Hari Jumaat dimana hari terakhir minggu persekolahan dan selanjutkan sekolah akan ditutup meraikan sambutan bulan cina. Tubuhku bangkit dari tilam empuk, kakiku jejak ke lantai.
Aku cuba meneutralkan pandangan ku kerana masih mengantuk. Pukul enam setengah. Wait! What enam setengah. Alamak, aku lewat lagi. Sudahlah hari pertama jejak sekolah baru. Malu lah kalau kena denda.
Tualaku capai. Berlari aku ke tandas. Kalut ribut aku siapkan diri. Haduhh, macam mana boleh terlewat pula bangun. Aku rasa dahku setkan alarm. Ohh, patutlah handphone ku low bateri.
"Dian." Seru ayahku sebaik aku melangkah di dapur. Kulihat satu persatu wajah yang berada di meja makan menjamu sarapan. Emhh, dah biasa begini. Selalu dilupakan.
"Ya ayah.." Sahutku kembali. Mendekati ayahku. Tangannya ku salam begitu juga ibu tiriku.
"Bangun lewatkah?" Soal ayahku dibalas dengan anggukan aku.
"Dian pergi dulu ayah.." Pamitku.
"Dian sini kejap." Haduh apa lagi ayahku yang tercinta. Anakmu ini sudah lambat. Ku pusing belakang lalu mendekati tubuh ayahku.
"Apa yah?" Soalku. Kulihat wajah ayah tiba-tiba mendung. Kenapa? Ada apa-apa masalahkah.
"Nah ambik duit ni buat belanja." Huluran duit not 10 aku tenung.
"Ayah takda kat rumah minggu ni. Jadi ayah harap duit ni cukup buat kamu beli buku atau benda lain." Sambung ayahku.
Tanganku menerima huluran itu. Sepuluh ringgit ni pun dah cukup ayah. Malah ada baki lagi. Aku bukan beli buku pun malah aku simpan dalam tabung.
"Ingat! Beli buku saja jangan nak gedik pergi shopping bagai." Pesan kakak ku tegas. Namun aku hiraukan.
"Terima kasih ayah.." Tangan tuanya ku salam sekali lagi.
Kaki ku melangkah memasuki pagar sekolah. Ada sepuluh minit lagi sebelum sesi pembelajaran bermula. Laju kaki aku menaiki tangga. Bisikan halus yang terdengar aku hiraukan.
"Budak baru ke tu?" Itulah persoalan yang setiap kali ku dengar.
Pintu pejabat aku kuak. Kepala ku jengguk sedikit ke dalam. Terasa sejuk menerpa ke kulit sebaik aku memasuki ruang pejabat. Habis semua kerani melihat aku yang terpacak berdiri macam orang bengong.
"Pelajar baru ke?" Soal seseorang. Entahlah dari segi pakaiannya aku pasti kerani.
"Ha'ah." Jawabku.
"Oo.. adik kena jumpa dengan pengetua dulu." Aku angguk kepala. Memang itu niat aku kesini.
Dia tunjukkan bilik pengetua kepadaku.
Kelas 5 Cindella. Itu nama kelas yang aku duduki sekarang. Kelas ketiga bagi lima kelas. Kelas itu semuanya perempuan. Alhamdulillah, sekurang-kurang aku tidaklah rasa canggung sangat. Semua baik dan peramah layan aku.
Walaupun ada dua tiga orang yang tengok aku macam nak makan.
Sejak aku mula duduk di bangku berbagai-bagai soalan yang perlu aku jawab. Dah macam sesi soal jawab pulak. Hahaha, tahu hambar. =.=
Iyalah, budak baru siapa jer tak suka. Kalau aku dulu pun seronok kelas ada pelajar baru sebab nak buat kawan. Dah sekarang dah merasa jadi budak baru.
Loceng rehat sudah berbunyi. Buku teks sains aku simpan dan ku kemas segala perkakas tulisan.
"Jom rehat." Ajak kawan baru ku. Fetty dan Tasha. Aku senyum lalu mengangguk. Ulat dalam perut aku kuat berdemo membuat kami bertiga tergelak. Lapar sangat aku ni.
Bila aku langkah masuk ke kantin. Semua pandangan jatuh ke atasku. Rasa malu membahang darah di muka dan aku sorok muka belakang Fetty. Tubuh besar kan.
"Dian, kau duduk dulu kat sini." Tasha berkata dan dituruti oleh ku dan Fetty.
"Fetty, kau teman Dian. Biar aku pergi belikan makanan. Nak pesan apa-apa tak?" Tambah Tasha lagi mengambil order.
"Kau beli jelah apa-apa pun untuk kami. Asal boleh makan." Ujar Fetty dan dibalas dengan gelakan halus dariku.
"Kau semua pun kau makan. Dah mana duit?" Eyes rolling si Fetty.
Duit aku hulurkan kepada Tasha begitu juga Fetty. Aku menghantar figura Tasha dengan anak mata.
"Laparnya..." Keluh Fetty.
Aku tergelak kecil. Hesy Fetty.
Fetty ini boleh aku tafsirkan dia sebagai seorang peramah. Layanan mesra yang dia bagi dekat aku buatkan ku rasa selesa. Fetty terkenal dengan panggilan famous nya.
'Kak fat.' Iya. Fetty bertubuh sedikit besar. Bukan gemuk melainkan chubby. Pada aku orang gendut tidaklah gemuk melainkan dia unik. Comel.
Tasha pula tinggi tubuhnya, berbadan lamping. Body memang goals. Mestilah ramai peminat kan. Namun aku kasihan melihat para peminatnya diendahkan seperti tidak wujud oleh Tasha.
Walaupun Tasha ini berwatakan kasar namun masih lagi terselit sikap pemurahnya.
"Fetty! Dian!" Aku berpaling ke arah sumber jeritan itu. Kulihat tangan Tasha sudah dipenuhi dengan makanan kami.
Tahu isyarat dia memanggil, kami mendekat.
"Ambik makanan ni. Nak patah dah tangan aku. Makanan Fetty la ni banyak.."
"Eleh, engkau yang offer diri nak tolong beli. Ini ikhlas ke tidak?" Fetty mencebik dan sinis berkata.
"Dah ambik ni letak atas meja. Aku nak pergi beli air pulak." Fetty dan aku ambik makanan dalam pegangan Tasha.
"Dian kau teman aku beli air. Fetty kau bawak semua makanan ni." Arah Tasha. Dan aku terpinga-pinga mahu memberi makanan kepada Fetty. Kasihan pulak dekat Fetty.
Itulah pasal makanan banyak sangat. Ini mahu dibuat parti ke apa?
Makanan sudah ada, air pun siap dibeli. Air milo. Uish kering pula tekak.
Air di genggaman aku kemaskan. Meja kantin kami hampiri. Sesak juga kantin ni.
"Eh! Maaf-maaf. Saya tak sengaja." Terkejut aku bila air yang aku pegang ni tertumpah pada baju seseorang.
Aku tunduk tak berani tengok muka. Dapat aku rasakan sekarang pandangan semua jatuh kepada kami.
"Kau ni buta ke!?" Tengking perempuan itu kepada ku. Panasnya muka aku sekarang. Malu hari pertama dah buat masalah.
Bahu ku terasa ditolak kasar. Terundur aku beberapa langkah kebelakang. Kuat dia tolak aku, tak padan dengan perempuan.
"Apa kau ni main tolak-tolak? Dia dah mintak maafkan." Tasha membela aku. Nasib juga ada Tasha.
"Kalau aku cakap tengok muka aku la." Pipi ku dia cengkam. Berkerut muka aku menahan sakit.
"Woi-woi, ini dah lebih." Aku dengan suara Fetty mendekat. Dia cuba melepaskan cengkaman perempuan itu.
"Aish! Baik kau jaga kawan baru kau ni sebelum aku tibai kat sini." Perempuan itu berkata lalu berlalu dari sini dengan gengnya.
"Kau okey?" Aku angguk walaupun sakit terasa sikit. Mesti lebam pipi aku lepas ni.
"Tasha kau bawak Dian kat meja. Biar aku beli air lain."
"Maafkan saya.." Ku meminta maaf. Terasa bersalah kepada mereka.
"Takpe.. benda dah jadi." Fetty berkata menyedapkan hati aku.
"Siapa diaorang tadi?" Soalku tentang mereka yang menyerang aku tadi.
Suapan Tasha berhenti. Dia memandang Fetty sebelum memandang aku.
"Niesha and the geng." Jawabnya lalu menyambung suapan.
"Aku nak pesan kat kau, buat masa ni kau hati-hatilah." Fetty berkata membuat aku kembali takut.
Hesy ini yang buat aku malas. Bukan apa... aku memang malas nak cari gaduh dengan orang ni. Lagi-lagi ada geng bagai. Gerun macam ni nak datang sekolah.
Aku dah minta maaf tapi tak kan la dia tak dengar langsung. Dia pekak ke. Haih, mampu berkata dalam hati jelah aku. Nak cakap depan-depan tak berani. Kang kena tibai kejap lagi.
"Niesha tu orang dia pendendam. Aku takut kau pula jadi mangsa buli dia lepas ni.. " Fetty berkata membuat aku kecut perut.
Minta simpang la kalau aku jadi mangsa buli dia. Tak padan dekat rumah kena buli tak kan dekat sekolah kena buli juga.
"Halah.. kau tak payah risau laa. Kita orang ada dengan kau." Tasha cuba menenangkan aku.
Tapi kau tak kan setiasa ada dengan aku Tasha. Aku takut namun aku tidak pula tunjuk ketakutan ku dihadapan mereka.
Aku memberi senyuman kepada mereka untuk menyedapkan hati mereka. Aku tidak mahu mereka turut risau kepada ku.
Sudu berdenting membuat aku memangku kepala kepada Fetty. Melihat rahangnya bergerak, aku rasa ada sesuatu dia mahu katakan.
"Niesha tu.. kasar sebab daddy dan mommy dia bercerai.. Dia buntu mahu tinggal dengan daddy atau pun mommy dia. Dia stress dan disebabkan itu, dia bebas bergaul. Masalah bagi dia perkara biasa."
Aku setia mendengar.
"Sebab itu aku nak kau hati-hati. Dah banyak rekod masalah yang dilakukan oleh dia. Cikgu pun tak tahu nak buat apa."
Sudah...! Kalau cikgu pun tidak peduli dengan masalah yang dia lakukan. Bagaimana pula dengan masalah yang dia akan lakukan kepada ku lepas ni...
Nasi berlauk ayam hanya aku kuis dengan tangan. Tiada selera mahu makan bila dengar topik perbualan tadi. Aku takut tapi nak buat bagaimana lagi dah memang salah aku.
Harap-harap Niesha itu lembut hati tidak mahu membuli aku. Kasihanilah aku sebagai budak baru dekat sini. Tidak aman kehidupan aku selepas ini di sekolah.
Aku cuba membayangkan jika aku menjadi mangsa buli mereka. Apa akan berlaku pada kehidupan aku selepas ini? Akankah Niesha menjadikan aku sebagai anak kulinya.
"Oi, makan lah." Sergah Tasha membuat aku kembali kepada realiti.
Pembentangan tentang kedaulatan negara yang disampaikan oleh rakan sekelas ku tidak dapat aku beri perhatian. Otak aku sekarang serabut memikirkan Niesha. Ya Allah tenangkanlah hatiku.
Ku tarik nafas panjang lalu ke hembus perlahan.
"Panjang kau mengeluh." Ieka menyiku lengan ku. Aku tersenyum nipis. Cuba memberi fokus di depan kelas.
"Ada masalah ke?" Tanyanya lagi. Aku geleng tanpa melihat kearahnya.
"Aku tahu apa yang kau fikirkan. Tak payah risau sangatlah..." Ujarnya lagi.
Dia tahu ke apa yang aku fikirkan? Mestilah dia tahu Dian oiii mungkin satu sekolah pun dah tahu masalah kau dengan geng pembuli.
Hesy, Ieka kau tak faham perasaan aku. Aku risau dan takut pada masa yang sama. Ku harap aku tidak bertemu lagi dengan Niesha and the gang lepas ni.
"Okey.. setakat itu sahaja pelajaran kita pada hari ini. Saya nak kamu semua teruskan sambung salin nota kecuali kamu budak baru tu. Kamu boleh print atau fotostat nota yang kamu terlepas." Pesan Cikgu Tarmizi, cikgu sejarah kelas ku.
Aku angguk dan senyum.
Waktu persekolahan telah tamat. Ramai pelajar tersenyum suka sebab seminggu cuti menyambut hari raya cina. Gong Xie Fancai.
Basikal aku naiki dan ku kayuh perlahan. Sedang aku menikmati angin, ku dikejutkan dengan balingan buku di kepala ku. Terjatuh aku dari basikal. Tangan terasa perih. Haduii, siapa yang baling buku ni.
Butakah?
Ku lihat kedepan. Halamak! Terkejut bukan kepalang aku bila nampak Niesha and the gang berdiri betul-betul depan aku. Air liur terasa tersekat di tekak. Payau berpasir air liur.
Ya Allah, apa lagi yang akan jadi pula ni?
"Sakitkah?" Dia boleh pula tanya sakit ke tidak. Buku tebal nak mampus sudah tentulah sakit bongok.
Mampu menyumpah seranah dalam hati saja engkau Dian.
"Lain kali jangan cari pasal dengan kita orang." Kawan Niesha yang aku kenal namanya Endy menolak kepala ku dengan jari telunjuknya.
"Bodoh!" Seorang lagi tapi tidak ku tahu namanya menyepak kakiku. Aduh...
"Dah, jom balik." Kedua-duanya mengikuti langkah Niesha. Ku perhati pemergian mereka.
Niesha and the gang. Tiga ahli dalam kumpulan itu. Kaki pembuli. Jangan cari pasal kalau mahu selamat. Tapi sekarang adakah engkau selamat Dian?
Aku rasa mereka bertiga cantik-cantik, tapi kenapa perangai sorang-sorang macam lahanat. HAHAHAHA. Mampu berkata dalam hati jelah kau Dian...
Ku perhati pakaian ku sekarang. Emmm, kain koyak. Baju pula kotor kena tanah. Kena bebel lah kau lepas ni. Nasib..... nasib..
Basikal ku sandar pada tiang. Tarik nafas.... hembus. Pertama.. tadah telinga pura-pura pekak. Kedua... buat bodoh apa yang engkau kena maki lepas ni. Kuatkan mental.
"Assalamualaikum..." Salam diberi sebaik aku melangkah masuk ke dalam rumah.
"Lailahailallah..." Haa dah mula. Pekakkan telinga kau Dian.
"Asal kotor sangat baju kau ni dik..? Kau bergusti dengan siapa? " Soal kakak tiriku. Malas aku menjawab aku teruskan berjalan ke bilik ku.
"Ibu! Ibu!" Dia dah panggil ibu dia... Mulalah tu batu api.
Aku masuk ke bilik ku. Pintu bilik ingin ku tutup namun dihempas kuat oleh ibu tiriku. Aku mengeluh melihat ibu tiriku sudah bercekak pinggang di depan pintu.
"Kenapa pakaian kau kotor?" Soalnya namun aku diam.
"Kau pergi sekolah ke pergi kutip sampah?" Aku diam lagi.
"Jawab kalau aku tanya. Kau dah bisu ke!?" Gertaknya.
"Ibu... Dian jatuh basikal tadi. Maaf kalau susahkan ibu.. nanti Dian basuh sendiri baju ni." Aku masih lagi menggunakan nada lembut dalam berkata.
"Merh sini duit yang ayah bagi kat kau.." Tangannya terhulur lagak seperti meminta hutang.
"Hah? Ibu duit tu je Dian ada nak buat makan.."
"Aku tak kira.. bagi aku cepat.!" Dia mendesak.
"Ibu tolonglah. Duit tu je Dian ada ibu nak bayar buku, buat makan. Tolonglah faham." Aku memohon.
"Hesy kau ni degil la.. bagi jelah dekat ibu." Kakak tiriku tiba-tiba datang selongkar seluruh bilik aku.
"Kak! Kak janganlah ambik." Aku cuba halang.
"Aish! Tepilah!" Punggung ku jatuh ke lantai. Aduh... senak punggung.
Aku pegang kepala ku akibat terkena bucu meja kerana tolakan kakak tiri ku.
"Haaa, jumpa pun. Pandai juga kau sorok. Tapi tak dapat lawan kepandaian aku." Ku lihat duit yang berada dalam pegangan kakak tiri ku.
"Ibu.. Aqish guna eh duit ni.." kakak tiri ku berkata.
Mereka berdua keluar dari bilik ku tanpa hiraukan keadaan ku yang kesakitan. Pandangan aku kabur dengan air mata. Dengan perlahan ku bangun dari duduk ku.
Ku duduk di meja belajar. Buku 'Nasihat ibu beribu-beribu ' ku capai. Sehelai demi sehelai ku selak. Segala nasihat dan bait-bait kata ibu ku baca.
Titisan air mata ku jatuh pada buku itu. Buku ini amat penting bagi ku kerana banyak kenangan yang aku curahkan kepada ibuku melalui buku ini.
"Semakin kita dewasa semakin kita diuji."
Jika aku sedang diuji, ringankanlah ujian ku Ya Allah.
Ku ambil pen lalu ku catat isi hati ku.
"Betul kata ibu, Dian kuatkan kerana sampai saat ini Dian masih dapat bertahan. Tapi... anakmu ini hanya perlukan pengertian dan dukungan bukan bentakan atau pun amarah."
Kepala ku lentok di atas meja. Aku cuba tenangkan fikiran dengan membayangkan kenangan ku bersama ibu ku. Akhirnya, aku terlena dengan sendiri.
Agak hambar.. Terima kasih kepada yang sudi baca.
Share this novel