BAB 4

Family Completed 5059

Hari yang di tunggu kunjung tiba.. Majlis pernikahan kedua anak Tengku Dahlan akan di ijab kabulkan.. Majlis akad nikah dilakukan secara bergilir bermula dengan akad nikah di antara Tengku Dazlan Mahadi dengan Raisya Aurell dan akad nikah terakhir di antara Tengku Daniel Ashraf dengan Ellyana Maria..

" Boleh kita mulakan sekarang.." tanya Tok Kadi kepada pengantin dan tetamu yang hadir..

Rata rata mereka mengangguk dan mereka tidak sabar mahu menyaksikan majlis pernikahan dua beradik Dazlan dan Daniel..

" Baik lah.. kamu ikut apa yang saya ucapkan nanti..boleh.." tanya Tok Kadi kepada Dazlan..

" baiklah.." kata Dazlan sedikit terketar..

" SAYA NIKAHKAN DAN KAHWINKAN AKAN DIKAU DAZLAN MAHADI BIN DAHLAN DENGAN RAISYA AURELL BINTI RAHMAN BERWAKIL WALI BAPANYA KEPADA SAYA DENGAN MASKAHWIN SEBANYAK SERIBU RINGGIT MALAYSIA DIBAYAR TUNAI.."

" AKU TERIMA NIKAHNYA DAN KAHWINNYA RAISYA AURELL BINTI RAHMAN DENGAN MASKAHWIN SEBANYAK YANG TERSEBUT DIBAYAR TUNAI.."

" SAH.." Tok kadi bertanya kepada saksi yang ada di majlis tersebut..

" SAH..SAH..SAH.." kata mereka serentak..

"ALHAMDULILLAH..Marilah kita bersama berdoa kesyukaran atas kelancaran majlis ini.." kata Tok kadi..

Dengan sekali lafas Raisya sah bergelar isteri kepada Dazlan dan dia harus melupakan kekasihnya Daniel.. Airmata yang mengalir membasahi pipinya dan segala perasan yang bercampur baur hanya Tuhan yang mengetahui..

Di saat tangannya di sentuh untuk upacara menyarungkan cincin dan membatalkan air sembahyang.. Airmatanya semakin laju membasahi pipinya kerana sebentar nanti dia akan mendengar lafaz akad nikah kekasihnya Daniel dengan perempuan lain..

" Assalamualaikum Raisya.. izinkan abang untuk menjaga Raisya hingga ke jannah.." bisik Dazlan kepada Raisya..

Raisya hanya mengangguk lalu tunduk mencium tangan seorang lelaki yang bergelar suami kepadanya.. Dazlan tahu Raisya bersedih di hari pernikahan mereka..Namun Dazlan bertekad untuk mengubah takdir cinta Raisya dan Daniel kepada cinta nya..meski pun itu hanyalah Cinta yang kedua..

Selesai segala sudah urusan pernikahan dua beradik tersebut.. Majlis persandingan di jalankan di sebelah malam dengan majlis yang meriah dan serba gah di serikan oleh keempat mempelai..

Segala apa yang baik datang dariNya dan segala yang buruk datang dari kita sendiri.. Mencintai tidak semestinya harus memiliki..

*******************************************

Raisya masuk ke dalam bilik yang dihias indah dan bakal menjadi ruangannya bersama Dazlan lelaki yang sebentar tadi dinikahkan dengannya.. Raisya melabuhkan punggung nya diatas sofa yang ada di bilik tidur itu.. Keletihan yang melanda amat memenatkan badannya di tambah lagi dengan kehamilannya.. Dazlan yang baru melangkah masuk ke dalam bilik melihat Raisya duduk termenung dan menampakan kesedihan di wajahnya.. Perlahan lahan Dazlan berjalan menghampir Raisya..

" Sya.. kenapa tak mandi lagi.. Raisya dah solat..kalau belum..mari kita solat bersama.." ajak Dazlan..

" baiklah.. sekejap.. Sya mandi dulu dan ambil air sembahyang sekejap.." kata Raisya bersahaja..

Raisya lalu berjalan menuju ke bilik air..manakala Dazlan menanti di gilirannya..

Seusai solat menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan Dazlan.. Dazlab menghulurkan tangan nya untuk menyalami dan menyudahkan dia menjadi imam untuk pertama kali buat isterinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience