BAB 3

Romance Series 12421

Keesokanya..

Seperti biasa,aku akan bertugas untuk mencatat nama pelajar yang datang lambat ke sekolah.Namun,pada hari ini aku keseorangan kerana rin diarahkan menjaga pintu pagar belakang.

Tiba masa untuk aku menutup pagar sekolah,tetiba sebuah kereta sport berhenti dihadapan pagar.

Seorang pelajar lelaki keluar dari kereta sportnya.

"Jangan tutup pintu pagar,aku nak masuk"kata pelajar lelaki itu.

"Okey"balas aku.

Lelaki itu memandu membawa kereta masuk ke kawasan sekolah.Aku berjalan pergi kearah kereta pelajar lelaki itu.

Pelajar lelaki itu membuka pintu kereta lalu keluar dengan membawa bag sekolah.

"Kenapa kau lambat datang?"soal aku sambil menyandar pada tiang garaj.

Shah memandang seorang pengawas perempuan dihadapanya.

'Macam pernah nampak,siapa ea?oh ya!dia perempuan yg aku terlanggar dekat starbuck semalam'monolog shah.

Aku memandang pelajar lelaki dihadapan aku.

"Hello!aku tanya kau boleh berangan pulak"kata dingin aku lalu melambai tangan hadapan muka dia.

Shah baru tersedar dari berangan.

"Hehe..sorry,tadi kau cakap apa tadi?"tanya shah dengan blur.

"Aku tanya,asal kau lambat datang"ulang aku dengan tegas.

"Aku lambat sebab..aku sesat jalan tadi nak datang sini"kata shah sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Aku memandang muka pelajar lelaki tu.

'Tak pernah nampak dia ni,budak baru tu kot?'monolog aku.

"Kau ni..budak baru tu kan?"soal aku sambil meletakan tangan didagu.

"Ha'ah"balas shah.

'Haishh,cantiknya bidadari dekat depan aku ni.Tapi sayangnya,dingin bebeno'monolog shah.

"Kau dah daftar ke belom?"tanya aku.

"Belom.Boleh tak tunjukkan bilik pejabat dekat aku"kata shah sambil tersenyum.

"Ouh,okey.Jom ikut aku"kata aku lalu membawa dia pergi ke bilik pejabat.

Sampai dihadapan bilik pejabat,aku dan dia masuk kedalam.Aku melihat Cikgu Hatina iaitu guru besar.

"Cikgu,ni budak baru.Dia nak daftar"kata aku pada cikgu hatina.

"Okey.Kamu,duduk sini"arah cikgu hatina pada pelajar lelaki itu.

Selepas habis daftar,cikgu hatina tetiba memanggil aku.

"Farisha"panggil cikgu hatina.

Shah memandang cikgu dihadapanya yang sedang memanggil seseorang.

'Nama dia farisha ke?so cute name'monolog shah.

"Ye cikgu"kata aku lalu pergi kearah cikgu hatina.

"Awak tolong tunjukan dia kelas"arah cikgu hatina.

"Okey cikgu.Kau ikut aku"kata tegas aku lalu keluar dari bilik pejabat.

Shah mengikuti farisha daripada belakang.Tetiba farisha bersuara.

"Kau kelas apa?"tanya aku sambil memandang pelajar itu.

"Kelas 5 Qirana 1"balas shah.

Budak ni sama kelas dengan aku?hurmm..

"Ooo.."

Sampai dihadapan kelas,aku dan dia pun masuk.

"Ni kelas kau"kata aku lalu berdiri disebelah dia.

Semua pelajar melihat kearah aku dan pelajar baru.

"OKEY KELAS!!AKU NAK BAGITAHU,DALAM KELAS KITA ADA BUDAK BARU"kata tegas aku.

Aku melihat semua pelajar dah menjerit gembira.

'Wehh,hensem la'

'Arghh!i'm falling in love'

'Hensem gila'

Aku mendengar suara pelajar perempuan yang berbisik-bisik pasal budak baru itu.

"SEMUA DIAM!!"arah aku dingin.

Semua pelajar diam.

"Kau kenalkan diri pada semua"arah aku pada pelajar baru itu.

Pelajar baru itu mengangukkan kepala.

"My names is shah adrian,uolls can call me ad or anything.And for your information,i'm coming from Prince Of Wales Island International School"kata pelajar baru itu.

Semua mata pelajar perempuan tertumpu pada pelajar baru itu.

"Dan now,kau pilih la.Kau nak duduk mana,bye"kata aku lalu pergi ke meja aku.

Tetiba pelajar baru itu mengambil tempat dibelakang aku.

Aku melihat rin memandang aku.

"Kau dah kenapa pandang aku rin?"tanya aku.

"Macam mana kau boleh terjumpa dengan si shah tu?"tanya rin.

"Waktu aku nak tutup pagar depan"balas aku selamba.

"Ooo..tapi kan sha,hensem la si shah tu"kata rin.

"hurmm"balas aku.

"Kau hurmm je,kau ni takde feeling betul la"kata rin.

Aku memandang tajam rin.

"Eishh,kau ni.Aku ada perasaan okey.sesedap kau je cakap aku takde feeling"kata aku dingin.

"hehehe"sengeh rin lalu buat tangan bentuk piss

Cikgu ghazali pun masuk kedalam kelas.Pembelajaran pun bermula seperti biasa.

Ketika farisha sedang membuat kerja,shah memerhatikan gerak geri farisha dari belakang.

"Hey,kau dah kenapa asyik tengok farisha.Kau suka dia ea?"tegur dhani disebelah dia.

"Ehh kau ni,tak la.Aku saja je tengok dia"kata shah sambil menulis.

Ketika aku sedang menulis didalam buku,tetiba cikgu membuat pengumuman melalui speaker yang ada disetiap kelas.

"Selamat pagi,disini saya ingin memanggil dua orang pelajar bernama farisha hanna dengan shah adrian untuk datang ke bilik kauseling sekarang"ucapan cikgu fazin.

Aku memandang rin disebelah aku.

"Rin,aku pergi jumpa cikgu jap"kata aku.

Rin menganggukan kepala.

Aku dan shah pun meminta izin keluar dari kelas.

Sampai dihadapan bilik kauseling,aku dan shah pun masuk kedalam.Aku melihat cikgu fazin tengah duduk dimeja.

"Datang pun kamu berdua.Farisha,shah sila duduk..cikgu nak bagitahu sesuatu pada kamu"ujar cikgu fazin.

Aku dan shah pun duduk dibangku duduk.

"Ada apa cikgu nak cakap?"tanya aku.

"Kejap lagi cikgu bagitahu.Kamu shah,cuba terangkan biodata kamu disekolah lama"kata cikgu pada shah.

"Okey cikgu.Nama saya tengku shah adrian bin tengku fahrin kamil,saya dulu bersekolah di Prince Of Wales Island International School.Saya pindah ke sini sebab urusan kerja ayah saya.Saya pernah memegang jawatan sebagai ketua pengawas"terang shah.

'Boleh tahan jugak dia ni'monolog aku.

"Jadi betulah apa yang saya tengok dalam fail pelajar kamu,memang betul kamu pernah memegang jawatan ketua pengawas"kata cikgu fazin.

Shah mengangukkan kepala.

"Jadi shah,kamu dah kenal ke siapa farisha ni?"tanya cikgu fazin.

"Hehe..belom lagi"kata shah lalu sengeh.

"Ouhh..untuk pengetahuan kamu,farisha ni ketua pengawas disekolah ini.Sudah 3 tahun dia memegang jawatan sebagai ketua pengawas"jelas cikgu fazin.

'Patut la dingin,garang.Ketua pengawas rupanya'monolog shah.

"Ooo"

"Dan kamu farisha,saya nak bagitahu kamu bahawa..mulai esok,shah akan menjadi P.K.P kepada kamu"kata cikgu fazin.

Aku tersentak.What?!

"Tapi cikgu,kenapa kali ni mesti ada P.K.P cikgu?sebelum ni,saya boleh je jalankan tugas saya untuk handle semua pelajar tanpa memerlukan penolong pun cikgu"bantah aku.

'Kenapa dia bantah sangat ni?'monolog shah.

"Takde tapi2 farisha.Kamu tahu kan keadaan kamu macam mana sekarang?lagipun tahun ni kamu nak spm,saya taknak kamu terlalu stress handle masalah pelajar seorang diri"jelas cikgu fazin.

Aku mengeluh.

"Baik la cikgu"kata aku sayu.

Aku pelik,kenapa kali ni perlu ada P.K.P?selama harini,okey je aku sorang.

"Kalau takde pape,kamu berdua boleh pulang ke kelas.Dan kamu shah,mulai esok kamu start bertugas untuk menolong farisha handle pelajar yang bermasalah"kata cikgu fazin.

"Okey cikgu"balas shah.

Aku dan shah pun keluar dari bilik kauseling.Ketika aku sedang berjalan,tetiba shah bersuara.

"Nama panjang kau siapa?"tanya shah sambil berjalan sebelah aku.

"Farisha hanna"balas aku.

"Tengku?"tanya shah.

"Not bisness you for know about me"kata aku dingin.

Aku tak suka orang tahu perihal aku.

"Can i ask you one question?"tanya shah.

"Can"balas aku.

"Kenapa kau bantah sangat bila cikgu fazin nak aku jadi penolong kau?aku ada buat salah ke?"tanya shah.

"Aku bantah sebab aku dah biasa handle semua ni sorang-sorang,dan aku tak perlukan seorang penolong untuk bantu aku.So,understand Encik Shah Adrian?"balas aku dingin lalu berlalu pergi.

'Dia tak suka ke kehadiran aku dekat sini?"monolog shah.

Waktu Rehat..

Aku sedang mengemas buku2 diatas meja sebelum keluar rehat bersama rin.Ketika aku sedang mengemas buku,shah memanggil aku.

"Hanna"panggil shah sambil mencuit bahu aku.

Aku menoleh dengan muka dingin.

"Apa"kata pendek aku.

"Nak rehat dengan kau boleh?"tanya shah.

What?dia nak rehat dengan aku?aku tak pernah rehat dengan lelaki tau!

"Boleh"kata rin sebelah aku.

Aku memandang rin tajam.'Apa kau ni?'

Rin hehehe..

"Kenapa kau tak rehat dengan dhani?"tanya aku sambil silang tangan.

"Aku kena tinggal dengan dia"kata shah lalu cebik :(

"Ooo.Anyway,why ko panggil aku hanna?"tanya aku.

"Kenapa?tak boleh ke?"tanya shah.

"Aku pelik,bila orang panggil aku guna nama hujung.Selalunya depe panggil aku guna nama awal aku"ujar aku.

"Maybe i like call you hanna"kata shah lalu senyum manis.

Sweetstalker?

"Whatever"balas aku.

'Macam mana la aku nak dekat dengan dia,kalau dia asyik dingin dengan aku?'monolog shah.

Waktu Balik..

"Hanna!!!"jerit seseorang dari belakang.

Aku menoleh.

"Ada apa?"tanya aku dingin.

"Nak no kau"kata shah.

"For what?"tanya aku.

"Mana tahu kalau ada pape,senang la aku nak inform at kau.Aku kan akan jadi penolong kau"kata shah.

"Yelah2..bak fon kau"kata aku.

Shah memberikan fon dia kepada aku.

'Akhirnya,dapat jugak no dia.Yes!'monolog shah.

"Nah,aku dah save"kata aku lalu pergi.

"Thanks hanna"laung shah.

Aku masuk kedalam kereta,lalu memandu kereta pulang ke rumah.Sampai sahaja dirumah,aku terus naik ke bilik.

Selesai mandi,aku turun ke bawah untuk makan tengahhari.Ketika aku sedang makan,tetiba abg firash duduk dihadapan aku sambil mengambil nasi.

"Macam mana harini sekolah?okey tak?tengok badmood je"tanya abg.

"Okey je"balas pendek aku.

"Hanna nak tahu tak,semalam kawan mummy tu..ada sorang anak lelaki.Dia sebaya hanna"kata abg sambil makan.

"Sapa nama?"tanya aku sambil mengunyah makanan.

"Shah adrian,kalau tak silap abg"kata abg.

Shah adrian?hmm..macam pernah dengar.Oh ya!budak baru tu.

"Ouh..dia ke"kata aku selamba.

"Hanna kenal ke?"tanya abg.

"Kenal.dia budak baru dkat sekolah hanna.Dan lagi satu,dia bakal jadi PENOLONG hanna"kata aku lalu menekan kan perkataan 'penolong'.

"Series arghh!dia jadi penolong hanna"kata abg dengan tidak percaya.

"Betul la,kalau tak..takdenya hanna nak badmood macam ni"kata aku sambil mengangkat pinggan.

"Bagus la tu dia jadi penolong hanna"kata abg lagi.

Aku membasuh tangan lalu kembali ke meja makan.

"Apa yang bagusnya?semak je adala"kata aku lalu minum air.

"Bagus la,mana tahu dia dapat lembutkan perangai hanna yang macam frozen tu"kata abg selamba.

Aku yang tengah minum air,tersembur.

Buuuuuuhhhhh...

Habis air terkena muka abg firash.

"Takde makna dia boleh lembutkan perangai hanna ni"kata aku lalu lap mulut.

"Eiuwww~hanna ni,habis muka abg kena air"kata abg lalu lap muka guna lengan baju.

"Itulah sapa suruh abg pergi cakap macam tu,kan dah kena sembur air free"kata aku lalu berlari masuk bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience