

"Yah... Dian boleh terangkan." Ku cuba tenangkan ayah ku.

"Seluar dalam jantan mana kau simpan ni!?"

Seluar dalam dalam genggaman ayah dilempar pada wajah ku. Ku terpaku dengan tindakan ayah yang tidak ku sangka.

"Ayah.. bukan Dian yah, tapi kakak." Ku mempertahankan diriku.

Aku tidak bersalah. Langsung tidak tahu tentang hal ini. Apa yang menyebabkan ayah tiba-tiba menuduh aku pula? Pasti mulut tempayan jaja cerita tidak betul.

"Eh eh kau, dah buat salah nak tuduh anak aku pula." Ibu tiriku pula naik angin. Seperti apa yang aku kata dulu, ibu tiri aku ni memang pantang sebut nama anak kesayangan dia.

"Bukan Dian lah buat. Nak tuduh tu biar ada bukti lah!" Ku tempik pada ibu tiriku. Hilang sabar juga aku layan perangai dia. Sabar aku pun ada batas juga.

"Ayah tengok lah anak kesayangan ayah ni. Mentang-mentang dah besar dah mula tunjuk perangai nak lawan orang tua. Entah-entah dah jual diri."

Kakak tiriku mula tuang minyak dalam api. Dada ayah pun turun naik menahan marah. Ku lawan kakak tiri ku. Ini dah melampau.

"Kau jaga mulut kau Liesya!" Ku tempik depan-depan pada wajah Liesya. Ingin ku tarik rambut panjangnya namun dihalang oleh ayah yang tiba-tiba menampar pipi ku. Perih pipiku.

"Kurang ajar.." Ku toleh dengan linangan air mata. Ku lihat ayah ku mengetap gigi menahan geram.

Ku pandang ayah dengan tidak percaya. Sanggup dia tampar aku hanya sebab benda yang tidak betul. Lebih percayakan orang luar dari anak  sendiri.

"Kau rasa kau dah besar kan, baiklah mula hari ni, Dian nak kau keluar dari rumah ni."

Dan semua berlalu dengan pantas, semuanya hanya tinggal kenangan. Hampir 5 tahun aku meninggalkan rumah itu. Tiada harta yang aku bawa. Hanya detakan jantung dan air mata. Bahu yang aku sandar untuk luah segala masalah dan air mata aku sudah lama tiada. Jauh kasih sayang ayah untuk ku capai semula.

Hanya menantikan diriku pantas kembali semula. Namun sia-sia tiada siapa yang mengharapkan kembalian aku. Hidup hanya menetap di rumah orang. Bergantung kasih sayang orang lain untuk teruskan hidup. Memikirkan masih banyak orang yang perlu ku berbakti biarpun sering kali aku disakiti.

Hati yang kental, jiwa yang utuh. Dunia hanyalah tempat ujian. Mungkin kebahagian ku di tempat lain. Kepala ku sangat berat untuk ku angkat. Aku perlukan sandaran meluahkan segala rasa. Namun aku lupa masih ada sejadah untuk ku bersujud yang dapat meringankan segala bebanan dalam diriku. Untuk ke depan hari, teruskan seperti ini. Walaupun kebaikan dibalas dengan kejahatan teruskan berbuat baik. Kerana kita sealam yang turut melakukan kejahatan.

Jdi untuk chapter sebelum ini hanyalah flashback teman ii.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience