BAB 15

Family Completed 5059

Danish membesar dengan sempurna selepas kejadian yang menimpanya satu ketika dahulu.. Kini kehidupan mereka bertambah baik dengan kehadiran anak perempuan yang sangat di inginkan oleh Dazlan.. Daniel dan anaknya berhijrah ke luar negara bersama Zara.. Zara kini menjadi isteri Daniel.. Mereka betiga berhijrah keluar negara untuk memulakan kehidupan yang baru..

Dazlan dan Raisya serta anak anak mereka juga hidup dengan aman dan bahagia.. Dazlan akhirnya berjaya menjadi usahawan terkenal di seluruh dunia.. Raisya pula sudah menerima kenyataan dan takdir hidupnya..

" Terima kasih Ya Allah.. kau kurniakan aku seorang suami yang sangat baik dan anak anak yang soleh dan solehah.. Aku bersyukur sangat dengan kehidupan aku yang sekarang.. syukur alhamdulilah.." Kata Raisya di dalam hatinya..

" Sayang..jauh termenung.." Dazlan datang bersama dua anak nya..

" mama..tengok apa tu.." Tanya si Danish..

" Tak ada apa sayang.. Mari sini..mama nak cium.." Dia mencium kedua dua anaknya..

" abang..terima kasih sebab sudi terima Sya dan Danish dalam hidup abang.."

" sepatutnya ..abang yang berterima kasih pada sayang sebab sayang sudi terima abang dalam hidup sayang..Abang bahagia sangat bila sayang dapat terima abang dalam kehidupan sayang dan terima kasih sebab sayang izinkan abang untuk menjadi ayah kepada anak anak kita..meskipun abang ni cinta yang kedua dalam hidup Sya.."

" Abang..walaupun itu cinta yang kedua..tetapi cinta yang kedua ni juga yang buat Sya bahagia..dan semoga cinta yang kedua ini akan sampai ke jannah..insyallah abang.."

" insyallah...dengan izinnya..abang akan jaga keluarga abang sebaik yang mungkin dan tak akan ada sesiapa yang berani meruntuhkan rumah tangga kita..itu janji abang.."

Kebahagian lambat atau cepat akhirnya datang jua.. Meskipun cinta mereka cinta yang kedua, itu sudah cukup untuk bahagia.. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.. Cinta yang hadir juga boleh pergi seperti kehidupan manusia..ada yang pergi ada juga yang datang.. Bersyukur ke atas nikmat yang Tuhan berikan kepada kita.. Menerima kehadiran orang lain meskipun ia yang kedua sungguh bermakna dalam hidup kita..

- SEKIAN TERIMA KASIH..TAMAT..-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience