London
Sebaik saja kereta berhenti di halaman rumah Kamalia, terus tangan Lya menolak pintu kereta dan melangkah keluar.
Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan keluarganya setelah bertahun-tahun tak jumpa walaupun dah jumpa.
Ha, dah nama pun Lya. Sudah pasti dia banyak merapu. Maksudnya, kehidupan sekarang ialah kehidupan yang baru. Kehidupan yang lama. Lupakan!.
Kepala Lya jengahkan memandang sekeliling rumah.
Adam memandang Lya.
"kenapa?" tanya Adam
"awak...cuba tengok abang Zaarif" suruh Lya
Adam melihat Zaarif memerhatikan Fatin yang berada di samping Kamalia. Adam senyum.
"biarkan mereka. Nanti sampai masa, kahwin la tu" ujar Adam
Lya mengangkat A'dham yang sedang tidur lena.
"meh sini saya dukung A'dham." Adam mengambil anaknya yang berusia 5 bulan itu dari Lya
Lya membetulkan kedudukan A'dham. Kemudian mereka masuk ke dalam rumah.
"Lya pergi mana tadi?" tanya Anuar
"check up A'dham,papa. Demam. Masa doktor tengah check asyik nangis je. Orang bukan buat apa pun " beritahu Lya
"hmm, kesian hero ni" Anuar melihat A'dham yang tidur lena di bahu Adam
"tak selesa kot. Lya buka aircon ke?" tanya Anuar
"tak la. Sejuk-sejuk ni nak bukan aircon, bukan A'dham je yang demam. Mummy daddy dia pun ikut demam nanti" balas Adam
Anuar hanya senyum sambil menyentuh kepala cucunya itu.
"A'dham seorang yang kuat ni. Macam Lya." ujar Anuar
"hmmm, harap perangai tak macam mummy nya la" ujar Adam
Anuar senyum sambil melihat anak perempuannya itu.
Sejak Anuar dan Kamalia tahu, Lya tu anak kandung mereka. Banyak Adam dan Zaarif cerita perangai Lya. Termasuklah sikap agresifnya. Sekarang ni mereka semua tengah membendung agresif Lya itu.
"bawa A'dham masuk bilik. Kesian dia" suruh Anuar sambil menggosok belakang A'dham.
"kami masuk bilik dulu eh" ujar Adam
Anuar angguk tanda faham.
Lya dan Adam menaiki tangga nak masuk ke dalam bilik mereka. Pintu ditutup.
---
Zaarif memerhatikan pintu bilik Fatin yang berada di sebelah. Zaarif berdiri lama.
"hai Rif, tengok pintu pun boleh hilang rindu ke?" suara teguran seseorang membuatkan Zaarif cepat sahaja menoleh ke arah belakang. Kelihatan Adam berdiri di situ dengan wajah tanpa riak.
Zaarif pandang Adam.
"pergi la tegur. Mereka dah habis cuti sem tu. Lusa nak balik KL dah pun" ujar Adam
"tak nak la aku" balas Zaarif
"kau ni kan! Dulu kata kat aku sangat. Nak tackle perempuan pun susah. Sekarang ni berbalik pada kau semula" ujar Adam
"aku bukannya apa. Aku segan la. Aku ni dah tua tau. Dia muda lagi." segan Zaarif
Bahu Zaarif dipaut.
"aku janji dengan kau, aku akan jaga Fatin..."
"ha?" mendengar saja Adam kata begitu, mulut Zaarif terlopong
"tak payah nak ha..ha..ha sangat!! Sebenarnya kau suka kan?" tanya Adam
Zaarif ketap bibirnya.
"jangan ingat aku dengan Lya tak tahu eh." ujar Adam
"semalam kau mengigau sebut nama Fatin.. Fatin.. kat depan tv. Mujur tak ada orang time tu. Semua dah tidur. Tinggal aku dengan Lya sebab kami turun bancuh susu A'dham" beritahu Adam sambil berlalu pergi ke arah Anuar yang memegang cucu pertamanya itu.
Zaarif terkedu!
Fatin?
Aku sebut nama Fatin? Biar betul?, tak percaya Zaarif
Share this novel
Best!!
dxx e f ecf rededdrwx2 d2 dw eedd d efd f x dcd f f c2 c f
best lah novel nie