BAB 7

Romance Completed 11416

Dengan bantuan dari pembantu mereka, Hud dan Ice dapat juga masuk ke dalam rumah itu. Siapa yang jadi mangsa bantu mereka buat kerja jahat ni? Encik Ghaz dan Puan Ibtisamlah. Dah macam gaya perisik dah orang tua berdua tu. Kalah X-file, Detective Conan segala tu. Dek kerana terpaksa pecah masuk rumah orang, mereka perlukan Encik Ghaz dan juga Puan Ibtisam. Nasib baik rancangan mereka diterima baik.

“ Be carefull,” pesan Hud. Sudahlah tengah malam. Hanya torchlight saja yang bantu mereka. Ice memegang erat sweater Hud. Encik Ghaz dan Puan Ibtisam pula di bahagian dapur.

“ Chik Hud, tengok ni,” kata Ice perlahan. Dia menunjukkan beberapa helai kertas yang berterabur di atas meja kopi di ruang tamu. Hud menyuluh helaian kertas itu.

“ Cerai?”

“ Cuba tengok nama siapa…”

Mohd Johan! Nurul Aleeya! Ice ketawa kecil.

“ Ssshhh, kenapa?”

“ Your blue eye…macam kucing,” Hud meluku kepala Ice. Boleh pula buat lawak waktu ni.

Ice mengusap kepalanya yang sakit diluku itu.

“ Takkan Leeya pernah kahwin? Ice takkan tak tahu?”

“ No. Kalau tahu…mestilah Ice kenal dengan husband dia tu…”

“ Ex-husband,” Ice tersengih. Chik Hud cemburu!

“ Okay, ex-husband…”

Ice menarik kertas yang tersepit di laci cabinet TV. Perjanjian Johan dan Aleeya?

“ Apa tu?” tanya Hud sambil menyimpan helaian kertas tadi ke dalam begnya.

“ Entah. Perjanjian Johan dan Aleeya,” Hud menarik kertas itu. Dia turut memasukkan kertas itu ke dalam begnya. Balik rumah nanti baru siasat.

“Hud, Ice,” Encik Ghaz dan Puan Ibtisam muncul di ruang tamu.

“ Ada jumpa apa-apa tak, ayah, ibu?” soal Ice. Encik Ghaz menggeleng.

“ Semua pekakas dapur tu dah berhabuk. Means, dah lama rumah ni tak ada penghuni. Ibu nak kita berempat jalan sekali. Jangan terpisah,” Hud dan Ice menyembunyikan senyuman mereka. Pandai Puan Ibtisam bagi idea. Macam tak tahu Puan Ibtisam takut.

Mereka berempat mula bergerak ke bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah itu.

“ Kita masuk bilik ni dulu,” Hud mengetuai masuk ke dalam itu. Dengan hanya bantuan dari torchlight kecil, mereka cuba mencari maklumat yang mungkin dapat membantu.

“ Oh mak aku…mak kau,” latah Ice sambil memeluk lengan Hud. Mana taknya, tiba-tiba bunyi sesuatu terjatuh. Puan Ibtisam sudah beristighfar. Siap dengan Ayatul Kursi lagi terkumat kamit dibibirnya.

“ Positif,” kata Hud pendek. Ice mengangguk. Namun, lengan Hud masih dipegangnya. Goose pimples!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience