BAB 1

Drama Series 3041

Nama aku Nurul Irdian Farhana Binti Saud. Aku hanyalah gadis kampung yang baru menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Bandar yang mewah, bangunan pencakar langit yang tinggi membuat aku gagum akan keindahan alam.

Aku berpindah kesini disebabkan ayah aku yang ditukar kerja sebagai pakar psikiatri dekat sini. Jadi buat masa kini, kami berteduh di rumah sewa buat sementara ayah aku carikan rumah untuk dibeli.

Bukan ayah dan aku saja yang berada disini, malah ibu dan kakak tiri aku juga ikut sekali. Ibu kandung aku meninggal dua tahun lepas akibat kanser otak. Jadi disebabkan aku kesunyian dirumah, ayah aku berkahwin dengan ibu tiri aku untuk jagakan aku.

Pada mulanya, aku gembira dapat ibu serta kakak tapi tidak disangka keluarga tiri aku gunakan aku sebagai hamba abdi mereka. Mereka kerah tenaga aku, usik aku dan pernah suatu ketika setiap kesalahan yang aku buat mereka akan pukul aku.

Perkara itu tidak sampai ke telinga ayah aku sebab ayah aku sibuk dengan urusan pesakit. Boleh dikatakan hampir sehari sibuk dengan pesakit sampai lupa makan dan tidur. Iyalah, ayah aku workaholic.

Sering kali juga aku mengeluh dengan kehidupan aku yang sebegini. Kawan aku fikir, hidup aku sebagai anak seorang psikiatri ini mewah tapi tidak bagi aku. Mereka mengira hidup aku enak padahal aku berusaha untuk tidak mengeluh dihadapan mereka.

Ayah aku hutang keliling pinggang, ada ibu tapi jauh kasih sayangnya. Ada kakak tapi tinggi bahunya untuk aku bersandar. Singkatnya, keluarga aku lengkap tapi tidak memberi kenyamanan.

Walaupun terlalu banyak masalah yang aku pikul, kehidupan tetap aku jalani dengan bersyukur dan sentiasa ingat Allah selalu ada disisi. Aku tidak sendiri, masih ada Pencipta aku yang memberikan aku kekuatan dan ketabahan.

Tidak apa-apa, mungkin bukan hari ini untuk aku bahagia, tapi masih ada hari esok untuk aku lanjutin. Kedinginan hujan dan kegelapan malam adalah suatu tempat untuk aku membiarkan air mata membasahi pipi. Tangisan bukan menandakan aku lemah, tapi kerana aku hebat menahan segala keperitan hidup yang aku lalui.

Walaupun keluarga tiri aku membenciku, namun tidak pula aku balas dengan kebencian juga. Mereka akan aku sayangi dengan segenap hatiku. Nasihat yang sentiasa diucapi oleh ibuku.

"Walaupun kebaikan dibalas dengan kejahatan tidak perlu pula kita membencinya. Tapi ingatlah, kasih dan sambutlah kedatangan mereka. Kita tidak patut membenci saudara kita kerana kita hanyalah sealam yang turut melakukan kesalahan. Satu kesalahan memberi kita seribu pengajaran."

Ku tanda setiap nasihat dan bait-bait kata yang dikatakan ibuku di dalam kertas. Nasihat ibu beribu-beribu.=.=

Ditempat yang baharu, maka kehidupan ku juga baharu. Setiap ujian yang mendatang akan ku tempuhi dengan penuh kesabaran dan kekuatan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience