BAB 8

Family Completed 5059

Dazlan yang baru selesai mandi berkira mahu menunaikan solat memandangkan isterinya tidak dapat bersolat bersamanya .. Sejadah baru di bentang telefon bimbitnya pula berbunyi.. Dazlan bingkas bangun melihat siapa pemanggil di waktu sebegitu..

" assalamualaikum abang.. Daniel nak jumpa abang sekejap boleh.. " kata Daniel dari corong telefon..

" waalaikumussalam .. Baiklah ..nanti kita jumpa dekat tempat biasa .. abang nak solat dulu.. Daniel jangan lupa solat.. Solat tiang kehidupan kita untuk kearah yang lebih baik .. " ujar Dazlan ..

" baiklah bang..thanks..." Daniel mematikan panggilan nya..

Dazlan terus menunaikan ibadah nya.. Raisya pula hanya memerhati gerak geri suami nya dari celah pintu ..

" Mahu di tanya takut tersalah tanya.. tak tanya hati pula ingin tahu.." kata Raisya di dalam hati..

Dengan perlahan lahan Raisya masuk ke dalam bilik takut menggangu Dazlan yang tengah khusyuk menunaikan ibadahnya.. Tenang sahaja riak wajah Dazlan.. di kala itu satu perasaan yang tidak pasti menyelinap masuk ke dalam hati Raisya..

" mungkin sudah tiba masanya..kau harus menerima kehadiran Dazlan dalam hidup kau..kerana kita tak tahu berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini Sya.. ingat Sya, setiap apa yang berlaku sudah pasti ada hikmah nya.. memohon pada yang maha Esa.. mohon petunjuk darinya.. " tiba tiba Raisya teringat akan satu pesanan dari Zara padanya satu ketika dahulu..

Raisya semakin keliru..dari sudut yang lain dia mengasihi lelaki yang bergelar suami padanya tetapi dari satu sudut yang lain ,dia masih menaruh harapan pada Daniel..

" Ya Allah.. berdosanya hamba mu ini kerana telah mengabaikan tanggungjawab ku pada suamiku.. Aku berdosa kerana aku tidak memberikan sepenuh hatiku padanya dan aku berdosa kerana aku mencintai lelaki lain.. hamba minta maaf kerana semua kelalaian hambamu ini.." kata Raisya di dalam hati..

" Sya.. Sya okey ke.. abang nak keluar jumpa Daniel.." kata Dazlan

" Sya ok abang .. abang keluar dengan Daniel, kenapa bang??" Raisya bertanya..

" tak tahulah Sya.. Daniel tiba tiba nak jumpa abang..katanya ada benda nak bagitahu.. Sya dengan Danish tidur lah dulu..tak perlu tunggu abang ..mungkin abang balik lambat sikit.."

" ermm....baiklah abang..hati hati bawa kereta ..assalamualaikum.." kata Raisya lalu menyalami tangan Dazlan..

" waalaikummussalam..bye."


*****************

Cafe Erotik..

" Daniel...assalammualaikum..."

" waalaikumsalaam abang..sila kan duduk..oder minum ke..atau nak Daniel oder kan ..."

" macam biasa lah Daniel.." kata Dazlan..

" Baiklah..abang tunggu sini sekejap.."

Tidak lama kemudian Daniel datang bersama dua cawan coffee..

" thanks Daniel..urmmm...ada apa nak jumpa abang waktu macam ni.." Dazlan bertanya.

"macam mana nak cerita pada abang..hurmmm" Daniel mengeluh

" ala Daniel.. cerita je la..macam berat sangat masalah tu.."

" cerita dia macam ni abang.." Daniel memulakan cerita nya...

Dazlan dengan tekun nya mendengar setiap inchi cerita yang keluar dari mulut Daniel..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience