BAB 6

Romance Completed 11416

Dua hari kemudian, Hud dan Ice pergi ke cawangan Celcom untuk mengecam pemilik nombor telefon yang ditinggalkan di resit pembelian tersebut. Pencarian mereka mula menunjukkan kesan positif. Gambar, alamat dan nama si pembeli rantai dan cincin itu juga sudah berada dalam genggaman mereka. Hanya tinggal nak ambil tindakan sahaja.

Ice memandu kereta Myvi milik Puan Ibtisam ke alamat yang ditemui mereka. Agak susah juga kerana dia sendiri sudah lama tak balik ke Malaysia. Kereta itu pula tiada GPS. Nasib baik, orang sekeliling ada yang membantu. Sebaik tiba di rumah itu, Hud dan Ice berpandangan sesame sendiri. Rumah kosong!

“ Betullah alamat ni. Tapi…kenapa macam tak ada penghuni pun,” Ice menjenguk di sekitar rumah itu. Lalang, sampah sarap dan apa lagi? Rasanya merekalah penghuni rumah itu. Bukan manusia.

“ Cuba tanya jiran sebelah,” Hud bergerak ke rumah sebelah. Salam diberikan.

“ Assalamualaikum, mak cik…”

“ Waalaikumsalam,” jawab wanita dalam lingkungan 50-an yang tinggal di rumah sebelah.

“ Maaf ya, mak cik. Kami ganggu mak cik…”

“ Eh, tak mengapa. Ada apa anak berdua ni datang ke sini?”

“ Macam ni, kami datang ni sebab nak cari orang yang duduk kat rumah sebelah ni. Mak cik kenal tak pemilik rumah ni? Tak pun, penyewa ke?”

“ Hmmm…rasanya dah lama rumah ni kosong. Dulu ada jugaklah penghuni tapi sejak tiga tahun lepas…rumah ni kosong ni aje,” jelas mak cik itu.

“ Mak cik kenal dengan orangnya?” soal Hud.

“ Ish, mak cik pun tak berapa nak ingatlah. Yang mak cik tahu orangnya lelaki,” Ice mengeluarkan glassy paper dan ditunjukkan pada mak cik itu.

“ Orang ni ke, mak cik?”

“ Hah, rasanya inilah orangnya. Mak cik ingat lagi parut kat pipi dia ni. Tapi…dia ni pendiam. Tak pernah ditegurnya penduduk kat sini,” Hud mengukirkan senyuman.

“ Boleh kami tahu siapa lagi yang tinggal dalam rumah tu selain lelaki ni?” Hud memandang Ice pelik. Kenapa soalan ni pula yang di soal?

“ Tak silap mak cik…dia selalu jugak bawa perempuan balik. Siang ajelah. Bila hari dah petang, perempuan tu pergi…”

“ Ini ke perempuan tu?” Ice menunjukkan gambar seseorang kepada mak cik itu. Mak cik itu mengangguk laju. Hud dan Ice terkesima.

“ Chik Hud!” sergah Ice. Hud tersentak kecil.

“ Apa?”

“ Alah, relaxlah. Kita tak tahu…the truth behind this lagi. Be patient,” Macam Hud tak tahu, Ice sendiri pun terkejut.

“ Kat mana nak cari that guy? Buntulah,” Hud menampar meja kuat. Geram pula apabila pencarian mereka menemui jalan buntu.

“ Hmmm, I’ve got an idea. How about we…pecah masuk rumah tu? Maybe ada clue ke?” Hud memetik jarinya.

“ Brilliant. That’s my…bad girl,” Hud mengusap kepala Ice kasar. Ice tersenyum nipis. Bad girl, huh! Dah penat makan nasi agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience