Lya sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil mengusap rambut A'dham yang tidur di atas ribanya.
Adam keluar dari bilik dan menuju ke arah Lya.
"A'dham dah tidur ke?" tanya Adam
"haah. Dah tidur dah ni" balas Lya
Adam melihat A'dham tidur di atas riba Lya. Adam angkat anaknya itu dibawa masuk ke dalam bilik mereka.
Lya membuka pintu bilik dan meletakkan bantal ditengah. Adam baringkan A'dham kemudian Adam menyelimuti anaknya itu.
Lya dan Adam keluar dari bilik. Lya sambung menonton televisyen. Selang beberapa saat Lya terpandang Adam yang asyik melihatnya.
"kenapa pandang saya macam tu?" tanya Lya
Adam tersentak apabila dirinya ditegur oleh Lya.
"kenapa?" tanya Lya
"saya tak tahu apa jadi kat saya kalau awak hilang lagi" ujar Adam
Lya diam.
Lya menutup televisyen. Lya menghadap suaminya itu.
"Qalbi, saya pun takut kehilangan awak. Lagi-lagi bila mak ngah beritahu Sha dan Aidil dah bercerai" luah Lya
"saya takut benda yang sama akan berulang. Siapa tahu dia masih simpan perasaan pada awak" sambung Lya
"saya takkan cari yang lain. Cukuplah awak jadi suri hati saya" balas Adam
"Hayat, janji dengan saya.."
"walaupun kita gaduh teruk mana pun jangan sesekali minta perpisahan. Saya dah trauma dengan perpisahan." ujar Adam
Ya, Adam tak sanggup lagi untuk melepaskan Lya. Dah serik dan menyesal kerana dia pernah lafazkan talak pada isterinya ini.
"saya janji! Tapi kalau kita gaduh teruk, tolong bagi saya masa dan ruang. Lepas tu kita settle dengan cara baik" balas Lya
"ye sayanggg" Adam pegang tangan Lya
Lya menyandarkan kepalanya di dada Adam.
" tadi abang Zaarif dan Fatin dah bagi kad kahwin tau" beritahu Adam
"iya? Mana nak tengok?" teruja Lya walaupun dia sudah tahu dan dia sendiri yang memilih design untuk kad jemputan mereka
Adam memberikan dua kad jemputan yang berada di dalam sampul berwarna koko dan kuning.
"satu dah la. Buat apa dua-dua" ujar Lya
"tengok la dua-dua. Satu belah abang Zaarif, satu lagi belah Fatin" ujar Adam
"okay la" Lya mengambil kedua-duanya.
Lya membuka sampul yang berwarna kuning itu. Lya senyum apabila melihat kad jemputan itu.
"Zaarif Milzan dan Fatin Hanina" senyum Lya apabila menyebut nama mereka.
Akhirnya kahwin juga abang bujangnya seorang itu walaupun sudah berumur 35 tahun. Ingatkan nak jadi bujang terlajak tak laris lagi.
"buka yang ni pula" suruh Adam
Lya membuka sampul yang berwarna koko itu. Lya mengeluarkan kad itu. Kemudian Lya membukanya.
"cantik kan?" tanya Adam
"cantik" ujar Lya apabila melihat kad itu.
"siap ada lambang lolipop lagi" tawa Lya
Adam hanya perhatikan senyuman Lya.
"Adam Rizqin dan Medina Zaalya" sebut Lya apabila melihat nama yang tertera pada kad jemputan itu.
Adam memerhatikan Lya. Nampaknya Lya tak perasan lagi.
"cantik la.. Sesuai untuk Za..." tetiba Lya terdiam.
Adam Rizqin dan Medina Zaalya?, bisik hati Lya
Lya melihat kad itu semula.Lya melihat nama itu. Betullah! Namanya bersama Adam!
Lya pandang Adam .
"Surprise!" sengaja Adam buat kejutan pada Lya
"betul ke?" tanya Lya
Adam angguk.
Lya menekup mulutnya. Tak percaya! Sungguh tak percaya!
Lya mati kata. Tak tahu nak cakap macam mana.
"Hayat.. Saya tahu pernikahan kita sewaktu ketika dahulu dilakukan dengan keadaan yang kita berdua tak bersedia." ujar Adam
"tambah-tambah awak. Macam-macam perangai tak matang awak keluar ketika kita mahu ke fasa suami isteri. Mencabar betul!" ingat Adam
"walaupun awak dah ingat macam mana kita kahwin, siapa diri awak... Saya yakin awak nak rasa juga kan pengalaman tu."
"dulu kita hanya lakukan yang wajib saja.. Sekarang dah tiba masanya untuk kita raikan even dah ada anak sorang" senyum Adam.
Lya juga senyum.
"masih belum terlambat lagi kan?" tanya Adam
"Tak! Takkan pernah terlambat bila awak dengan saya" jawab Lya
"kita kahwin sekali lagi ye"ujar Adam
Lya angguk setuju.
"tak sangka saya akan kahwin kali kedua dengan orang yang sama" tawa Adam. Mengarut betul!
Tapi ini semua idea Kamalia, Anuar dan Zaarif. Keluarga Lya ingat melihat Medina Zaalya yang hilang itu berkahwin kerana dahulu mereka tak sempat melihat Lya membina rumahtangga dengan Adam. Kerana itu la Adam setuju.
Adam mahu memberikan pengalaman itu semula di mana Kamalia dan Anuar tak sempat merasa kebahagiaan itu.
Lya hanya senyum.
"tapi tarikh kita sama dengan diorang ke?" tanya Lya
"nope!" balas Adam
"mereka.. Mereka la.. Kita,kita la" sambung Adam.
"ooo kiranya mereka dulu, baru kita?" tanya Lya
"ye..lepas 2 hari baru kita dan A'dham" balas Lya
"A'dham?" pelik Lya
Adam senyum.
Adam mengeluarkan satu kad lagi.
Cepat-cepat Lya mengambilnya.Jangan cakap yang A'dham umur hampir 3 tahun itu nak kahwin!
Lya melihat isi kandungan kad itu. Lya pandang Adam. Lya hembus nafas lega.
"kenapa?" tanya Adam
"saya ingatkan A'dham nak kahwin. Terkejut saya" beritahu Lya sambil ketawa
"ishhh la maknya pun!!! Jangan ting tong sangat, hayat. Anak kita tu kecil lagi." Adam menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
Haru sungguh!!
Lya ketawa.
"mana lah saya tahu. Dah awak cakap kita dan A'dham. Itu yang saya fikir kita nak kahwin sekali dengan anak kita." tawa Lya
"kalau awak beritahu awal-awal yang majlis kita tu nanti buat sekali dengan sempena A'dham 3 tahun kan senang.. Cakap je sambut sekali dengan birthday A'dham. Kan mudah namanya!"
"tak ada la saya fikir bukan-bukan" tawa Lya lagi
Adam menggelengkan kepalanya. Pening kepalanya dapat bini kuat menggila! Hahaha!
"tapi bagus la awak buat macam ni. Hari yang sama kita kahwin semula. Senang sikit nak ingat tarikh perkahwinan KEDUA sebab sama dengan tarikh lahir A'dham kan.." sengaja Lya tekankan perkataan 'kedua'
"haihhh, lain macam je bunyi" balas Adam
"perkahwinan KEDUA awak ni tetap dengan saya tau. BUKAN ORANG LAIN!" geram Adam
Lya ketawa.
"alaaa.. Baru nak berangan boleh kahwin dua dengan..."
"Ha! Ha! Ha! dengan sapa?" garang Adam
"dengan Azri" usik Lya
"haishhhh!!!" marah Adam
"HAHAGAHAGAHAHA" Lagi seronok Lya ketawa. Seronok betul Lya ketawa kuat sampai tak ingat anaknya tengah tidur.
"tak ada la. Saya gurau ja. Mestilah saya nak kahwin kali kedua dengan orang yang sama ni" Lya peluk Adam.
"ha, nasib baik! Lega hati ni. Jangan merajuk lagi wahai hati" ujar Adam pada dirinya sendiri
Lya hanya senyum melihat suaminya itu.
"Walaupun awak dah tua, saya tetap sayang awak pak cik" ujar Lya
Adam pandang Lya.
"jauh sikit" suruh Adam.
Adam meleraikan pelukan mereka.
"hah?" tak faham Lya
"jauh la" suruh Adam
"kenapa pula?" tanya Lya.
Orang tengah dok syok-syok peluk, suruh jauh pula pehal ni?
"bukan muhrim sementara" merapu Adam. Adam kemam mulutnya menahan ketawa.
Lya terkedu! Kemudian Lya senyum geram.
Lya memukul lengan Adam akibat geram.
Hotak dia bukan muhrim sementara! Bengong la hahaha!
Akibat tidak dapat menahan ketawa, terhambur tawa Adam.
"Mana ada bukan muhrim sementara. Merapu la awak ni" geram Lya
"ee.. Tu.. Tu, tangan tu.. Jangan sentuh! Jangan sentuh! Bukan muhrim sementara" Adam menolak Lya menjauhinya.
Lya renung tajam pada Adam. MEREGE!
Lya pegang tangan Adam lagi. Saja nak uji tahap menggila suaminya itu.
"jangan sentuh! Bukan muhrim sementara! Sabar la. Tak kahwin kali kedua lagi. 5 hari lagi. Puasa sentuh dulu! " Adam tolak tangan Lya.
"kkk fine!! Malam ni awak jangan peluk saya time nak tidur!" rajuk Lya
Lya bangkit menuju ke arah bilik.
Dengar saja Lya kata begitu, kelam kabut Adam bangun. Mampus! Isterinya sudah merajuk. Nanti kang dia pula tak dapat pelukan dari Lya.
Kesejukan la Adam malam ni kalau dibiarkan Lya merajuk tanpa dipujuk.
Adam menarik pinggang Lya dari belakang kemudian Adam mengangkat Lya lalu diletakkan di atas meja bar.
"sorry la. Saya gurau ja" ucap Adam.
Lya senyum. Sengaja Lya pura-pura merajuk kerana mahu melihat reaksi Adam.
"jangan gelabah! Saya pun gurau juga." sengih Lya
"eeee" geram Adam.
Adam membelagakan hidung mereka.
"daddy.. Mummy" tetiba suara anak kecil yang memanggil.
Terus saja perhatian mereka beralih ke arah kanan. Adam dan Lya melihat anak mereka sedang menggosok matanya mencari ibu dan bapanya.
Adam mengangkat A'dham. Lya masih lagi berada di atas meja bar.
"kenapa bangun ni?" tanya Adam
"nak susu" pinta anak kecil itu.
"Daddy dah buat susu la untuk awak."ujar Lya
" nak mummy" A'dham menyuakan tangannya mahu ke arah Lya.
Adam memberi anaknya kepada Lya. Lya mengambilnya. Lya mengusap lembut rambut anaknya itu.
" jom masuk bilik. Daddy dah bancuh susu kat A'dham dah. Ada kat bilik" beritahu Lya
Tetiba Lya terasa dirinya semakin tinggi.Lya pandang Adam. Rupanya Adam mengangkatnya dan A'dham.
"boleh ke?" tanya Lya. Risau pula kat Adam.
"Tak ada masalah" balas Adam.
Adam mendukung Lya dan A'dham dalam satu masa yang sama. Adam membawa anak dan isterinya masuk ke dalam bilik mereka.
Setelah itu Adam menurunkan Lya. Lya meletakkan A'dham di atas katil semula. Susu diberikan kepada A'dham.
Mereka berdua duduk bertentangan sambil menikmati muka anak mereka yang sudah memejamkan mata itu.
Adam mengiring dan menongkat kepalanya dengan tangan. Begitu juga dengan Lya.
"awak berdua nyawa saya" Adam memegang tangan Lya
Lya hanya senyum bahagia. Bahagia yang tak mampu Lya ucapkan.
Alhamdulillah, setelah pahit yang Lya lalui begitu lama akhirnya menjadi manis juga...
Share this novel