BAB 5

Romance Completed 11416

Ice memang slumber singa dia saja. Beg sandangnya sengaja biarkan Hud yang bawa. Rimas pula nak galas beg dengan hooded sweatshirt dia ni. Selagi tak malam, topi akan sentiasa melekat di kepalanya. Entah bila nak bertudung pun tak tahu.

Ice menunjukkan resit pembelian rantai dan juga cincin itu kepada pekerja di kedai emas. Pada mulanya mereka menolak untuk memberikan maklumat mengenai pembeli tersebut. Namun, setelah didesak Hud…pihak kedai emas menceritakan raut wajah pembeli tersebut. Hud yang merupakan pelajar jurusan architecture pantas melakar wajah pembeli di dalam diari milik Ice.

“ Terima kasih eh, cik,” ucap Ice sopan.

“ Sama-sama. Tak salah kita berbuat baik,” balas salah seorang pekerja kedai sambil tersenyum.

“ Chik Hud, kejap,” Ice memanggil Hud dengan tangan dilambaikan agar Hud menghampirinya.

“ What?”

“ Can I have this ring?” Hud memandang Ice dengan pandangan tidak percaya.

“ Are you crazy?”

“ Alah, Chik Hud belanjalah. Ice kan jobless. Tak macam Chik Hud…banyak duit,” Ice menayangkan muka seposen.

“ Alasan. You punya share café tu apa?”

“ Kedekutlah, Chik Hud ni. Baru tiga ratus lebih. Bukannya beribu pun,” Ice berjalan keluar dari kedai dengan rajuknya. Hud menggeleng. Perangai siapalah dia ikut. Arwah Aleeya tak macam ni pun. Manja betul.

“ Miss, wrap that ring and bracelet over there. Credit card?” Pekerja itu mengangguk.

“ Encik bukan asal sini?”

“ Hah? Asal sini tapi membesar kat oversea. Kenapa?”

“ Oh. Your eye…blue and that was nice,” Ramah pula pekerja perempuan tinggi lampai itu.

“ Hah, thanks,” ucap Hud. Dah kenapa perempuan ni? Senyum-senyum pulak, desis Hud.

“ Apa yang lama sangat kat dalam tu?” tanya Ice ingin tahu. Penat dia tunggu kat luar.

“ Ngorat that girl. Untung-untung boleh dapat cincin kahwin free,” jawab Hud selamba.

“ Ceh, gaya macam ada hati nak cari yang baru. Chik Hud jangan. Chik Ya baru je meninggal. Jangan buat hal eh. Ice halau Chik Hud balik Ams…”

“ Halau? Who cares?” Kurang asam punya mangkuk. Ice meloncat sedikit. Dia mengepit kepala Hud selamba. Mungkin mereka sudah rapat sejak di Amsterdam lagi. Jadi, Hud dan Ice langsung tidak kekok. Tambahan pula, Hud selalu menemai Ice ketika Aleeya sibuk di café.

“ Hey, main kasar eh,” Hud pula yang mengepit kepala Ice.

“ Ya Allah. Budak berdua ni. Ke mana? Dah malam baru nak balik?” Tudia. Puan Ibtisam punya senjata sudah dikeluarkan. Hud dan Ice tersengih.

“ Raisya bawak Chik Hud pergi jalan-jalan kat KL ni. Dia kan dah lama tak balik sini. Kan, Chik Hud,” Hud mengangguk.

“ Ha’ah, kak Ib. Berubah gila KL sekarang. Dulu, mana ada lagi semua benda tu…”

“ Tu zaman bila, Chik Hud?” usik Ice. Hud menyekeh kepala Ice. Bising aje.

“ Hmmm…macam-macam. Dah, pergi naik mandi. Dua-dua sekali. Kejap lagi…kita makan sama,” Ice menarik tangan Hud.

“ Jangan kasi tahu ibu dengan ayah. Nanti…tak pasal aje dua-dua kena halau balik Ams,” bisik Ice perlahan.

“ Baiklah, ambe menurut perintah,” Hud mengangkat tabik spring.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience