BAB 10

Romance Completed 11416

“ Korang memang sengaja nak kenakan aku kan?” Ice tersenyum sinis.

Alangkah terkejutnya saat mereka mengetahui kebenarannya minggu lepas. Siasat punya siasat…akhirnya berjaya jugak jumpa dengan mamat sengal ni. Bukan main payah! Hud dan Ice memang merancang untuk bertemu dengan Johan hari ni. Ice sengaja melanggar Johan. Hud pula bersembunyi di satu sudut kedai. Dan…perangkap mereka terkena.

“ Huh, memang patut pun arwah minta cerai. Kau memang tak layak untuk dia. Habis madu…sepah dibuang,” Ice menolah ke kirinya. Unbelievable!

“ What?!”

“ Chik Hud tahu peribahasa Melayulah,” Hud menyenggol Ice. Orang tengah serius…boleh pula dia main-main.

“ Anak Melayu kan. Mestilah tahu…”

“ Hey, aku tak ada masa nak tengok drama koranglah. Apa yang korang nak sebenarnya?” Nah, ini yang nak dengar.

“ Kami nak…Encik Johan bersihkan nama Aleeya dan juga family dia. Simple,” balas Hud.

Gara-gara hebahan buruk yang dilemparkan oleh Johan kepada ahli keluarga Aleeya, Ice turut terkena tempias. Habis rakan-rakan di kolej Ice menjauhkan diri. Rupanya Johan memang kenal dengan seluruh ahli keluarga Aleeya. Cuma, Ice seorang sahaja yang dia tak kenal memandangkan Aleeya tidak pernah bercerita mengenai satu-satunya anak saudaranya itu. Johan hanya mengetahui anak saudara Aleeya ada menuntut di sebuah kolej swasta dan dikenali sebagai Raisya.

“ Korang ingat senang?”

“ Then…we have make it clear, okay? What do you think…the policeman at the back was here?” Johan pantas menoleh ke belakangnya. Dua orang polis sedang mengintip perbualan mereka.

“ Jomlah, Ice. Biar ‘bodyguard’ kita yang handle mamat sengal ni. Semakin panas pula…kat sini,” Hud menarik tangan Ice untuk beredar. Johan menggigil. Tahu pun takut.

“ Seorang lelaki mengaku bersalah kerana menyebarkan fitnah terhadap keluarga bekas isterinya. Sekaligus dia turut memohon maaf kepada ahli keluarga tersebut. Dan mengikut info yang kami dapat, bekas isterinya telah pun meninggal dunia hampir dua bulan yang lepas,” Encik Ghaz membaca laporan akhbar yang dibelinya tadi.

“ Patutlah semua kawan-kawan kita boikot business kita kan, bang,” kata Puan Ibtisam.

“ Boikot? Hud tengok abang Ghaz and kak Ib relax aje,” celah Hud. Dia meletakkan cawan air ke atas meja.

“ Relaxlah, Hud. Nasib baik kita orang ada silent partner. Dia yang uruskan business buat sementara. Tapi…tak tahulah silent partner tu nak teruskan atau serahkan kat kami balik,” balas Encik Ghaz.

“ Amboi…sleeping partner tak ada?”

“ Ada!” jerit Ice. Dia menuruni anak tangga sambil membawa kotak yang agak besar.

“ Tudia…apa yang besar sangat kotak tu, Raisya?” tanya Puan Ibtisam.

“ Alang-alang nak pergi kubur…singgah kejap rumah lama. Raisya nak ambil barang-barang Chik Ya,” jawab Ice. Dia menhenyakkan punggung di sebelah ibunya.

“ Buat apa?” soal Encik Ghaz.

“ Saja. Kat dalam rumah ni tak ada satu pun barang arwah. Nak ambil barang biasa aje. Gambar, bantal…”

“ Iyalah. Hud, nanti sebelum balik…kamu makan kat luar eh. Abang Ghaz dan kak Ib nak pergi rumah…silent partner kejap,” pesan Puan Ibtisam.

“ Baiklah, kak Ib,” balas Hud. “ Ice, jom,” Ice bangun dan membawa kotak besar itu dan dimasukkan ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience