Kehidupan Lya dan Adam sudah pasti lebih bahagia seperti suami isteri yang sebenarnya. Ditambah pula dengan kehadiran A'dham Rizqi. Kehadiran anak kecil itu yang membuatkan rumahtangga mereka menjadi lebih berseri.
A'dham melihat Lya sedang membaca buku sambil mengulum lolipopnya. A'dham tak jadi menegur ibunya itu. A'dham menuju ke arah Adam yang berada di ruang tamu.
"daddy" panggil A'dham
"Ya.. Kenapa?" tanya Adam sambil mengangkat anaknya yang berusia 2 tahun 11 bulan itu di atas riba
Adam mengusap lembut kepala anaknya itu.
"A'dham nak ajak mummy tidur, tapi mummy study pula" beritahu A'dham nadanya sedikit kecewa
"mummy study lagi ke?" tanya Adam
A'dham angguk.
"esok mummy exam. Mungkin sebab tu mummy busy harini" beritahu Adam
"A'dham tahu. Mummy kata daddy suka bagi soalan minta maki" balas A'dham
Adam tersentak!
"iye? Mummy cakap macam tu?" tanya Adam
A'dham angguk.
Adam senyum geram.
Ish la Lya ni! Dekat anak pun nak beritahu ke? Nasib soalannya Lya tak beritahu kepada A'dham.
A'dham sandarkan kepalanya di dada Adam. Manjanya seperti Lya. Namun Adam tidak kisah. Bahagia.
Adam sambung menonton televisyen. A'dham pandang Adam.
"Daddy ni hensem macam A'dham la" ujar A'dham
Adam tergelak.
"belajar mana hensem-hensem ni?" tanya Adam
"uncle Zaarif cakap A'dham hensem macam daddy" petah A'dham bercakap
Adam menggosok kepala A'dham.
"kalau A'dham rasa A'dham hensem macam daddy... A'dham kena jadi macam daddy. Kalau tak, kesian mummy. Mummy punya cemburu buta level Burj Khalifa tau"
"hihi" A'dham ketawa apabila ayahnya mengutuk maknya
Adam hanya senyum.
"daddy..." panggil A'dham
"apa lagi, baby? Tadi kata ngantuk" sabar Adam layan anaknya itu.
Jujur Adam rasa anak lelakinya itu seperti dia menjaga Lya ketika dulu. Kata mengantuk tapi sibuk nak cakap pula. Banyak bunyi.
"A'dham pelik la kenapa mummy tak bagi A'dham makan keropok dan lolipop. Sedangkan mummy boleh je makan." Soal A'dham
"sebab mummy tak nak anak mummy ni nakal macam mummy." jawab Lya
"mummy!" jerit A'dham
Adam dan A'dham pandang Lya yang duduk di sebelah Adam. Lya senyum bahagia.
" kalau mummy bagi A'dham makan, kesian daddy. Jenuh kepung kita nanti" senyum Lya
A'dham senyum nakal.
"ha, betul sangat! ...anak bini buat hal, daddy juga jadi penyelamatnya" perli Adam
"mestilah! Daddy kan hero kami!" ujar Lya dan A'dham serentak.
Kemudian mereka bertiga ketawa.
"mummy, jom tidur. A'dham mengantuk" rengek A'dham yang sudah mengesot dirinya ke atas riba Lya
"okay jom. Salam daddy dulu" suruh Lya
A'dham menyuakan tangannya kepada Adam. Adam mencium dahi anaknya. Lya bangun berdiri.
"dukung" pinta A'dham
"alamak! Mummy sakit belakang la" Lya beri alasan
"mummy.. Nak dukung" manja A'dham
"alolo.. Manjanya sebiji macam awak kan, Qalbi?" soal Lya
"eh, apa pula saya? Awak la! Manja awak tu lekat kat dia tahu tak?" balas Adam
"oh ye eh?" sengih Lya
Lya mendukung A'dham kemudian berjalan masuk ke dalam bilik A'dham sambil mencium pipi gebu anaknya itu
"lepas tidurkan anak tu, jangan lupa masuk bilik ya hayat! Awak ada suami juga. Jangan lupa suami awak ni" pesan Adam
"tahu la" balas Lya
"dengan anak pun nak jeles.. Anak dia juga! " jeling Lya
Adam ni dia punya mengada makin menjadi-jadi!! Jenuh Lya kawal Adam.
Lya masuk ke dalam bilik A'dham.
A'dham budak yang bijak. Umurnya baru 3 tahun, sudah petah bercakap. Oleh itu, Lya hendak mengajar A'dham untuk tidur berasingan dengan mereka. Dalam seminggu, mungkin 2 atau 3 hari Lya melatih A'dham untuk tidur berasingan.
Bukan apa, takut Lya dan Adam tengah bercinta.. Terbangun pula Si A'dham.. Memang naya!!
Dibuatnya A'dham beritahu pada orang lain, memang Lya dan Adam akan berkurung dalam rumah kerana malu.
Lya keluar dalam bilik A'dham perlahan-lahan. Takut terjaga pula puteranya seorang itu. Kemudian Lya masuk ke dalam biliknya bersama Adam.
"A'dham dah tidur ke?" tanya Adam
"dah" balas Lya
Lya duduk di atas katil sambil menyapu losyen di tangannya. Lya memandang Adam.
Adam mengerling Lya.
"apa pandang-pandang?" tanya Adam
"garangnya" komen Lya
"garang ke? Rasanya tak pun" balas Adam
"cerghh, tak garang konon! Dari dulu sampai sekarang awak garang tahu tak?!" geram Lya
"okay, kalau macam tu saya buang garang saya." ujar Adam
"Jom tidur ayang" gedik Adam
"Saya terajang awak kang!" garang Lya apabila Adam bangun berdiri
Adam ketawa mengekek. Adam duduk semula di kerusi itu
"saya buang garang saya, awak nak terajang saya pula.. Awak nak apa ni, hayat?" usik Adam
Lya menjeling tajam.
"saya minta buang garang! Bukan minta datangnya gedik tu!" garang Lya
Adam senyum lagi.
"awak jangan macam-macam dengan saya ya!" ugut Lya
"muka miang tu ada la tu idea gila nak datang!" garang Lya
"awak jangan ubah soalan lagi! Awak ubah siap awak!" garang Lya
"tengok la macam mana. Kalau Medina Zaalya ni tak buat hal lagi saya takkan tukar" ujar Adam
"mana ada saya buat hal dah. Sejak muncul A'dham, saya belajar control diri saya tau. Awak juga tok gurunya" balas Lya
"selama 3 tahun ni ada saya belasah orang? Tak kan?" sambung Lya
"ye ke?" tanya Adam
Lya angguk bersungguh-sungguh.
"habistu saya ni, awak tak belasah ke?" tanya Adam sambil simpan senyum
"habis berlebam badan saya tau kena belasah dengan awak" gatal Adam
Lya jegilkan matanya kepada Adam. Gatal Adam ni tahap kena ambil ubat tahan gatal!
Siapa faham, faham lah. Tak faham buat-buat faham k!.
Adam ketawa lagi.
"Qalbi... Jaga suara, anak tengah tidur tu" tegur Lya
"alahhhh! Sibuk dengan anak dia! Cuba berikan perhatian kat saya kejap" cemburu Adam.
Kali ini Lya pula ketawa. Adam... Adam... Tak habis-habis cemburu dekat anak dia.
"saya serius ni" rajuk Adam
"saya pun serius" balas Lya
"Hayat... Jom tidur saya mengantuk la" rengek Adam seperti A'dham tadi.
Mentang-mentang nama mereka hampir sama, terus buat perangai yang sama eh?
"tidur la" suruh Lya
"tadi awak tidurkan A'dham, sekarang awak kena tidurkan saya pula" nakal Adam
Lya senyum geram melihat suaminya itu.
"tidur la cepat. Saya pukul kang" garang Lya
"berdosa tau sakiti suami" usik Adam lagi.
Lya renung tajam pada Adam. Adam senyum.
Adam baringkan dirinya di atas katil.
"jangan curi tengok soalan tau" pesan Adam
"Tak kan!" tegas Lya sambil Lya juga baringkan dirinya disisi Adam.
"awak tengok soalan, saya gigit pipi awak. Biar mereka tanya, 'Medina..pipi awak tu Dr. Adam kasi love bite ke?' " usik Adam
"Qalbi.. Jangan gatal sangat. Tadi kata mengantuk kan?! Cepat tidur!" garang Lya
"tiuuu... Orang garang sikit dia marah, tapi dia garang tak pa pula " sindir Adam
Lya renung Adam.
Tangan Adam, Lya menggigit geram. Adam menahan sakitnya dengan satu senyuman.
Tiada kemarahan! Tiada menjerit! Hanya bahagia!!!
Lya pandang Adam. Lya melihat bekas gigitan itu. Terus Lya peluk Adam.
"Qabli... Maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan awak hari ini" ucap Lya
"saya maafkan. Awak pun maafkan saya kalau saya ada buat salah tau" balas Adam
Lya angguk.
Inilah rutin harian mereka sebelum tidur. Tips nak bahagia dalam rumahtangga saling memohon maaf sebelum tidur.
Walaupun nampak ringkas, itulah yang merapatkan hubungan pasangan suami isteri lagi. Yang penting, sentiasa berada dalam keredhaan seorang suami.
"dah jom tidur. Esok awak nak exam" Adam memeluk Lya dengan erat.
Lya mengukirkan senyuman sambil memeluk Adam.
~Adam Rizqin, kau lah yang selalu ada di hati miss lolipop ini~
Share this novel