Bab 3

Drama Series 3041

"Dian!" Aku terkejut akibat jeritan itu. Ku bangun secara mendadak dari baringan ku. Telekung ku buang asal. Inilah akibatnya jika aku tertidur lepas subuh. Mesti lena sampai air liur buat sungai dipipi.

"Iya ibu." Kata ku bila sampai menghampiri ibu tiriku didapur. Nampak mukanya bengis menahan marah. Mesti dia marah kerana aku tidak menyiapkan sarapan.

"Kenapa kau tak masak lagi? Kau tahu tak aku lapar?!" Tanyanya terjerit halus. Sudah ku tahu alasannya...

Aku memainkan tanganku cuba menghilangkan takut. Kepala ku tunduk daripada memandangnya. Mata ku terasa panas. Kolam mata cuba ku tahan supaya tidak pecah.

Asal aku cengeng ni Ya Allah...?

Mungkin kerana aku terlalu penat bersihkan baju semalam. Penuh sebakul aku basuh. Hand washing pula tu..

"Aku tanya ni!" Terhinjut bahuku dek terkejut dengan tengkingan ibu tiriku.

Inilah perangai sebenar ibu tiriku. Bengis! Lain pula sikapnya yang ditunjukkan dihadapan ayah ku. Sebab itu, ayahku percaya yang dia boleh jagakan ku. Lain pemikiran ayah, lain pula yang aku rasai.

"Ma-maaf ibu... Dian terlelap tadi.." ku cuba jelaskan alasan ku.

"Masalah kau ke masalah aku?" Sinis dia bertanya. Aku diam menunduk menengkur lantai.

"Huargh... ada apa ni ibu.? Bising laa. Nak tidur pun tak boleh." Ku dengar suara kakak tiriku mendekati kami.

"Ini budak tak guna ni ha.. tak masak lagi. Aku dahla lapar. Menyusahkan." Herdik ibu tiri ku. Ku cuba menahan hati. Namun hati ku tahan, air mata sudah jatuh mengalir. Lemahnya aku.. Ku usap pipiku menghalang air mata membuat sungai di wajah ku.

"Hahaha.." Ku dengar kakak tiriku terkekek halus. Keperliannya membuat dada aku bertambah sesak.

"Halah... manjanya anak ayah." Kakak tiriku berujar memerli ku.

"Kau tak payah nak membuai tangis kat sini. Aku benci! " Ku angkat muka melihat ibu tiriku. Dia memaling muka ke arah lain. Malas melihat muka ku bekali.

Ku cuba tahan tangisan daripada tersedu-sedan. Jangan nangis... Kau kan kuat Dian.. ku menyemangati diri dengan bisikan hati.

"Dah, aku taknak tengok muka kau. Kau keluar sekarang pergi beli makanan dekat aku." Tangan kanannya terangkat ke arah pintu rumah sewa kami.

Aku diam. Masih berdiri melihatnya tidak percaya.

"Buat apa kau tercangak kat sini macam orang bodoh pulak. Orang suruh keluar kan keluar lah!" Kakak tiriku mengheret ku keluar dari rumah.

Ku cuba tolak. Namun kudrat tenaga ku habis tidak mampu melawan. Ku mengedor pintu beberapa kali. Tombol pintu ku pulas, namun hampa. Pintu terkunci.

Ku jatuh menyurut ke lantai. Kepala ku sandarkan di pintu. Bulir air mata yang mengalir di pipi ku cuba tepis. Lemah ku rasa sekarang. Ku mengendor pintu walaupun tangan ku semakin sakit.

"Ibu....." Lemah suara ku saat ini.

"Buka pintu ibu... Dian mintak maaf.." ku merayu. Mengharapkan mereka mendengari rayuan ku. Namun hampa jawapan yang aku nantikan hanya kesunyian.

Tiada balasan apa-apa dari mereka. Ku bangkit dari duduk. Usap air mata. Tepis segala perasaan sebak di dada. Ingatan ku kembali dikala aku teringat pernah diperlakukan begini.

Ibu nak makanan.. jadi aku perlu kembali dengan makanan. Tanpa makanan aku tidak akan diterima. Tapi mana aku nak cari... Duit sudah lesap. Ku mengeluh panjang.

Mahu berharap kepada siapa lagi aku pada saat ini?

Ayah? Dia kerja. Aku pun tidak tahu mana tempat kerjanya. Apa yang aku ada sekarang hanyalah pakaian dan detak jantung.

Ku bersyukur kerana jantung ku masih berdetak tapi nyawa ku melayang. Tidak mahu terlalu layan perasaan, ku tarik nafas dan angkat kaki. Sekarang hanya Allah aku berserah.

Peluh yang mengalir di dahi ku lap dengan hujung tudung yang ku sarung dikepala. Kepanasan cuaca tidak membuat aku berhenti dari melangkah. Matlamat ku sekarang adalah cari duit dan beli makanan.

Sudah beberapa kedai aku bertanya yang memerlukan pekerja. Akhirnya idea terlintas di benak ku. Aku bersyukur sekurang-kurangnya masih ada cara untuk aku mendapat duit.

Ku cari tempat teduh untuk aku duduk berehat. Bekas minuman yang kosong yang ku jumpa tadi ku letak di hadapan ku. Lagak ku seperti meminta sedekah. Iya, itu idea ku.

Ku pandang orang sekeliling yang turut memandangku. Pandangan meremehkan atau juga yang saling berbisikan antara mereka namun aku tidak hiraukan. Sudah sebati aku dengan cara buruk mereka.

Ku ingat khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW yang pernah kudengari di radio.

"Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sama. Tiada orang yang lebih mulia melainkan Taqwa dan Amal soleh."

Sudah lama ku berdiam diri disitu. Aku menunduk kepala. Perut ku yang berkerocong meminta isi ku usap lembut. Dari pagi ku tidak makan melainkan cacian menjadi makanan ku.

Setiap orang yang lalu-lalang hanya memandangku dengan penuh jijik. Iya, aku mengaku pakaian ku kotor dan lusuh. Tapi tidak kah mereka tahu segala yang mereka rasa dan bisikan akan diketahui jua oleh Allah.

Kita semua adalah sama dan akan dibangkit juga dihadapan Allah.

Sekarang sudah ku rasai bagaimana perasaan gelandang dan pengemis lalui. Tidak mempunyai apa-apa. Tidak mempunyai makanan. Tidak mempunyai duit. Lapar nak makan.

Ku dengar derapan kaki seseorang mendekat. Namun masih ku tundukan muka. Mungkin orang itu juga sama seperti yang lain hanya lalu memandang ku dengan remeh.

Aku melepaskan nafas kasar. Bahuku jatuh memikirkan masalah aku sekarang. Ku angkat muka memandang jalanan yang sibuk dengan pelbagai jenis pengakutan. Ku pandang pula bekas kosong tadi.

Air muka ku yang sayu terus bertukar ceria. Aku terkejut rupa-rupanya ada juga orang yang baik sudi berkongsi rezeki dengan ku.

Ku ambil duit dalam bekas itu. Ku tilik duit itu. Wah... lima puluh ringgit. Ku cium bertalu-talu duit itu. Baiknya insan itu mahu memberi ku duit sebanyak ini. Aku bersyukur. Alhamdulillah ku ucap di bibir.

Tanpa menunggu masa, terus ku angkat punggung dan berlari mendekati kedai yang berdekatan. Sudah ada duit, makanan pun boleh beli. Lainlah kalau sistem barter masih digunakan lagi. Sudah lama aku tukar dengan gelang arwah ibu ku.

"Kak nak nasi kukus satu. Ayam nak paha eh." Order ku sebaik langkah kaki ku bertapak disini.  Aroma ayam berempah menusuk masuk ke dalam hidung ku.

Nasi kukus ayam berempah sudah ku beli. Ku angkat kaki pulang ke rumah. Senyuman ibu di muka pintu terpampang jelas di mindaku. Dapat ku pastikan ibu akan menerima ku kembali.

"Ibu!" Laungku. Pintu ku ketuk kuat. Sudah lama aku berdiri diluar. Panas dengan cuaca lagi. Ibu tidur kah?

"Ibu! Dian ni bukak la pintu." Pintu ku ketuk sudah buat kali keberapa entah. Haish mana ibu ni. Sudah lenguh kaki ku berdiri.

"Kakak mana ibu?" Soalku sebaik muka masam kakak tiri ku terpampang jelas di deria penglihatan ku. Matanya terkebil-kebil akibat sinaran matahari terkena tepat pada wajah masamnya.

"Sayang sapa tu?"  Aku terkejut mendengar suara serak yang tiba-tiba datang menjelah.  Ku pandang kakak tiruku dia juga turut memandangku namun wajahnya tidak begitu terkejut.

"Kak ni sapa?" Jari telunjuk ku tujukan kepada lelaki itu. Ku lihat kakak ku menoleh ke lelaki itu dengan senyuman.

Lelaki itu juga turut membalas senyumannya. Ku perhati mereka berdua sebelum lelaki itu memandang ku atas bawah. Siap senyuman bagai. Apa senyum-senyum nak kaki?

Muka ku di garangkan.

"Kak sapa ni?" Tekan ku ingin tahu.

Nampak senyuman manisnya kini bertukar serabut.

"Ish kau ni.. sibuk je.. boyfriend aku!" Dia menyerabutkan rambutnya. 

Mata ku membulat. Ku pandang tidak percaya kepada kakak ku. Wah.... dia sudah berani bawa jantan balik rumah. Inikah anak kesayangan ibu?

"Adik ni sapa?" Kini suara jantan itu bertanya. Dia ni bodoh ke apa? Sudah ku panggil teman wanitanya kakak tentulah aku adik dia. Halaih.. otak dia jatuh ke?

Ku jeling lelaki itu. Ku angkat kaki masuk ke dalam rumah. Bahu mereka aku sengaja langgar. Siapa suruh halang jalan aku?

"Berani erh kau?" Bahuku ditarik oleh kakak tiri ku. Terpusing aku dibuatnya.

"Akak tu berani pula bawa  jantan balik rumah?" Ku soal dia kembali.

"Kau.." Jari telunjuknya dihala ke wajahku. Sebelum sempat dia menyambung aku mencelah.

"Apa? Akak nak cakap akak dah besar. Dah layak bebas bergaul dengan jantan. Sampai sanggup mempergadaikan maruah. Murahnya akak." Ku lihat dia terdiam. Penuh dengan kejutan dengan sikap aku sekarang.

Lelaki itu diam setia menonton pergaduhan kami adik beradik.
"Akak tengoklah diri akak sekarang, seluar pendek baju dengan ketatnya... Dia pula tidak berbaju. Apa nak jadi ni kak? Akak tak kesian dekat ayah dengan ibu ke? Jangan jadi macam pelajur akak!"

PAK!

Terteleng kepala ku sembilan puluh darjah. Ku pegang pipiku yang baru ditampar. Perih ku rasakan saat ini. Ku pandang kakak tiriku dengan mata berair.

"Kau jangan cabar aku Dian! Jaga sikit mulut kau.. kau bukan sapa-sapa nak sibuk pasal aku. Aku tahu benda aku buat. Tak payah baik sangat nak nasihatkan diri aku."

"Sebatas adik tiri tiada apa-apa dengan aku." Dia menunjal kepala aku. Lalu melangkah ingin pergi dari situ.

"Saya kecewa kak.." Ku berkata perlahan namun dapat didengari oleh mereka.

Dia berpaling semula mendekati ku. Dia memutar bebola mata dan gelakan sinis diberi kepada ku.

"Kecewa? Kau kecewa sebab aku jadi macam ni. Ini hidup aku takde kena mengena dengan hidup kau." Dia berbisik di telinga ku. Lalu berlalu dengan senyuman kemenangannya.

Kini tinggal aku dengan lelaki itu. Ku pandang dia dengan tangisan dipipi.
Dia masih diam tanpa berkata apa-apa.

"Kau jagakan kakak aku... bimbing dia dengan baik. Jangan biar dia liar dalam dunia ni. " Pesanku sebelum berlalu dari situ.

Aku hempas punggung ku diatas katil. Perasaan kecewa akan sikap kakak tiri ku membuat aku sedih. Pipi aku sudah mengalirkan air sungai yang ku cipta.

Kembali aku ke rumah semata-mata ingin memberi nasi yang kubeli kepada ibu dibalas dengan peristiwa yang menyeksa dada. Kata-kata kakak tiri aku kembali di ingatan

"Sebatas adik tiri tiada apa-apa dengan aku."

Ku biarkan air mata jatuh mengalir. Air mata yang menandakan aku kuat bukan lemah.

Aku dekati meja belajar lalu ku duduk disitu. Buku pesanan ibu ku buka. Pesan ibu beribu-ribu. Kata-kata yang membuat aku tenang.

"Mereka tidak akan memahami  bagaimana kehidupanmu. Bagaimana kepayahan mu. Kerana mereka hanya mampu menilai. Tangisan mu tidak membuat mu terlihat lemah. Dan senyuman tidak selalu membuat mu sentiasa terlihat bahagia."

Ku ambil sebatang pen lalu ku catat perasaan ku melalui bait-bait kata.

"Kecewa? Sedar diri dan batas kemampuan. Hanya hubungan palsu yang menyakiti hati. Ingin tumbuh bahagia dalam keluarga yang sempurna tapi sangat sulit saat tahu diri tidak sempurna."

Ku tarik nafas dan hembus dengan perlahan. Nafas lega dihela. Aku tidak akan mengecut untuk lari dari masalah. Setiap masalah ada penyelesaian. Tidak semua akan mengecapi rasa bahagia.

Ujian datang mengajarkan kita untuk bersabar dan bertabah. Setiap ujian pasti ada keuntungannya. Sabar itu yang aku perlu.

Apa pengajaran yang korang dapat dalam bab ni?

Kalau berkenang akak up kt next bab.??

Share this novel

San Ni
2024-09-29 14:30:19 

pengajaran yg sy dpt dekat bab tu ialah, berusahalah hingga mencapai ke arah matlamat sebenar hidup kita. kita perlu lah berdiri Di atas kaki sendiri Dan tak menghiraukan pendapat buruk yang orang lain berikan. terus lah melangkah tanpa menyimpang ke arah yang dapat mengubah segala nasib hidup kita. benda baik yang kita lakukan terhadap orang lain tak semuanya baik Di mata orang lain. ujian yang tuhan turun kan kepada kita ialah ujian yang sebenarnya dapat kita lalui, kerana tuhan tak akan turun kan ujian tu jika dia tahu bahwa hambanya itu tidak mampu menghadapnya. jika kita dalam kesusahan maka carilah tuhan, kerana dia lah penentu segala takdir hidup manusia Dan percayalah began yang kita pikul akan menjadi ringan. ITU LAH PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT TAFSIRKAN DARI BAB TU. SAYA SUKA BACA BAB TU SAYA RASA BANYAK LAGI PENGAJARAN DARI BAB TU YANG BOLEH DIJADIKAN AJARAN HIDUH SAYA.?


NovelPlus Premium

The best ads free experience