BAB 10

Romance Series 12421

Hari Gotong Royong..

Aku mengasingkan pelajar perempuan mengikut kumpulan.Aku mengarahkan kumpulan A,B,C dan D.

"Kumpulan A,hias taman sekolah"

"Kumpulan B cat dewan"

"Kumpulan C kemas kelas"

"Kumpulan D kutip sampah dekat kawasan sekolah"arah aku.

Mereka semua mengangguk kepala.

"Jelas.jadi semua boleh start"kata aku tegas.

Mereka semua mula menjalankan kerja mereka.

Aku pergi ke dewan untuk menolong cat dewan.

[SHAH POV]

Aku masuk kedalam dewan,aku melihat pelajar perempuan dengan lelaki sedang mengecat dinding dewan.

Aku nampak seseorang yang aku kenal sangat..

Aku pergi kearah orang itu.

"Bah!!!"kejut aku.

Hanna terkejut.

"Oh!!mak mak!!"melatah hanna.

Aku tergelak dengar hanna melatah.

Hanna pandang tajam aku.

"Datang2 main sergah je,nasib cat ni tak melayang dekat muka kau tau"marah hanna lalu menunjukan berus cat depan muka aku.

"Hehehe"sengeh aku.

"Ermm..kau sorang je ke hanna?rin mana?"tanya aku.

"Rin ada dekat taman sekolah,tolong depe hias"kata hanna sambil mengecat dinding.

"Ouhh..sama la dengan si dhani tu"kata aku.

'Patut la nak tolong budak hias taman,rupanya ada dhani dekat sana'monolog hanna.

"Ooo"

"Kau ni,takde buat keje ke?"tanya hanna.

"Ada,aku nak tolong kau"kata aku lalu merampas berus dari tangan hanna.

"Shah!!!tu berus aku!!!bak balik!!!erghhhh!!!!"marah hanna.

"Taknak bagi"balas aku.

Hanna duduk diam,dia duduk cangkung depan cat.merajuk ke?

"Kau merajuk ke?"tanya aku lalu duduk cangkung depan dia.

Hanna diam.tetiba dia calit cat dekat muka aku.

"Hanna!!!!"menjerit aku.

Hanna gelak.

"Itulah akibat,amik berus orang sangat!!"kata hanna.

Aku pergi dekat hanna lalu calit cat dekat muka dia pulak.

"Shah!!"marah hanna.

Aku buat muka mengejek.

Dan mula la sesi cat mengecat muka.

Muka aku dan hanna habis comot.macam badut.

"Dah la,aku malas nak layan kau.baik aku sambung cat dinding ni"kata hanna lalu cat dinding balik.

Aku pun ikut mengecat dinding juga.

Selepas habis aktiviti gotong royong,kami semua berehat dikantin sekolah.

[FARISHA POV]

Aku dan rin sedang makan duduk dimeja,tetiba shah dan dhani datang ke meja kami.

'Mana ada aku,mesti ada dia'monolog aku.

"Nak join boleh?"tanya mereka.

"Boleh"kata rin disebelah aku.

Aku tengok si rin dah malu2 kucing sebelah aku ni.

Aku menyambung makan.Aku nampak shah asyik pandang aku je.Tak jemu ke dia asyik pandang aku?

"Lepas makan,korang terus balik ke?"tanya dhani disebelah shah.

"Ha'ah,kitaorang terus balik.kenapa?"kata rin.

"Ouhh..takde pape,saja tanya"balas dhani lalu senyum.

"Ooo"

Selepas makan,aku bangun dari meja.

"Rin,aku pergi basuh tangan jap at tandas"kata aku lalu pergi.

Shah memerhati hanna yang sudah berlalu pergi.Shah melihat rin yang berada dihadapan dhani.

"Rin"panggil shah.

"Apa?"tanya rin sambil makan.

"Aku nak tanya boleh?"tanya shah.

"Tanya jelah"balas rin.

"Kenapa hidung hanna selalu berdarah?aku selalu nampak hidung dia berdarah"tanya shah.

"Tak tahu,sha kata sebab musim panas"balas rin.

"Ooo..kenapa kau tanya?"tanya rin.

"Aku saja tanya,aku cuma pelik je"kata shah.

Hanna pun kembali ke meja.

"Rin,petang ni jadi kan?"tanya aku.

"Jadi.pukul 5 petang,aku datang rumah kau.jangan lambat sudah"kata rin.

"Ye.aku tak lambat la"balas aku.

"Jadi apa?"tanya shah.

"Sebok je nak tahu"kata aku.

"Biar la.rin,kau nak pergi mana petang ni?"tanya shah.

"Adala,somewhere"kata rin.

"Ala..bagilah tahu"pujuk shah.

"Tak payah bagitahu rin,nanti kang dia menyebuk ada dekat sana jugak"kata aku lalu jeling shah.

"Sorry shah,tak boleh"kata rin.

Shah dah muncung macam itik.

Di Rumah...

Aku duduk diruangtamu sambil tengok cerita kartun spangebob.

"Hanna"panggil mummy.

"Ye mummy"balas aku.

Mummy duduk disebelah aku.

"2 minggu depan ada cuti sekolah kan?"tanya mummy.

"Ada mummy,kenapa?"tanya aku.

"Ooo..mummy dengan daddy rancang nak bawak hanna,abang,dengan kakak pergi holiday"kata mummy.

"Dekat mana mummy?"tanya aku teruja.

"Kita bercuti dekat Gili trawangan island"kata mummy.

"Waa mummy!!!dekat situ kan pantai dia cantik"kata aku.

"Ye,dekat situ memang cantik"kata mummy.

"Yeay!!tak sabarnya"kata aku.

Mummy senyum melihat aku yang teruja.

[SHAH POV]

Aku duduk dalam bilik sambil melihat kamera kesayangan aku.

"Baby2..dah lama tak guna kau"kata aku lalu cium kamera kesayangan aku.

"Eiuwww~nak muntah aku dengar"kata kakak dibelakang aku.

"Main ceroboh masuk je bila aku"bebel aku.

"Eleh,sapa suruh kau tak tutup pintu.aku masuk la"kata kakak.

"Hmm"

"Rindu nak guna baby kesayangan kau ke?"tanya kakak sambil memandang kamera aku.

"Ofc la.dah lama aku tak guna kamera ni"kata aku.

"Takpe,nanti kau guna la baby kau tu lama2 nanti"kata kakak.

"Maksud kau?"tanya aku.

"Cuti sekolah nanti,mama dengan papa nak bawak kita pergi holiday"kata kakak.

"Holiday?dekat mana?"tanya aku.

"Gili trawangan,dekat lombok"kata kakak.

"Series la kau.dekat sana cantik do pemandangan pantai"kata aku gembira.

"Series la"kata kakak lalu bangun dari katil aku.

"Dah la.aku keluar dulu.kau borak la dengan baby kau tu haha.."kata kakak lalu gelak.

Kakak keluar dari bilik aku.

"Oh yes?!!dapat guna kau baby"kata aku lalu peluk kamera aku.

Kalau orang lain nampak,conform kata aku gila haha..

[FARISHA POV]

Aku memakai baju dress warna putih lalu melepaskan rambut aku.Aku mengenakan sedikit makeup pada muka aku.

Aku turun kebawah.Aku mengambil kasut adidas aku lalu pakai.Aku menunggu rin dihadapan rumah aku.Dan akhirnya rin pun sampai.

Aku masuk dalam kereta rin.

"Sorry late"kata rin lalu memandu kereta.

"It's sokey la,lagipun lambat sikit je"balas aku.

Rin memandu kereta sampai disebuah tempat.Tempat yang cantik pemandanganya.

Aku dan rin keluar dari kereta.

"Cantiknya rin"kata aku sambil melihat permandangan dari atas.

"Cantik kan.tempat ni la aku nak tunjuk dekat kau.sebab aku tahu kau suka tempat macam ni"kata rin.

"Rin,pergi dekat sana"kata aku lalu tunjuk arah sebuah pantai.

"Jom"kata rin.

Aku dan rin berjalan menunju ke pantai sambil memegang tangan.

Aku dan rin duduk disebuah kerusi batu.

Aku mengambil angin segar.

"Hmm..nyamannye"kata aku lalu menutup mata.

"Kan"kata rin.

"Rasa tenang je duduk sini.rasa..semua beban dekat dalam kepala semuanya hilang.."kata aku.

"Ha'ah"kata rin.

Aku memandang air pantai.

"Cuti sekolah nanti,kau ada jalan mana ke?"tanya rin.

"Ada.mummy dengan daddy aku rancang nak pergi holiday"kata aku.

"Ooo..dekat mana?"tanya rin.

"Dekat Gili trawang,lombok"kata aku.

"Tempat yang femes dengan pantai tu"tanya rin.

"Ha'ah"balas aku.

"Wow!!bestnya"kata rin.

"Kau pulak rin?"tanya aku.

"Umi dengan abi aku nak kami semua pergi jalan singapore"kata rin.

"Ooo..best jugak tu"kata aku.

"hehe.."

"Kau dengan dhani macam mana?"tanya aku.

"Okey.haritu..dia ada luahkan perasaan dia dekat aku"kata rin.

"Lepastu?"tanya aku.

"ermm..mmm..aku tak tahu nak cakap apa"kata rin.

"Dia mintak jawapan dekat aku"sambung rin lagi.

"Pastu,kau dah bagi ke jawapan?"tanya aku.

"Belom lagi.aku segan la"kata rin.

"Ouhh..takpe,slow2 dulu"kata aku.

"Hmm..ya"kata rin.

Setelah 1jam melepak dipantai.Rin pun menghantar aku pulang ke rumah.Sampai dirumah,aku terus masuk kedalam bilik.

Aku mengambil ubat2 aku lalu telan.Selepas beberapa minit,aku terus tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience