Rate

3

Family Series 2628

Ingatan Meyra tentang kejadian 5 tahun lalu menjelma semula disaat dia tahu Puan sri Saleha juga mengetahui mengenai pembahagian harta wasiat arwah ayahnya.

"Takkanlah ada kaitan?"Ujarnya.Dia bersandar dikerusi dan memikirkan dengan lebih teliti.

tok tok tok pintu pejabatnya diketuk dari luar.

"Masuk."arahnya.

"Meyra!"Pintu dikuak dan namanya dijerit dengan kuat.Meyra terkejut dengan tetamunya saat ini.

"Fhaliq?"ungkapnya terkejut."Kau buat apa dekat sini, bukan kau dekat Australia ke?" ungkap Meyra datar.

"Sayang...aku balik rindu kau.. lagi pun duduk sana bosanlah tak de kau."

"Kepala acik kau."

"Eleh main acik-acik pula betullah rindu kau nasib baik kau perempuan tau kalau tak dah lama aku...eyhh" sambil menunjukkan simbol memeluk.

"Gilakah apa?" ungkap Meyra kepada Fhaliq dengan tatapan geli.

"Kahwin dengan aku? nak tak?..hmm?" ucap Fhaliq seakan bergurau tapi berbaur serius.

"HAHAHHAHHAA kau sendiri tahu aku mati rasa dengan benda yang berkaitan perasaan ni."Ucap Meyra berbicara dengan Fhaliq ,Fhaliq duduk dihadapan Meyra.

"Aku tahu sebab tu aku je yang sanggup berkawan dengan kau, kalau yang lain tu lama dah chau kena mental dengan kau." ujar Fhaliq sedikit bangga.

"Mengarut"ungkap Meyra.

"By the way, sebelum sampai sini tadi aku nampak encik Osman peguam arwah ayah kau, dia buat apa?"tanya Fhaliq kepada Meyra .

"Dia buat kerja."Datar dan mampu merubah reaksi Fhaliq terhadap Meyra.
Meyra bangun dari tempat duduknya dan kembali ke meja kerjanya.

"Ya Allah, ya tuhan ku geramnya aku dengan minah ni."Ungkap Fhaliq geram sambil menadah tangan seakan berdoa.

Meyra tidak memberi reaksi hanya pandangan hambar yang diberikan."Dah habis cakap?,bolehlah balik rumah, aku tahu kau penat perjalanan jauh lepas tu datang pula dekat sini."
tambah Meyra lagi kepada Fhaliq.

"A'ah dah habis dah,aku nak chau lah ni tak yah halau."dia berbunyi seperti merajuk dan bangun dari tempat duduknya untuk menuju kepintu.

"Jangan lupa tutup pintu."Pesan santai Meyra.

"Ihh kau ni kan memang tak reti nak pujuklah, aku merajuk ni,Mey! pujuklah aku!!"Laung Fhaliq didepan pintu sambil menghentakkan kaki seperti anak kecil dan disaksikan oleh pekerja lain diluar.

"A'ah aku tak reti, baliklah"Jawap ucap Meyra melihat gelagat sahabatnya itu.

tersipu malu Fhaliq apabila pekerja lain mula tertawa dan bercakap-cakap antara mereka.

Dia menyeret bersama langguge yang dibawanya pulang kerumah.

"Mey..Mey lama² cair juga nanti kau dengan aku"Ujarnya sambil berjalan meninggalkan pejabat Meyra.

***
"Panglima hans estate, anak, acik saleha, arwah Airel,wasiat abah.....semua ni ada kaitan."Meyra berfikir dengan mengetuk-ngetuk pensilnya di meja.

"Siapa punca dan siapa mangsa?" ujarnya lagi.

"Sebab duit manusia menjadi raksasa."tambahnya.

Dia kembali memulakan kerjanya yang tertangguh tadi namun tanpa disedari ada salah seorang pekerjanya ralit memerhatikan tindak tanduknya.

***
"Kau kena awasi sesiapa saja yang rapat dengan Meyra,kalau boleh hapuskan sekaligus."
ucap sipemanggil "Baiklah" Isyan mematikan panggilan sebaik saja menerima arahan dari sipemanggil.

Dia bergerak dari dalam tandas menuju kepantri,sekarang waktu rehat para pekerja banyak berkumpul ditempat makan pekerja banyak yang mula bergosip.

Isyan menuju kesalah sebuah meja yang mengumpulkan rakan-rakan kerjanya.

"ehh korang nampakkan tadi lelaki yang depan pintu bilik cik Meyra tu?"

"A'ah nampak!! hensem gilaa dahlah tinggi ,kulit sawo matang,mata bersinar pula tu."

"Memang taste aku lelaki macam tu, kalau dapat kat aku,aku takkan lepaskan."

mereka saling berbagi pendapat mengenai Fhaliq.

"Korang rasa apa hubungan dorang eak?"Isyan mula mengajukan soalan.

"Entah tak tahu, tapi masa lelaki tu datangkan..aku lalu dekat pejabat cik Meyra.. then that guy call cik Meyra "sayang" hahh.."Ucap salah seorang pekerja bernama nita dengan gaya tangan dua di cangkuk.

"Sayang?..someone speciallah tu kot.."Ucap seorang lagi pekerja dengan nada hampa...baru meletakkan harapan ingin menjadikan calon.

"And you know what guys..i kan dah lama kerja sini so i ada dengarlah yang actually cik Meyra tu dah kahwin but she husband...."Tangan nita ditepuk dari bawah dia berhenti bercakap dan melihat ada sosok Meyra berjalan menuju ke pantri.

Semua mata tertumpu kepadanya, "why?"soal Meyra.Bingung dengan pekerjanya memberi senyuman.

"No nothing, you look pretty as always"ucap Nita menunjukkkan gigi jonggangnya.

Meyra berhenti di tempat kopi 3in1 dan mengambil sepaket, dibelakangnya mereka kembali menyambung tajuk bualan dengan topik yang lain.

Isyan memberanikan diri bertanya kepada Meyra.
"Hmm..miss can i ask you something?"ujarnya.

Meyra yang siap membancuh kopinya berpaling kearah Isyan dengan membawa bancuhan kopinya.

"Yes?" ucapnya.

"sebentar tadi,i ada nampak a guy datang jumpa u and who is he?"Isyan bertanya takut-takut kerana Meyra seorang yang savage bila menjawap.

"Kawan"ujar Meyra melihat sekilas kearah Isyan dan meneruskan perjalanannya kearah pejabatnya.

"Kawanlah guys nothing special."Pekerja bernama lina yang tadinya meletakkan harapan kepada Fhaliq kini kembali bersemangat kerana tahu Meyra dan Fhaliq hanya berkawan.

Mereka menyambung akitiviti rehat sebelum kembali bekerja semula.

***
"Assalamualaikum."Fhaliq melanggkah masuk kerumahnya.

"Banyak dah berubah,tapi kau tetap sama."Ucapnya sambil menunjuk gambar Meyra yang terpampang besar didinding biliknya.

Dia menyelak langsir biliknya dan terlihat beberapa menara yang sedang pesat membangun."Dulu tak ada bangunan,sekarang banyak dah bangunan."ungkapnya lagi dengan berdiri di balkoni rumahnya.

"10 tahun berlalu dengan pantas macam-macam dah berlaku dan aku masih diposisi yang sama menanti sebuah harapan yang tak tahu bila aku boleh dapatkan."ucapnya sebelum berlalu duduk dibuaian besi.

10 tahun melarikan diri ke Australia dan memulakan sebuah perniagaan disana demi memberi ruang kepada sahabatnya untuk lebih dekat dengan orang yang dicintainya bukan mudah.

Dia gembira mendengar kisah Meyra dengan Airel yang menjadi kekasih setelah 5 tahun dia di Australia hal itu menguatkan lagi hijrahnya untuk melupakan Meyra baginya Meyra sudah menjadi milik Airel.

Laungan Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu asar.Fhaliq bingkas bangun dan menunaikan solat.

Didalam doanya sentiada ada Meyra dan mungkin takdir ini menyatukan mereka semula di pertemuan kali ini.
****
"Menurut wasiat kalau Meyra tak mendapat anak sehingga usianya mencecah 31tahun maka harta yang ditinggalkan untuk Meyra boleh dipinda nama keatas nama i , tawaran wasiat Dato Adam memang amazing."Ungkap Puan sri Saleha yang sedang duduk meja soleknya dan dia sedang bercakap bersama pembantu setianya Salmah.

Salmah hanya menggangguk tanda mengiyakan kata-katanya.

"U know what Salmah Dato' dah buat wasiat ni lama and i adalah salah seorang tahu tentang benda ni."Ujar Puan Sri Saleha bangga.

"Macam mana u tahu Puan Sri? Hal seperti inikan sulit hanya penguam yang bertugas saja yang tahu."Ucap salmah bingung.

"Binggo tepat sekali Salmah." ucap Puan Sri Saleha lagi menambahkan kebingungan Salmah ketika itu. Puan sri Saleha hanya tersenyum merenung cermin melihat wajahnya yang awet muda meski di usia 67tahun.

Salmah yang bingung menggaru kepala yang tak gatal dan meneruskan kerjanya mendandan rambut Puan Sri Saleha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience