BAB 1

Romance Series 12421

Pada waktu pagi,seorang gadis bernama farisha hanna sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.Dia memakai baju pengawas dengan vestnya yang warna biru.

"FARISHA HANNA!!TURUN MAKAN!!"laung mummy dari bawah.

"KEJAP MUMMY!!NANTI HANNA TURUN"laung aku dari bilik sambil mencapai sehelai kain diatas katil.

Aku melihat cecair darah yang keluar dari hidung aku.Aku mengambil kain lalu mengelap darah yang keluar daripada hidung aku.

"Hmm..darah lagi hidung aku"keluh aku seorang diri.

Aku mencapai bag sekolah aku lalu turun ke bawah.Aku meletakkan bag sekolah aku diatas sofa lalu pergi ke meja makan dan duduk.

"Hanna.."panggil mummy sambil memandang arah aku yang sedang menyuapkan roti didalam mulut.

Aku mengangkat wajah aku lalu memandang mummy.

"Ye mummy?"balas aku sambil mengunyah roti.

"Kenapa hidung hanna merah?hidung hanna berdarah lagi ke?"tanya mummy dengan pandangan risau.

"Ha'a hidung hanna berdarah"balas pendek aku.

"Hanna makan ubat tak yang dokter haris bagi?"tanya mummy lagi.

Sebenarnya,aku jarang makan ubat yang dokter haris bagi.Dokter haris ni dokter peribadi aku.

"Makan"ujar aku.

"Betul hanna makan?"soal mummy lagi.

"Betul la mummy"kata aku lalu bangun dari meja makan.

Aku pergi ke dapur lalu membasuh tangan.

"Mummy,hanna pergi sekolah dulu"kata aku lalu menyalam tangan mummy.

"Okey,belajar elok-elok sayang"kata mummy lalu mencium pipi aku.

Aku hanya senyum dan menganggukkan kepala.

Di Sekolah..

Aku dan badrina menjaga pintu pagar sekolah.Tepat jam menunjukkan pukul 7:20,aku dan badrina mencatat nama pelajar yang datang lambat.

"Rin,jom la tutup pintu pagar..semua budak dah datang"kata aku pada badrina.

"Okey"balas badrina lalu mengikuti langkah aku ke pagar sekolah.

Aku dan badrina menutup pintu pagar sekolah lalu melangkah pergi ke tapak perhimpunan.

"Rin,aku pergi dekat pentas"kata aku lalu menuju ke belakang pentas.

Sebagai ketua pengawas,aku kena beri memberi ucapan pendek.

Aku naik keatas pentas lalu.

"SEMUA BERDIRI TEGAK!!"arah aku dengan tegas.

Semua pelajar berdiri tegak.Dan bermula la perhimpunan pada pagi itu.Sebelum habis penghimpunan,cikgu fazin naik keatas pentas lalu memberi pengumuman pada para pelajar.

"Selamat pagi dan selamat sejahtera semua.Disini saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Sabtu minggu hadapan kita akan adakan Gotong Royong,jadi semua pelajar diwajibkan datang.Dan lagi satu NO EXCUSE!!"kata cikgu fazin dengan tegas.

Semua pelajar hanya mengangukkan kepala menandakkan faham.

Di Kelas..

Aku dengan badrina sedang duduk dimeja sambil mengeluarkan buku dari bag sementara menunggu cikgu masuk.

"Hi Sayang.."sapa harif dengan melerek.

"Hi"balas pendek aku sambil menyelak buku aktiviti.

"You tengah buat apa tu?"tanya harif sambil membetulkan rambutnya.

"Tak nampak ke aku tengah baca buku,tu pun tak nampak ke?"kata sinis aku.

"You ni series sangat,i gurau je"kata harif sambil memuncung mulut.

"Whatever la,kau tu takde keje lain ke datang sini?"tanya aku dengan dingin.

"I saja datang tempat you nak berborak dengan you"balas harif.

"Ouh yeke?tapi sayangnya,aku tak berminat nak sembang dengan kau"kata aku.

"Rin!!cer kau suruh dia jangan dingin sangat"kata harif pada badrina.

Badrina yang sedang membaca buku terhenti apabila mendengar harif menegurnya.

"Lantak dia la harif,dia nak dingin ke apa ke?yang kau sebuk tu kenapa?"kata badrina sambil memeluk tubuh.

"Aku sebuk sebab aku sayang dia"kata harif sambil memandang aku.

"Dah la harif,kau pergi tempat kau tu.Jangan nak sebuk pasal aku boleh tak?aku tak mintak kau kesah pun pasal aku"kata aku pada harif.

Aku tak berapa suka dengan perangai harif.Dia ni playboy,hensem tu memang ada.

"Yela-yela,i pergi dari tempat you.Bye sayang"kata harif lalu membuat flying kiss.

Aku hanya memandang biasa sahaja pada kelakuan harif.

Cikgu qarisa masuk kedalam kelas.Semua pelajar berdiri.

"GOOD MORNING TEACHER QARISA"kata semua pelajar.

Pembelajaran pun bermula seperti biasa.Habis waktu cikgu qarisa,cikgu qarisa menyuruh aku dan badrina mengangkat buku untuk dibawa ke bilik guru.

Selepas menghantar buku ke bilik guru,kami berjalan pulang ke kelas.

"Sha,kau okey ke ni?aku tengok muka kau macam pucat je?"tanya badrina pada aku.

"Hah?aku okey jela"kata aku lalu tersenyum nipis.Badan aku terasa kurang sihat harini.

"Betul ni sha?aku tengok macam tak okey je?kau bawak tak ubat kau tu?"tanya badrina lagi pada aku.

Badrina rapat dengan aku dari sekolah rendah lagi.Kitaorang memang ship sangat memang susah nak berengang even kalau gaduh pun.

"Bawak"balas pendek aku.

Kami masuk kedalam kelas lalu duduk dimeja.

Badrina mengambil ubat aku didalam bag lalu beri pada aku.

"Nah,kau makan ubat kau ni.Jangan degil sangat"kata badrina lalu menghulurkan ubat pada aku.

"Iyelah makcik"balas aku lalu mengambil ubat dan telan.

"Macam mana now?dah rasa okey?"tanya badrina lagi.

'Rin-rin,risau sangat kau dekat aku kan?'monolog aku.

"Okey sikit"balas aku.

Waktu Rehat..

Kami meronda kawasan sekolah pada waktu rehat,untuk memantau pelajar.Ketika aku sedang berjalan menuju ke block C Qirana,aku terdengar suara perempuan yang sedang marah.

"APA HUBUNGAN KAU DENGAN ISHRAF HA!!ASAL KAU RAPAT SANGAT DENGAN DIA!!"tengking qasrina pada seorang gadis.

"S-s-ssaya..."kata gadis tu dengan terputus-putus.

"SAYA-SAYA,SAYA APA HAH!!"tengking qasrina lagi pada gadis itu.

"Saya dengan abg ishraf takde pape hubungan pun akak"kata gadis itu sambil menunduk wajah.

"KAU TAKPAYAH NAK TIPU AKU LA!!YANG KAU RAPAT DENGAN DIA TU APA HAH!!"hambur qasrina lagi mencengkam bahu gadis itu.

Aku tak dapat menahan rasa marah apabila melihat qasrina mencengkam bahu gadis itu.

Aku berlari menuju kearah qasrina.

"QASRINA DINA!!"jerkah aku pada qasrina.

Qasrina memandang aku dengan pandangan sinis.

"APA KAU!!"kata qasrina dengan nada tinggi.

"KAU TU YANG APA!!KAU BUAT APA NI HA!!TAK TAHU MALU KE TERJERIT-JERIT MACAM ORANG GILA AT SINI HA!!"marah aku pada qasrina.

"Suka hati aku la,not your problem"kata qasrina lalu mengibaskan rambutnya.

Aku menepuk tangan.Qasrina memandang aku pelik.

"Ouh ye?lepas apa kau buat ni,kau kata ni bukan masalah aku hah?kau lupa ke aku ketua pengawas at sini?ke kau ni amnesia tetiba lupa pulak ha!!"kata aku sinis.

"...AND NOW!!KAU IKUT AKU SEKARANG"suara aku naik satu noktah.

Aku menarik tangan qasrina.

"Rin,kau settle kan budak tu.Dan jangan lupa bawak budak tu at bilik kauseling"arah aku pada badrina.

Badrina mengangguk tanda faham.

"Kau nak bawak aku mana ha!!"marah qasrina pada aku.

"Kau ikut je la"kata aku dengan tegas.

Sampai dihadapan bilik kauseling,aku masuk kedalam.Aku melihat cikgu fazin sedang duduk sambil melihat buku laporan pelajar.

Cikgu fazin memandang aku.

"Farisha?kamu ada pape ke datang sini?ada budak buat masalah lagi ke?"tanya cikgu pada aku.

"Ada cikgu"balas aku pendek.

"Siapa?"tanya cikgu.

Aku menarik tangan qasrina untuk masuk.

"Ni cikgu"kata aku.

Cikgu fazin memandang qasrina.

"Kamu buat masalah apa lagi kali ni qasrina?"tanya cikgu pada qasrina.

Qasrina membuat muka selambanya.

"Manade buat pape cikgu"balas qasrina sambil menilik kukunya.

"Hah?kau kata takde buat pape?yang tadi kau menjerit terlolong macam orang gila dekat budak tu apa ha!"kata aku dengan dingin.

"Qasrina betul ke?"tanya cikgu tegas.

"M-m-m-maaaa.."kata qasrina terhenti.

Badrina masuk kedalam dengan gadis tadi.

"Sorry lambat,ni cikgu budak yang qasrina cari gaduh tadi"kata badrina lalu menunjukkan gadis itu.

Cikgu fazin memandang gadis itu.

"Nama kamu siapa?kelas apa?"tanya cikgu pada gadis itu.

Gadis itu menunduk wajahnya memandang lantai.

"Nama saya damia,kelas 4 Qirana 2"kata gadis itu dengan lembut.

"Apa masalah kamu qasrina dengan damia ni?"tanya cikgu pada qasrina.

"DIA NI CIKGU!!DIA RAPAT DENGAN ISHRAF!!DIA NAK RAMPAS ISHRAF CIKGU"kata qasrina dengan nada tinggi.

"QASRINA BEHAVE"kata aku dengan tegas.

"Pasal itu je kamu nak gaduh dengan dia qasrina?kamu dah besar qasrina,jangan jadi childish qasrina"kata cikgu dengan tegas lalu berdiri.

"Tttaapiii.."kata qasrina.

"Takde tapi-tapi qasrina!!dalam tahun ni,kamu dah banyak buat masalah qasrina!!Farisha,uruskan pasal hal qasrina dengan damia.Saya taknak dengar masalah dia yang macam budak tak matang"kata cikgu pada qasrina lalu mengarah aku.

Cikgu fazin keluar dari bilik kauseling.

"So,kenapa kau tuduh dia ada hubungan dengan ishraf ha?"tanya aku tegas.

"Aku tak tuduh la,aku nampak dia rapat dengan ishraf"marah qasrina.

"Qasrina,kau kena ingat.Tak semestinya apa yang kau tengok sama dengan apa yang kau pikirkan tu"kata aku tegas.

"Dan kau,kau betul ke ada hubungan dengan ishraf damia?"tanya aku pada gadis itu.

"Saya manade pape dengan abg ishraf,abg ishraf cuma kawan saya je akak"kata gadis itu.

"So qasrina,kau dah dengarkan penjelasan dia"kata aku pada qasrina.

"TAK!!DIA TIPU!!DIA ADA HUBUNGAN DENGAN ISHRAF!!"tengking qasrina lalu naik tangan.

Qasrina ingin menampar gadis itu,aku menahan tangan qasrina.

"BEHAVE YOURSELF QASRINA!!JANGAN SEBAB CEMBURU TAK BERTEMPAT KAU TU,KAU SESEDAP HATI NAK TUDUH ORANG LAIN.KALAU DAH TAHU TAKNAK SAKIT HATI,JANGAN NAK GATAL COUPLE DENGAN PLAYBOY!!"marah aku.

"Dah la sha,jangan marah sangat.Sabar"kata badrina pada aku.

Aku mengeluh panjang.

"KAU BOLEH BALIK KELAS DAMIA"arah aku pada gadis itu.

Gadis itu mengangguk kepala.

"Terima kasih akak"kata gadis itu lalu berlalu pergi.

"Rin,kau gi balik kelas dulu.Aku nak settlekan qasrina ni"kata aku pada badrina.

"Okey"kata badrina lalu berlalu pergi.

"Sebab kau dah buat masalah,kau kena denda.Kau ikut aku sekarang"kata aku dingin.

Aku menarik tangan qasrina.

Sampai ditengah tapak perhimpunan,aku melepaskan tangan qasrina.Ramai mata pelajar melihat aku dengan qasrina.Semua pelajar hanya menunduk apabila melihat aku.

"PUMPING 40×"arah aku tegas.

Qasrina mengendahkan kata aku.

"KAU DENGAR TAK AKU KATA!!"kata aku dingin.

"Aku taknak"balas pendek qasrina.

"Baik kau cepat buat sebelum aku tukar denda kau jadi lagi teruk"kata aku lagi.

"Apa denda teruk tu?"kata qasrina sinis.

Aku menyilang tangan lalu datang dekat kearah dia.

"Kau nak cuci baja taik ayam dekat kebun sekolah ke?hmm..rasanya boleh je.As you wish.Nak ke?"kata aku sinis.

Semua pelajar yang melihat aku sudah seram melihat wajah aku yang menjadi sinis.

"Akkuuu..ttaakkknakk"balas qasrina dengan muka pucat.

Aku berundur ke belakang.

"DAH TAHU TAKNAK,CEPATLAH BUAT!!"jerkah aku.

Qasrina mula membuat pumping.

Aku dengar suara pelajar yang gelak melihat qasrina membuat pumping.

"Hahahahaha"
"Hahahaha"
"Hahahaha"

Aku memandang arah semua pelajar dengan muka series dan dingin.

"APA GELAK-GELAK HAH!!PERGI MASUK KELAS SEBELUM AKU DENDA KORANG SEMUA!!"jerkah aku pada semua pelajar.

Semua pelajar yang gelak terus diam apabila mendengar kata-kata aku.Mereka semua masuk kedalam kelas.

Cukup 40× aku menyuruh qasrina stop.

"STOP!!"arah aku.

Qasrina berhenti.

"KAU BUAT MASALAH LAGI,KAU TUNGGU DENDA LAGI TERUK"amaran aku.

"DAH KAU BOLEH MASUK KELAS"arah aku.

Dia pun berjalan pergi ke kelasnya.

Aku pun berjalan pulang ke kelas.Dalam perjalanan,tetiba aku rasa ada sesuatu menitis dari hidung aku.Aku menyentuh hidung aku.

Aku tengok ada darah.Aku mengeluarkan kain sapu tangan dari poket vest aku lalu mengelap darah pada hidung aku.

'Kenapa selalu berdarah hidung aku ni?selalunya jarang nak berdarah hidung aku ni'monolog aku.

Aku melangkah masuk ke dalam tandas.Aku membasuh tangan aku yang ada kesan darah.

Aku pun berjalan masuk kedalam kelas aku.

Pembelajaran pun bermula hingga waktu balik muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience