Rate

5

Family Series 2628

Fail kontrak bertukar tangan didalam fail itu terisi dengan syarat yang dipinta Meyra.

Meyra meneliti setiap perkataan yang ada dalam fail tersebut reaksinya menggambarkan apa yang tertulis didalam fail tersebut.

"Okey, semua akan aku ikut sesuai kehendak kau".Meyra bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh suaminya.

Fhaliq terkejut dengan kenyataan yang diberikan isterinya, tekad sangat isterinya saat ini.

Fhaliq pula bertukar tangan dengan kertas syarat yang diberikan oleh Meyra.

Fhaliq membaca dengan teliti dan menyatakan soalan mengenai kontrak yang diberikan oleh Meyra.
"Alasan pernikahan untuk mendapatkan waris?"
"Tidak boleh ada perasaan antara satu sama lain"
"Perkahwinan ini hanya untuk tiga bulan."

Fhaliq mula membaca dengan tekun satu persatu persyaratan yang diletakkan Meyra,sehingga dititik tempoh perkahwinan mereka itu dia terjeda seketika.
Dan melihat Meyra dihadapannya,Meyra menerima isyarat yang diberikan suaminya itu.

"A'ah" Meyra mengakuinya meskipun hakikat sebenar perkahwinan yang dibinanya itu bukan untuk mendapatkan anak sesuai apa espektasi Fhaliq.

"Ouh" ujar Fhaliq menandatangan setuju dengan persyaratan Meyra berikan.

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya."Mey, satu je pesan yang aku nak kau tahu walaupun selepas 3 bulan ni nanti selagi aku tak lepaskan kau aku harap kau ada disisi aku."Fhaliq berlalu pergi seusai menjelaskan kata-katanya.

Tingkah Meyra terhenti seketika, dan meneruskan semua kerjanya menyemak fail tersebut dan berlalu untuk meletakkan kedalam sebuah kabinet rahsia.

***

"Hmmm.. ingatkan dia dah nampak perasaan aku selama ini, rupanya untuk dimanfaatkan."Ucap Fhaliq monolog didalam hatinya, dia duduk termenung disebuah bangku diluar rumahnya.

"Sejuk pula, macam perangai kau Meyra."Ujarnya lagi tersenyum lalu masuk kedalam rumah.

Meyra yang baru turun dari tingkat atas bertembung pandangan dengan Fhaliq.

"Nak hot chocolate?"Tanya meyra dan dibalas anggukan oleh Fhaliq.

"Dia masih tak tahu yang aku tak minum susu coklat, ouh lupa yang dia perhatikan Airel bukan aku even kami berkawan lama."ucapnya dalam hati dan duduk disalah sebuah sofa yang tersedia berhadapan dengan televisyen diruang tamu.

"Mey!"

"Apa?"

"Aku tak minum susu coklat." dia memandang Meyra dengan pandangan ingin difahami.

"Tahu, aku buatkan kau hot coffee."balas Meyra kepada Fhaliq dan dia terus bangun menuju kearah Meyra dengan wajah sukar mengerti.

"Macam mana kau tahu Mey?"Ujarnya bingung dan teruja, pertama kali wanita itu perhatian terhadapnya.

"Kau ni sengal ke apa? berapa tahun aku berkawan dengan kau? almost 10 year tau tak?" ungkap Meyra seraya meberikan cawan berisi kopi kearah Fhaliq dan Fhaliq duduk di kerusi yang berhadapan dengan dapur.

"Exactly, that why i love you babe, aaa cua ee saranghae!!!" Fhaliq menggedik.

"Tengkorak kau! nak acah-acah broken konon!" Tambah Meyra lagi.

Mereka berdua ketawa bersama, sekali lagi Fhaliq terpesona dengan senyuman manis Meyra lama dia tidak melihat senyuman itu, terakhir kali semasa arwah Airel masih ada.

"Hmm sedap kopi yang kau buat ni.By the way, why u buatkan i coffee babe?, ada apa-apa ke malam ni?" ujarnya dengan wajah miang.

Meyra cepat tangkap, dia menghabiskan air minumannya dan berlalu naik keatas, "Jom, tidur" ujarnya sambil mengenyitkan mata.

Fhaliq segera berlari mendapatkan isterinya.

****
Bangun pagi, Satu hari yang paling indah dalam kehidupan seorang Fhaliq Dheo, dapat perempuan yang paling dia cinta meskipun tak mencintainya namun dibangunkan pagi oleh ayang cukup menceriakan hari, solat berjemaah bersama dan sarapan bersama.

Meyra memberitahu Fhaliq bahawa dia ingin keluar sebentar, Meyra mengenakan baju blouse panjang dengan seluar loose berwarna baby blue begitu juga dengan tudung dan kasut sneaker berwarna putih.

Fhaliq bersyukur meskipun Meyra seorang yang hati batu namun masih menuruti syarat yang diberikannya untuk Meyra mengenakan hijab serta menutup aurat dengan sempurna.
***
"Tanggal 21 Disember pukul 2 petang Dato' sri Adam telah meninggal dunia disebabkan pembunuhan.

Air yang diminumnya disyaki diletakkan racun untuk membunuhnya dan menurut laporan polis racun tersebut telah membunuhnya secara halus.

Setiap makanan atau minuman Dato' sri Adam telah dimasukkan racun yang sama dan racun tersebut bertindak aktif apabila terlampau banyak terkumpul dalam badan dalam janhka masa yang lama." Ins.Izwan menjelaskan kepada Meyra secara ringkas mengenai kes kematian ayahnya.

"Abah meninggal tiga hari selepas kematian Airel and cara pembunuhan mangsa adalah sama."Ujar Meyra lagi.Meyra duduk berdepan dengan Ins.Izwan bagi mencari maklumat penting yang berkaitan dengan kes.

Dia datang sendiri kebalai polis untuk berjumpa dengan Ins.Izwan bagi mencari info mengenai apa yang terjadi kepada kedua orang yang dia sayang.

ada beberapa sebab kenapa Airel dibunuh dari sudut pandang Ins.Izwan.

"Encik Airel Diaz adalah seorang peguam yang bertugas untuk urusan harta pusaka ayah awak dan dia tahu apa yang akan berlaku kepada semua harta Dato' setelah dia tak ada?"

"Ya"

"Dia dibunuh sejurus selepas majlis akad nikah? betul?"

"Ya"

"And didalam wasiat ayah awak bila awak dapat anak harta tu akan pergi dekat awak dengan kadar nisbah 2/4, ia satu jumlah yang lumaiyan." tambah ins.Izwan dia menerangkan satu persatu teori yang dia boleh rungkaikan dalam kes ini.

"So, dari sudut pandang saya orang tu mesti taknak harta tu terpecah sebab tu dia serang Arwah Airel sebab in wasiat tu juga said that if you not going to married harta tu akan kurang dekat u dan lebih dekat sana." Ujar Ins.Izwan lagi.

"Maksudnya suspek yang terlibat dalam kes ni Puan Sri Saleha?" Meyra pula masuk berteka teki.

"But why dia tak kena tangkap masa soal siasat dulu?"Ungkap Meyra lagi bertanya.

"Sebab orang yang buat kerja ni clean tak tinggal satu bukti pun, dan Puan Sri Saleha dikira sebagai orang yang tak tahu sebab kes wasiat ni sulit, tiada siapa boleh tahu melainkan sipemberi wasiat dan peguam terlibat akhirnya kes ditutuo atas dasar tak cukup bukti."Terang Ins.Izwan panjang.

"so, takkanlah Airel terlibat dalam rancangan jahat si Leha tu?"Monolog Meyra.

"Ouh macam tu, terima kasih Ins.Izwan"Meyra bangun dari tempat duduknya dan ingin berlalu pergi.

"Sama-sama,nanti ada apa-apa update cik bolehlah datang kesini."Ujar Ins.Izwan kepada Meyra dan menghantar Meyra pergi dengan pandangan.

Didalam kereta Meyra bercakap sendiri"Kes ni kena buka semula untuk keadilan abah, dan Panglima Hans Estate."

Dia mula menghidupkan semula kereta dan meninggalkan tempat itu.

Terlihat dikejauhan ada satu pasang mata yang memerhati.

maaf kalau tak best X-( tinggalkan komen untuk sokong saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience