BAB 8

Romance Series 12421

Selesai aku bersiap,aku terus turun kebawah.Aku terserempak dengan shah dibawah.Shah memandang aku.

"Hanna,kau nak pergi mana tu.dengan pakai lawa2 nie?"tanya shah.

"Pergi mana2 jelah,nanti kau tolong cakap dekat mummy yang aku keluar sekejap"pesan aku.

"Ouhh..okey"balas shah.

'Dia nak pergi mana lawa2 ni?jumpa boyfriend ke?tapi..dia kata dia takde boyfriend'monolog shah.

Aku keluar dari rumah lalu masuk kedalam kereta.Aku memandu kereta menuju ke sebuah restaurant Zaujana.

Sampai disana,aku terus masuk kedalam restaurant.Aku mencari dokter haris.

Aku nampak dokter haris duduk dimeja hujung.Aku pergi ke meja dokter haris.

"Sorry late"kata aku lalu duduk.

"Sokey hanna,so..kita order dulu"kata dokter haris.

"Okey"balas aku.

Selepas order makanan,aku dan dokter haris mula berbicara.

"So hanna,ada apa awak nak jumpa saya?"tanya dokter haris.

Dokter haris ni muda lagi,baru umur 24.

"Macam ni dokter,saya rasa pelik akhir2 ni"kata aku.

"Don't call me dokter,just call me haris je hanna"kata dokter haris.

"Sorry haris"kata aku.

"So,apa yang awak rasa pelik akhir2 ni?"tanya dokter haris.

"Saya pelik bila sejak akhir2 ni,saya rasa badan saya lemah sangat.lepastu hidung saya kerap bleeding.kenapa ye?"tanya aku.

Makanan pun sampai.

"Kita makan dulu"kata dokter haris.

"Okey"balas aku

Selepas habis makan,aku dan dokter haris sambung berbicara.

"Awak cakap,yang hidung awak slalu bleeding?"tanya dokter haris.

"Ha'a"kata aku.

"Sejak bila awak mula jadi?"tanya dokter haris.

"Sejak start bulan ni"kata aku.

"Awak tahu kan,yang penyakit awak di stage berapa"kata dokter haris.

"Saya tahu"balas aku.

"Jadi,saya cadangkan esok awak datang hospital.saya nak buat pemeriksaan tentang stage penyakit awak sekarang ni.sebab saya rasa macam makin teruk sakit awak ni"kata dokter haris.

"Esok?pukul berapa?"tanya aku.

"Dalam pukul 9 pagi awak datang la"kata dokter haris.

"Okey"balas aku.

[SHAH POV]

Aku berjalan kehulur kehilir diruang tamu.Tetiba ada orang ketuk pintu.

Tok..tok..tok..

Hanna?!

Aku membuka pintu.

"Shah?"

"Rin?"

Kata aku dan dia serentak.

"Masuk la rin"kata aku.

Rin pun masuk lalu duduk disofa.

"Kau buat apa dekat rumah sha?"tanya rin.

"Aku duduk dengan hanna,sebab mama papa aku pergi pulau pinang"jelas aku.

'Aku ingatkan hanna dah balik,rupanya rin'monolog aku.

"Ooo"

"Kau pulak rin,kenapa datang sini?"tanya aku.

"Aku datang sini sebab sha yg suruh,dia ajak aku datang rumah dia semalam"kata rin.

"Ooo..aku ingatkan hanna keluar dengan kau"kata aku.

"Maksud kau?sha keluar?"tanya rin.

"Hanna cakap,dia nak keluar.so,aku ingatkan dia keluar dngn kau"kata aku lagi.

"Takdelah,aku manade keluar dengan dia"kata rin.

"Kalau dia tak keluar dengan kau,dia keluar dengan sapa?"pikir aku.

"Ntah la,aku pun tak tahu"kata rin.

"Dia ada cakap dengan kau tak,nak jumpa sesiapa ke apa ke?"tanya aku.

Rin memikirkan sesuatu.

'Ha'a hari sabtu.Kenapa?kau tak boleh kuar ke?'

'Aku tak boleh la rin,hari sabtu ni aku ada jumpa someone'

"Oh ya,aku baru ingat.haritu dia ada kata yang dia ada nak jumpa someone"kata rin.

"Siapa?"tanya aku.

"Tak tahu,dia takde cakap pun sapa yang dia nak jumpa"kata rin.

"Ooo"

Untie maria muncul diruang tamu.

"Eh rin"tegur untie maria.

"Hai untie"kata rin lalu menyalam tangan untie maria.

"Rin duduk la sembang dengan shah dulu,sementara tunggu hanna balik.untie pergi dapur kejap nak buat air"kata untie maria.

"Ehh!tak payah la untie.susahkan untie pulak"halang rin.

"Takde menyusah la,lagipun rin kan tetamu"kata untie maria.

"Okey la untie,kalau untie kata macam tu"kata rin.

Untie maria pergi ke dapur.

Aku memandang rin dihadapan aku.

"Rin,aku nak tanya sikit boleh?"tanya aku.

"Kau nak tanya apa?"tanya rin sambil main handfone.

"Kau dah lama kenal hanna kan?so,aku nak tanya.kenapa perangai hanna macam dingin semacam?"tanya aku.

"Soalan first,yes!memang aku dah lama kenal sha.Soalan second,aku sendiri pun tak tahu.lagipun dia banyak berahsia shah"kata rin.

"Tapi aku perhati..sejak kau muncul,aku nampak macam sha banyak happy.dia macam tak dingin macam dulu.aku tengok sekarang ni,dia banyak gelak.aku rasa macam perangai dia macam berubah sejak kau datang sini"sambung rin lagi.

"Maksud kau?"tanya aku.

"Maksud aku,kau banyak ubah perangai sha.jujur aku kata,aku suka tengok sha yang sekarang.sha yang selalu gelak.dan kalau kau nak tahu,kau lelaki first yang dapat rapat dengan sha tau.

sebelum ni,sha memang langsung tak pernah rapat dengan mana2 laki.tapi kau..dia macam boleh terima kau.."kata rin.

'Apa sebab hanna jadi perangai dingin,sampai dia langsung taknak rapat dengan sesiapa?'monolog aku.

"Ooo"

"Kenapa kau tetiba tanya pasal sha?"tanya rin.

"ermmm..aku saja je nak kenal dia dengan lebih rapat"kata aku.

Untie maria datang kesini dengan sedulang minuman.

"Jemputlah minum rin,jangan malu2"kata untie maria.

"Okey untie"kata rin.

Untie maria terus beredar dari sini.

"Kau nak kenal rapat dia macam mana tu?rapat sampai jadi boyfriend dia ke?"usik rin.

"hehe.."sengeh aku lalu mengaru kepala aku yang tidak gatal.

Tetiba pintu rumah terbuka.Aku nampak muka hanna yang baru balik.

"Ehh rin..kau dah sampai"kata hanna.

"Aku dah lama sampai do,kau pergi mana tadi?"tanya rin.

"Sorry la rin.aku pergi jumpa someone tadi"kata hanna.

"Yela2..jom la,kata nak study?"kata rin.

"Okey,jom naik bilik aku"kata hanna.

Rin dan hanna pun melangkah untuk pergi keatas.

"Hanna"panggil aku.

Hanna menoleh.

"Apa?"tanya hanna.

"Nak join boleh?"kata aku.

"Ikut suka kau la"kata hanna.

Yes?!

[FARISHA POV]

Aku dan rin duduk dimeja belajar didalam bilik aku dan juga disertai oleh shah (si penyebuk).

"Nak start study yang mana dulu?"tanya rin sambil mengeluarkan buku dari bag.

"Math dulu la"kata aku.

Shah pula asyik dok pandang aku.Nak belajar ke nak tengok aku?

Aku dan mereka start menjawab soalan math.Selesai menjawab soalan math,kami semua bertukar buku.

"Dekat sini,sapa yang paling pro math?"tanya aku.

Shah angkat tangan.

"So,apakata kau tolong tengok jalan kerja math aku dan rin buat.pastu kau tegur la kalau ada salah jalan kira"kata aku lalu bagi buku.

"Okey"balas shah lalu melihat buku math aku dan rin.

"Yang ni silap sikit jalan kerja dia.sepatutnya buat macam ni"kata shah pada aku lalu tunjuk jalan kerja yang yang betul.

Setelah shah menunjukan jalan kerja yang betul.aku berkata..

"Jadi,yang tu kena tukar la"kata aku.

"Ya,yang tu kena tukar"kata shah.

Pastu shah melihat buku rin pula.

"Rin,yang ni dah betul dah jalan kira.tapi..benda ni pulak yang kau tertambah"kata shah lalu

"hehehe"sengeh rin.

"Ni sepatutnya tak payah"kata shah lagi.

"Oooo"

Kami mengulangkaji pelajaran sehingga pukul 6 petang.Setelah jam menunjukan pukul 6 petang,rin meminta diri untuk pulang.

"Shah,sha..aku pulang dulu"kata rin lalu lambai tangan arah kami.

"Bye rin"kata aku dan shah.

Selepas rin balik,aku terus masuk kedalam bilik lalu kunci pintu.Dan masuk kedalam bilik air dan mandi.Selepas mandi,aku pergi kehalaman rumah.

"Disaat Ku tiada nanti tiada lagi disisimu
Jangan Kau bersedih dan menangis
Engkau Insan yang ku sayang
Yang Paling ku kasih dirimu
Amat Bererti dalam hidupku

Nanti Di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-nya"nyanyi aku sambil memandang langit biru.

"Hanna!!"sergah shah.

"Hishh!kau ni,kacau je.aku tengah sedap yanyi ni"marah aku.

"Hehehe"sengeh shah.

"Sedap suara kau"puji shah.

"Biasa2 jelah"kata aku.

"Betul la,suara kau sedap"kata shah lagi.

"Yela2"balas aku.

"Tengahari tadi kau keluar dengan sapa?aku ingatkan kau keluar dengan rin"kata shah.

"Keluar dengan orang la.sebok je nak tahu"kata aku.

"Nak tahu pun tak bagi"merajuk shah.

Nak tahu samada hanna keluar dengan lelaki la tu.?

"Hmmm.."

"Aku masuk dalam dulu"kata aku lalu bangun.

Shah tetiba pegang tangan aku.

"Boleh aku kenal kau lebih jauh lagi?aku nak jadi orang first yang rapat dengan kau"kata shah.

"Jika kau berniat untuk jadi orang pertama rapat dngn aku,kau juga akan jadi orang pertama yang akan terluka"kata aku lalu berlalu pergi.

'Apa maksud dia?akan jadi orang pertama yang akan terluka?'monolog shah.

Hanna2..aku mula cintakan kau,tapi kau macam cuba jauh dari aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience