Rate

1

Family Series 2628

"Perempuan murahan!, tak ada harga diri kau ya nak rebut harta suami aku." ujar puan sri saleha berang dengan anak tirinya.

Dia bangun dari tempat duduknya dan menjerkah Meyra yang duduk tenang tidak terkesan dengan ucapan mahu pun sikapnya.

Didepan peguam cara arwah ayahnya wanita tua itu menengking anak tirinya kerana tidak puas hati harta suaminya hanya sedikit tersisa untuknya.

Dengan tatapan tajam Meyra merenung ibu tirinya" Tak guna bercakap dengan anjing kalau lebih baik diam seperti singa." usai menanda tangan dia berlalu meninggalkan tempat tersebut.

"Kau memang kurang ajar Meyra!" Puan sri Saleha ingin mengejar namun ditahan oleh pembantunya.

*smirk ditunjukkan.

***
Jam 10 pagi di pejabat milik Meyra didatangi peguam peribadi arwah ayahnya.

Encik Osman di jemput duduk oleh Meyra di suatu ruangan didepan meja kerjanya.

"Maaf, tindakan saya terpaksa menyebabkan encik datang ke pejabat saya."Ucap Meyra dengan nada datar.

Disambut anggukkan oleh encik Osman tanda mengiyakan."Disini saya akan bacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah Dato' untuk cik Meyra."terang encik osman.

Meyra mula mengamati setiap bait bicara encik osman lontarkan memahami isi wasiat tersebut.

"Dan untuk mendapat semua harta peninggalan ini tanpa tersisa sedikit pun ,cik Meyra mesti mendapatkan seorang pewaris, kalau tidak 2/4 daripada harta itu akan berpindah nama keatas puan sri Saleha beserta dengan sebuah rumah agam yang terletak di estate Panglima Hans.

" Panglima Hans.." renung Meyra mengimbau zaman kebahagiaannya bermula disana.

"Baiklah kalau macam tu.. beri saya tempoh beberapa bulan ini untuk saya mencari pasangan." Meyra memikir keras soal itu, kahwin? ada anak? dan estate Panglima Hans?.

"Okey, baiklah cik ,saya akan datang semula selepas cik mendapatkan pewaris."ungkap peguam itu dan meminta izin pergi.

"Tapi sebelum itu,Saleha tahu tak tentang ni?"

"Ya,Puan sri tahu tentang ini."

"okey" Meyra kembali berfikir, dan peguam itu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience