Rate

4

Family Series 2628

Pantai, aroma laut yang menenangkan, setiap hari waktu petang Meyra memang akan selalu meluangkan masanya untuk kepantai.

Deruan ombak yang memukul pasir menjadi penenang Meyra akibat tekanan kerja.
Kakinya melukis sesuatu dipasir.

Kadang dia terfikir semua yang terjadi ini adakah sebahagian tanda untuk dia berubah kearah lebih baik teguran demi teguran yang allah berikan kepadanya untuk mendaji sosok manusia yang lebih baik.

"Apa lagi lepas ni?" ungkapnya sayu kakinya masih menguis pasir pantai ,cahaya matahari terbenam dicantum dengan laut sangat indah ia juga lambang cintanya bersama Airel.

Dia mulakan perjalanan balik apabila hari mula melabuhkan tirainya.

****
Seusai menunaikan solat Isya' dirumah.
Telefon dicapai Meyra memanggil nombor Fhaliq dan dia menceritakan hasratnya.

"Oke bye" Meyra menutup panggilan dan mula bersiap.

Didalam kereta, Meyra mula memandu dan menuju ke destinasi yang dijanjikan untuk bertemu Fhaliq.

"HOTEL TRANSVANIA"ungkap Fhaliq melihat papan tanda hotel yang beritahu Meyra.

"Yang pelik-pelik aje."Tambahnya lagi,sambil mengelengkan kepalanya.

"Meyra sudah sedia menunggu disana, dia melambaikan tangannya apabila melihat sosok Fhaliq.

Meyra mengenakan niqab untuk tujuan perlindungan kerana dia tahu ada mata-mata yang memerhatikan setiap gerak-gerinya.

Fhaliq juga dipinta untuk memakai hoodie,mask dan topi bagi menutup wajahnya.

Mereka duduk berhadapan.

"Thanks sebab ikut arahan aku." ujar Meyra.

"Takde hal lah"balas Fhaliq.

"So, apa rancangan kau sebenarnya?, kenapa perlu macam ni?"Fhaliq mula bertanya, tiba-tiba dia diarahkan berbuat demikian dan dia hanya mengikutinya tanpa banyak soal.

"Aku straight to the point,Kahwin jom." Meyra menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan dan menyatakan niat nya.

Fhaliq terpempan. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Meyra sebentar tadi."Betul ke?, ke cuma imaginasi aku je? Tak mungkinlah..Mungkin hanya aku yang berkhayal."Ucapnya dalam hati.

Dia cuba mencubit pehanya sendiri."Auuww!"Di menjerit sendiri.

"Oii kau pahal" Meyra terkejut penyataannya dibalas jeritan.

"Kau cakap apa tadi?"

"Oii kau pahal?" Meyra mengulang semula ayatnya bingung dengan seseorang dihadapannya.

"Tak bukan yang ni, yang sebelum tu?"

"Kahwin dengan aku."Meyra menyandarkan belakangnya kekerusi.

"Betullah ni kan?, aku tak mengelamun?" Tanya Fhaliq lagi.

"Tak Fhaliq, kau tengok mata aku ni seriuskan? ada benda yang aku perlu selesaikan dengan memulakan perkahwinan."Ucap Meyra tegas.

Fhaliq terpesona dengan mata Meyra yang cantik di sebalik niqab dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.Istigfar di dalam hati.

Dia tidak fokus dengan apa yang disampaikan Meyra.

"Oke aku setuju."Fhaliq membalas setuju, itu yang dimahunya selama ini Meyra akhirnya dapat melihat cintanya, namun tidak bagi Meyra perkahwinannya bukan atas dasar cinta melainkan untuk menyelesaikan sengketa dan merebut Panglima Hans Estate.

"Ada beberapa syarat yang aku akan berikan masa lepas kita nikah nanti."Ucap Meyra kepada Fhaliq.

"Okey"

"Tapi kau pun boleh letak syarat dan kau cetak sedia syaratnya dan lepas nikah nanti kau serahkan pada aku"tambah Meyra lagi.

"Kita nikah ni besar-besaran ke?" Fhaliq pula yang mengajukan soalan.

Dia mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja.

"Tak, tertutup dekat pejabat agama, pukul 9 pagi esok, aku dah send alamat dekat engkau."Ujar Meyra tekun menaip sesuatu di telefonnya.

"Wow impressive."Ujar Fhaliq sedikit speechless dengan kata-kata Meyra.

"Takyah nak terkejut sangat, lagipun kau dah ada sijil nikahkan?" Tanya Meyra.

Meyra tahu kerana mereka bertiga ketika itu bersama mengambil kursus kahwin.

"A'ah"Balas Fhaliq.

"Dah deal, jumpa esok ditempat yang aku bagi."Meyra Bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju keluar dari hotel tersebut.

setelah keluar dia terlihat ada sosok kereta yang mengekorinya baru masuk kejalan hotel tersebut.

"Hmm lambat!"Ujar Meyra*smirk ditunjuk.

"Cantik pula dia macam tu, aku kena masukkan dalam list ni."Ujar Fhaliq sebelum berlalu keluar.

Dia terdengar sosok seseorang bertanya kepada kaunter dengan tentang pelanggan bernama Meyra Medina.

Tapi pelayan tetamu tersebut bersikeras tidak mahu memberitahu.

"Siapa pula tu?"Ungkapnya tapi tak menghiraukan dan meneruskan perjalanannya untuk pulang.

Sukar untuk diterima otak keadaan Fhaliq saat ini,dia tersenyum sendiri didakam keretanya Meyra wanita yang dicintainya mengajaknya bernikah? Sulit untuk diterima otak tapi itulah kenyataannya.

"Ahahahhaa, gila ..gila...Fhaliq...Fhaliq kau memang gila.."Ujarnya menekup muka malu dengan keadaan.

"Buat syarat lagii tapi tak apa demi Meyra."

***
Pukul 9 Pagi diperkarangan bangunan jabatan agama islam Fhaliq siap berpakaian baju serba putih sedikit gugup sebentar lagi akad nikahnya dengan Meyra akan dimulakan.

Imam dan tok kadi sudah masuk kebilik nikah dan Fhaliq dipanggil masuk dan dijemput duduk dihadapan kadi.

Meyra melangkah masuk kebilik tersebut dengan memakai baju kurung moden serba putih tidak lupa memakai niqab dia tidak ingin identitinya terbongkar oleh mata-mata yang senantiasa memantaunya.

Setiap langkah Meyra menuju ke kerusi di belakang Fhaliq, mata Fhaliq tidak lepas memandang wanita idamannya itu sangat sempurna dimatanya walaupun hatinya keras seperti batu.

"Mata tu jaga sikit! tak lari bakal bini tu"Tok kadi menepuk Fhaliq, disambut tawa oleh tok imam dan beberapa orang saksi yang hadir dimajlis nikah tersebut.

"Baiklah semua dah ada boleh kita mulakan?" ungkap tok kadi.

"Ya"Sahut semua yang ada.

"Bismillah" Ucap tok kadi dan tangan Fhaliq disalam untuk mengangkat nikah.

Meyra berdoa didalam hatinya."Ya allah selamatkanlah perjalanan ijabkabul ku kali ini, sesungguhnya tiada kuasa yang lebih kuat daripada kuasa mu ya Allah."

"Sah?"
"sah!"
"Sah!"
"Sah"
"SubhanAllah,Alhamdullilah, Tahniah encik Fhaliq."Tok kadi bersalam sekali lagi, sebelum menyuruh menandatangan di beberapa dokumen.Meyra jua diberikan dokumen yang sama untuk ditandatangani.

"Fhaliq bolehlah pergi dekat isteri acara batal air wudhuk."ujar Tok imam.

"Ye, walaupun kamu berdua nikah dekat sini buat juga seperti yang orang lain buat besar-besaran." Ujar tok kadi pula menyokong penyataan tok imam.

Beberapa saksi perempuan membantu Meyra.
Fhaliq menuju kearah Meyra dan memegang ubun-ubunnya sebelum membaca doa.

syahdu kedengaran suara Fhaliq ,Meyra kembali terimbau saat dia menikah dengan arwah Airel bacaan yang sama namun suasana dan perasaan yang berbeza.

Habis saja acara itu Fhaliq duduk disamping Meyra kerana pegawai yang menurus sijil nikah mereka mengarahkan mereka menunggu untuk sijil dicetak keluar.

Fhaliq memula bicara."Welcome to my life, Mrs Dheo."Ucapnya buat pertama kali selepas Meyra sah bergelar isterinya.

Meyra menoleh kearahnya mengamati Fhaliq dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Aku tak nak kau berharap lebih."Ungkapnya.

"Encik Dheo Fhaliq? dan Puan Meyra Medina?" Soal pegawai tersebut menyebut nama kedua-dua mereka, dan mereka bingkas bangun.

"Ini sijilnya,tahniah"dia menghulurkan sijil nikah mereka dan disambut senyuman manis Fhaliq.
"Terima kasih"Balas mereka berdua dan berlalu pergi, Meyra seperti biasa berjalan laju meninggalkan sang suami.

"Mey tunggu!" Laungnya.

"Cepat!" Balas Meyra dia menunggu sebentar dan menarik tangan Fhaliq lalu digenggam dan dibawa berjalan laju bersama.

Situasi Fhaliq saat ini seperti diawang-awangan ditarik oleh bidadari idamannya.Dia blushing sendiri.

"Mey?! nak kemana laju-laju ni?" tanyanya sambil tertawa.

"Aku taknak orang nampak atau cam kau dan aku dekat sini."Terang Meyra.

Fhaliq hanya diam mengangguk.Didalam lif, tangan Meyra masih setia menggengam tangan Fhaliq.Fhaliq diam-diam memfoto tangannya digenggam.Blushing!.

"Kalau setiap detik macam ni boleh lemas aku"Ujarnya teruja dalam hati.

Ting! lift dibuka mereka sampai ketingkat bawah dimana kereta Meyra diparkingkan.
"Kau tak bawa keretakan?"Meyra cuba memastikan.

"Yup, dah kau suruh aku naik teksi."Fhaliq menoleh kearah Meyra.

"Bagus"ucap Meyra.Tangan yang suaminya yang digenggamnya dilepas seketika dia mencari kunci kereta.

kunci di tekan kereta berwarna hitam jenama CRV menyala menandakan kereta Meyra.

Fhaliq terkejut Meyra melepaskan tangannya,"Dah habis dah fasa manis"Monolognya dalam hati nafas dihembus berat.

"Kau kenapa sesak nafas ke?"Meyra mencerlung kearah Fhaliq yang menghembus nafasnya dengan berat.

"Tak.."Ucapnya dengan nada hampa.

mereka berjalan bersama menuju kearah kereta itu."Bak sini kunci biar Abang Fhaliq bawa"ucapnya sambil jarinya meminta kunci dari Meyra.

"Tengkorak kau!" Meyra malas melayan dia baling kunci dan disambut oleh Fhaliq dan dia masuk kedalam kereta.

pintu kereta ditutup bersama, kereta dikemudi menuju kedestinasi yang diarahkan oleh Meyra.
***
"Ada apa-apa info setakat ini?"Puan sri Saleha bertanya kepada pembantunya.

"Tak ada puan"pembantunya yang membawa gelas berisi air teh meletakkan minuman tersebut diatas meja didepan Puan Sri Saleha.

"Semalam apa cerita?" Puan sri saleha mengangkat cawan berisi teh itu dan disua kemulutnya.

"Terlepas puan."Ucap pembantunya takut-takut.
cawan teh tadi diletak kembali diatas pinggan kecil dengan perlahan Puan Sri Saleha merenung pepohon hijau dihadapan halamannya.

"korang tidur ke buat kerja?" sebaris ayat yang sukar dikenal pasti tahap kemarahannya.

"Kerja puan, tapi..."

"Ada aku suruh beri alasan?"Puan sri saleha mencerlung kearah pembantunya tajam.

"lepas ni ekori dia sampai kelubang cacing,aku nak tahu setiap inci perbuatan dia!" tegas dan jelas arahan Puan Sri Saleha.

"Meyra masuk lubang cacing ke puan?" pembantu Puan Sri saleha bertanya hati-hati dan menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Ishh kau ni aku baru nak menjiwai watak, bengaplah kau ni! dahlah malaslah dengan pembantu macam kau ni!!" ujar Puan Sri Saleha geram dengan kelembapan Minah pembantunya dia meninggalkan Minah sendiri diluar dan berlalu pergi kedalam rumah agam.

Minah menganti duduk ditempat Puan Sri Saleha sambil tertanya-tanya"Salah ke aku cakap?" ujarnya.

***
Cameron Highland.

"Kita honeymoon dekat sini ke?"

"Tak. kita akan tinggal dekat sini buat sementara waktu."Balas meyra, Fhaliq lantas menoleh kearah isterinya.

"So how about your work?, jauh tu ulang-alik dari sini ke tempat kerja kau."ucap Fhaliq bertanya.

"sementara ni aku kerja dekat sini sebab aku nak buka cawangan baru." terang Meyra pula.

"Ouh.."Dia meneruskan pemanduan sehingga sampai kesatu rumah diatas bukit.

cuaca dingin membuatkan Meyra menghembus nafasnya ketangan memberi kehangatan.

Tepat jam 8 malam mereka sampai disana perjalanan yang sangat jauh.

membuatkan Meyra meregangkan tubuhnya apabila keluar dari kereta.

Mereka ada juga berhenti di R&R untuk makan dan dibeberapa masjid untuk solat.

"Penat?" tanya Fhaliq kepada Meyra yabg meregang tubuhnya.

"Mestilah, kau ingat badan aku ni besi tahan macam tu je" ucap Meyra dan berlalu meninggalkan Fhaliq.

Rumah pilihan Meyra terletak jauh diatas bukit dan tiada kejiranan ,dia suka kesunyian.

"Hebat gak tempat ni ekk tak pernah aku nampak kawasan yang tenteram macam ni."ujar Fhaliq meneliti rumah tersebut setelah dia masuk.

Meyra segera naik ketingkat atas untuk menukar baju dan merehatkan dirinya.

"Mey?" kau dekat bilik mana? and baju aku untuk tukar ada tak?" tanya Fhaliq bila dia tidak terlihat kelibat Meyra.

"Bilik satu!" laung Meyra dari dalam.

"Ouh oke!" balas Fhaliq. Dia mebuju kebilik satu seperti yang diberitahu Meyra.

Rumah tersebut mempunyai rekaan yang unik ada 3 bilik dan setiap bilik ada labelnya.
Pintu bilik diketuk sebelum masuk namun tiada sahutan,lebih dari 3 kali Fhaliq membuka pintu tak berkunci."Mey?!, aku masuk ni? aku dah ketuk tapi kau tak sahut" ujar Fhaliq dia masuk perlahan-lahan keadaan bilik yang terang-benderang tapi sosok isterinya tiada dan dia mendengar bunyi curahan air dibilil mandi.

sangkanya Meyra mungkin mandi.
"Fhaliq, pergilah mandi." Meyra memanggil dari belakang. Dia sudah siap mandi dan lengkap berbaju dengan tuala yang dililit dikepala.

"Tapi baju aku tak de."balas Fhaliq memberitahu Meyra yang dia datang sehelai sepinggang.

"Takpa malam ni kau pakai je dulu baju kemeja kerja aku dan kain batik, aku dah sediakan dah dalam wardrobe aku kau pegilah tengok."Balas Meyra.

"Muat ke hmm baju kemeja kau tu?" soal Fhaliq tak percaya.

"Kau tengok ni badan aku ni taff" Dia menyelak bajunya.

"Eyhh apa benda!" Meyra memalingkan mukanya.

Fhaliq seronok menyakat isterinya itu."HAHAHAHA, betullah sado ni Mey tengoklah!" sakatnya lagi.

"ish!! Fhaliq pergilah mandi!, insha allah muat baju tu" ungkap Meyra dia masih memalingkan wajahnya.

Usai mandi, Fhaliq dengan kain batiknya berjalan menuju kearah Meyra."Kau tengok ni!"

"HAHAHAHAH" Meyra ketawa terbahak melihat pakaian Fhaliq kenakan.

"Singkat,Mey kain ni baju ni pun kecik!" rungutnya.

"Ok oke, aku guraulah tak sangka kau ni bendul jua ekk." Meyra berhenti ketawa dan bingkas bangun dari tempat duduknya dan membuka satu laci di bawah almarinya.

"nah baju"

"untuk aku Mey?"Tanya Fhaliq melihat satu bakul huluran Meyra.

"Ye, kelmarin sama aku balik dari hotel tu aku singgah beli baju kejap tapi tak tahulah sesuai ke tidak dengan saiz kau."Meyra menerangkan dia membeli baju tersebut semasa dalam perjalanan pulangnya selepas perjumpaannya dengan Fhaliq semalam.

"Wow, kau membuat kerja sangat clean ya, aku tak sangka."Fhaliq hilang kata-kata dengan situasinya saat ini semua macam mimpi terlalu banyak kejutan.

"Dah pergi tukar baju kau tu."ungkap Meyra dia kembali duduk dikerusi berdekatan katilnya.

Fhaliq datang kembali dengan menukar bajunya yang baru.

Jam menunjukkan pukul 8 setengah mereka berdua solat isya' berjemaah.Suara merdu Fhaliq membaca ayat al-quran sedikit sebanyak mengugat kekerasan hati Meyra.

Solat jemaah mereka diakhiri dengan Meyra menyambut Huluran tangan Fhaliq bersalaman dengannya, secara automatik Fhaliq memaut dagu Meyra dan memberi kucupan hangat didahi.

Agak lama mereka berkeadaan seperti itu, sebelum Meyra ingin bangun dan menyedarkan lamunan Fhaliq.

Ya espektasi Fhaliq, dia bersama dengan wanita yang dicintainya berjaya membina sebuah mahligai cinta, namun hal itu terhalang dengan realiti yang tak seindah harapan Fhaliq terhadap Meyra yang berhati batu.

Usai mengemas sejadah Fhaliq dipanggil Meyra.
Dia duduk dihadapan Meyra seperti yang diarahkan.

"Mana Fail kontrak kita dan syarat yang kau nak aku patuhi?"ujar Meyra kepada suaminya.

"ouh ada dekat sini" Fhaliq mengambil sebuah fail dari dalam begnya.

Dia meletakkan fail tersebut diatas meja diantara mereka.

Wajah dingin Fhaliq di renung kosong tanpa perasaan.Saling berbalas pandangan dalam masa yang lama.

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri ku."Fhaliq berkata dan disahut oleh Meyra tautan pandangan mereka tidak terhalang

"Sama-sama, terima kasih juga sebab terima lamaran aku untuk jadikan kau suami aku"

"Sama-sama,tandatangan disini dan kontrak akan bermula." Fhaliq mengajukan sebuah file dengan kertas berisi kontrak perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience