BAB 14

Family Completed 5059

Sebulan berlalu..Kes penculikkan terus di siasat untuk mencari dalang di sebalik jenayah.. Kehidupan Daniel berubah selepas pemergian Ellyana.. Seluruh kehidupannya hanya untuk anak perempuannya yang diberi nama Elena Dania ..Hari terus berganti hari ..Tengku Alia pula menghilangkan diri.. Danish masih lagi dalam keadaan koma.. Keadaan Danish yang mengalami kecederaan di kepala akibat terhantuk ketika jatuh di gudang tempoh hari..

Raisya pula tengah pregnant anak keduanya, menyukarkan pergerakkannya namun dia berkeras hati demi anaknya Danish yang masih lagi terlantar sakit..Dazlan pula setiap hari akan berulang alik dari rumah ke hospital ..Tiada lagi erti penat lelah dalam dirinya.. Pelbagai macam dugaan yang datang menimpa..Dia harus kuat untuk keluarganya terlebih lagi kepada Raisya yang sedang mengandungkan anak nya..

" Sya.. dah makan.. Hari ini ada apa apa perkembangan pada Danish.." Dazlan bertanya kepada Raisya..

" Tak bang.. Kesian Danish.. kenapa berat sangat dugaan yang dia alami ..kenapa bukan Sya yang ganti tempat Danish bang.." Kata Raisya sambil menanggis... Kesedihan dan keresahan seorang ibu terhadap anaknya sangat mendalam..Tiada siapa yang mampu merungkai isi hati yang tersirat pada si ibu..

Sedang mereka asyik berbual, mereka di kejutkan dengan keadaan nadi Danish yang menurun mendadak membuatkan mesin di tepi katilnya berbunyi.. Dazlan bingkas bangun lalu menjerit memanggil doktor..

" Doktor..doktor..nurse...........anak saya...." panggil Dazlan..

Tidak lama kemudian muncul seorang doktor bersama dua lagi nurse yang ada disitu bergegas menuju ke bilik Danish..

" Ada apa Encik.." Tanya Doktor tersebut kepada Dazlan.. Tanpa menunggu Dazlan berbicara dia melangkah masuk menuju ke arah Danish..

" Denyutan nadi dia rendah..nurse kita buat pemeriksaan kepadanya dan minta kedua ibu bapanya untuk berada diluar seketika.." Arah doktor tadi kepada salah seorang lagi nurse..

" Encik..Puan.. sila ikut saya .. Doktor mahu melakukan pemeriksaan ke atas anak Encik dan Puan.." Pinta Nurse muda tersebut..

Raisya dan Dazlan mengikuti langkat nurse tersebut dengan rasa hati yang amat berat sekali untuk melangkah keluar dalam keadaan Danish yang bertaruh nyawa..

Doktor meneruskan pemeriksaannya ke atas Danish.. Bermacam cara dilakukan namun dengan kehendakNya..kuasaNya.. Danish akhirnya tersedar dari komanya.. Doktor muda itu tersenyum memandang ke arah dua orang nurse bersamanya ..Mereka saling berbalas senyum..

" alhamdulilah.. Dia sedar.. nanti kamu pindahkan dia ke wad kanak kanak.. " arah doktor tersebut lalu dia melangkah keluar dari bilik rawatan rapi ..
Raisya dan Dazlan menunggu di luar dengan bermundar mandir..

" Encik..Puan.." panggil Doktor yang merawat Danish..

" Doktor.. macam mana anak saya.." Tanya Raisya kepada doktor muda itu..

" Alhamdulilah puan.. Anak puan dalam keadaan yang stabil.. sekejap lagi kami akan pindahkan dia ke wad kanak kanak biasa.." Kata doktor tersebut sambil tersenyum kepada mereka..

Dazlan kemudian bersujud di lantai hospital sebagai tanda kesyukuran kepada ilahi..

" Alhamdulilah.. terima kasih doktor..." Kata Raisya kepada doktor tadi ..

" Syukur ..alhamdulilah Sya.. anak kita sihat.." Dazlan memeluk kejap isterinya..


************************

Beberapa bulan berlalu.. Tengku Alia akhirnya ditangkap bersama dua lagi orang upahannya.. Tengku Alia di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas beberapa tuduhan, pecah amanah syarikat, kes pembunuhan terancang ke atas arwah suaminya Tengku Dahlan, melakukan kes penculikkan dan niat cubaan membunuh menantu dan cucu nya .. Segala perbicaraan dan setiap tuduhan yang dibacakan , Tengku Alia mengaku bersalah dengan semua tuduhan keatasnya..

Sebelum mereka semua keluar dari ruang perbicaraan.. Tengku Alia sempat berbicara kepada Daniel dan Dazlan..

" Ibu minta maaf .. Ibu kejam..ibu berdosa pada korang.. ibu tamak..ibu menyebabkan Ellyana meninggal dan ibu juga membuat kamu semua hampir kehilangan Danish.. Ibu minta maaf sangat sangat.."

" Sudah lah ibu, semuanya dah terlambat..ibu pun dah terima balasan yang setimpal.. Kalaulah ibu dengar apa yang Daniel kata kan dahulu..ibu tak akan meringkuk dalam penjara tu.. Sekarang ibu terimalah hukuman atas semua kesalahan yang ibu dah buat.. ibu bunuh isteri Daniel...ibu jahat..kejammm!!!!" Amarah Daniel yang selama ini terbuku dihati akhirnya terluah jua..

" Daniel.. kenapa cakap dengan ibu macam tu.. mengucap Daniel.. ingat Allah.. lagi pun ibu dah insaf.. semua manusia pernah melakukan kesalahan.. ibu pun dah minta maaf kan.. Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampun kan umatnya inikan pula kita hanya manusia biasa Daniel.." Nasihat Dazlan kepada Daniel..

" Tak apa Lan.. ibu faham..terima kasih Lan sudi maafkan ibu..ibu pergi dulu.." Tengku Alia berlalu pergi dengan riak wajah yang suram.. namun langkah nya terhenti ketika dia mendengar Daniel memanggilnya..

" ibu..tunggu.." Daniel melangkah ke arah ibunya lalu mencium tangan ibunya..

" Daniel minta maaf atas kekasaran Daniel pada ibu..dan Daniel maafkan ibu.." Kata Daniel membuatkan ibunya tersenyum..

" thank you Daniel..ibu pergi dulu.."

Tengku Alia pergi meninggalkan mereka di ruang perbicaraan itu sedikit lega.. Sekurang kurangnya dia tahu anak anaknya sudah memaafkan nya..

" Jom balik.. lepas ni..kita bina kehidupan yang baru.. Urm.. Daniel.. abang nak tanya satu soalan boleh.."

" Apa dia..tanya lah.."

" Kalau lah suatu hari nanti ..Daniel terjumpa seseorang..Daniel bersedia nak kahwin lagi.." Dazlan sengaja menduga apabila dia melihat ke akraban Zara yang selama ini menjaga anak perempuan Daniel..

" Maksud abang.."

" Daniel..tak perasan ke macam mana hubungan Zara dengan anak Daniel.. Daniel tak rasa ke yang Zara tu sesuai untuk jadi ibu kepada Elena.. Elena perlukan kasih sayang seorang ibu.."

" Daniel tahu tu abang.. tapi Daniel tak bersedia lagi.. Daniel masih tak boleh move on dari Ellyana..Insyallah Abang.. kalau ada jodoh tak akan kemana..betul tak.." kata Daniel kepada Dazlan..

" Ya lah.. Abang cakap je.. jangan nanti terlepas sudah.. " Dazlan mengusik Daniel..

" Abang nie.. insyallah tak lepas punya.." kata Daniel.. Namun jauh di sudut hatinya, Dia masih lagi mencintai Ellyana..Hanya perempuan itu yang bertaktha dihatinya setelah kisah cintanya bersama Raisya tidak kesampaian..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience