"okay class, I'll give you two hours to complete all the questions. We will start at 11.15 and finish at 1.15." ujar Adam selepas mengedar kertas soalan kepada semua pelajar.
Adam melihat jam di tangannya.
"you all may start now. Good luck and all the best!" arah Adam
Dengan lafaz bismillah, Lya teruskan dengan membaca soalan satu per satu. Kali ini Lya hembus nafas lega.
Alhamdulillah, tiada lagi soalan pelik-pelik dari Adam. Oleh itu dapatlah Lya menjawab soalan dengan tenang. Kalau tidak otaknya asyik memikirkan jawapan yang tak ada jawapan itu.
Khusyuk Lya menjawab soalan-soalan itu. Lya membuka helaian seterusnya. Lya melihat kertas jawapannya. Sudah penuh ditulis jawapan.
Lya mengangkat tangannya untuk meminta kertas jawapan lagi. Adam menuju ke arah Lya. Adam memberikan dua helaian kertas.
Lya melihat kertas jawapan itu. Kemudian Lya pandang Adam. Adam tayang riak selamba seolah tak peduli dengan Lya.
Lya menggelengkan kepalanya.
Apa nak jadi la dengan Adam ni??
Adam tak buat perangai dah potong soalan lain dan digantikan dengan soalan lain, tapi boleh pula dia tambah soalan kat atas kertas jawapan lain. Memang nak kena la Adam ni!
Lya membaca soalan yang ditulis menggunakan pen itu.
Masyaallah, laki aku ni la, getus hati Lya
Soalannya..
'Antara Adam Rizqin dengan A'dham Rizqi mana awak paling sayang?? Jelaskan sebabnya juga.'
Lya hembus nafas berat.
Lya menulis jawapannya. Kalau tak buat nanti Adam buat perangai nak tolak markahnya mampus Lya nanti.
Jawapannya...
'Mestilah Medina Zaalya sayang Adam Rizqin. Sayang Adam Rizqin dapat pakej A'dham Rizqi. Yang penting, kedua-duanya TAKKAN tinggal saya'
Itu saja jawapan paling selamat yang Lya rasa. Payah dengan Adam ni! Anak sendiri pun nak cemburu.
Kemudian Lya beralih ke soalannya yang tadi. Lya mula menulis jawapannya.
Selang beberapa jam, Adam bangkit dari duduknya.
"okay semua, time's up! Put down your pen. Please bring your answer papers forward" suara Adam memecahkan kesunyian dewan itu.
Lya memandang keadaan sekeliling. Nampaknya tak ada seorang pun pelajar yang keluar dahulu.
"susah sangat ke soalan?" tanya Adam sambil masukkan kertas jawapan itu ke dalam fail.
"tak dak la doktor. Senang je. Macam kuih kacang" jawab mereka
Adam hanya diam. Tahu soalannya agak mencabar. Tapi kenalah dengan peringkat mereka sekarang. Nak senang pi tadika lah.
"ada apa-apa soalan?" tanya Adam
"kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu" sambung Adam
"tak ada"
"ada"
"aishh, mana satu ni? Belah sini kata ada. Sana kata tak ada" ujar Adam
"tak ada apa la" ujar mereka
"okay la kalau macam tu. Jumpa korang 3 bulan lagi" ujar Adam
"fuhhh penutup sem ni susah gila" riuh mereka setelah Adam keluar
"itu la..."
"eh Medina.. Kenapa kau tak curi-curi tengok soalan?" tanya mereka
"dia la nak curi!! Dr. Adam tu asyik duduk dalam office dia tau. Sikit pun tak bangun." balas Lya
"dia kan suami kau"
"suami kat rumah,lecturer kat fakulti." balas Lya
"Dr. Adam korang tu hanya lembut dengan aku kat rumah ja. Kat sini, tengok la! Serius aku tak kenal siapa Dr. Adam tu! " geram Lya bila fikirkan reaksi Adam yang menyakitkan hati orang.
Mereka ketawa.
Ya, itu la sikap Adam. Kat rumah kemain lagi Adam ni. Kat fakulti, harimau pun boleh makan hati. Benci!
" Medin.. Jom gi kafe" ajak Fatin
"ha jom" balas Lya
Lya melihat telefonnya. Mak menghantar sekeping gambar A'dham yang sedang makan.
Tinggal anak kat mak tak sampai sehari dah rindu. Aktiviti mak sekarang ni padat dengan cucunya, A'dham. Nak main game pun kena tunggu mereka ambil A'dham dulu.
"makin comel la A'dham ni. Copy paste Adam betul" komen Fatin apabila dia mengerling Lya melihat foto anaknya yang mak hantar.
"haah. Macam Adam kan." balas Lya
"boleh la jadi pengubat rindu kalau Adam tak ada"
"haish!" marah Lya
Terhinjut bahu Fatin. Terkejut tetiba Lya memarahinya.
"pasaipa nak marah aku? Aku cuma cakap ja yang A'dham ni boleh jadi pengubat rindu untuk kau pada Adam kalau Adam pergi outstation mana-mana." ujar Fatin
"kau jangan eh. Macam-macam tau aku fikir bila kau cakap macam tu." tak senang duduk Lya dibuatnya
"kau tu fikir negatif sangat. Lupakan kisah lalu, Medina" pesan Fatin
"aku bukannya apa. Aku takut kalau dua-dua rezeki yang aku ada ni hilang. Aku tak bersedia. Mati itu pasti tapi.." tak mampu Lya teruskan ayatnya. Tak boleh bayang!
"dah la. Jangan fikir. Kau fikir baik-baik eh" nasihat Fatin
"ye. Aku cuba membahagiakan mereka selagi mereka ada di sisi aku. Kita pun tak tahu sampai bila kita nak hidup. Hanya maut yang boleh pisahkan kami" tegas Lya
"apa cakap macam tu? " satu teguran membuatkan mereka terdiam.
Lya toleh ke arah belakang. Muncul Adam
" kan saya dah cakap jangan nak merapu lagi. Tak ada lagi benda-benda macam tu. Awak, A'dham, saya dan family kita dah selamat" ujar Adam
Adam pandang Lya. Tahu apa yang Lya fikirkan itu.
"jom ikut saya. Kita makan kat luar. Fatin pun ikut sekali. Tunang awak pun ada" ujar Adam
Fatin angguk tanda faham.
Tunang yang dimaksudkan oleh Adam itu ialah Zaarif. Akhirnya Zaarif meluahkan perasaan pada Fatin juga. Mereka juga sudah bertunang setahun dua bulan.
Beberapa minggu lagi sudah tiba masanya untuk mereka di ijab kabulkan! Sengaja Zaarif mahu tunggu Fatin habiskan semester ini dahulu.
---
Fatin keluar dari kereta dan menuju ke arah Zaarif. Adam pandang Lya.
"kenapa ni?" tanya Adam
"mak ngah beritahu yang Sha dan Aidil dah bercerai" beritahu Lya
"then?" tanya Adam. Apa kena mengena Sha dengan mereka?
"saya cuma rasa yang Sha tu ak..."
"awak tak payah la fikir bukan-bukan" celah Adam.
"saya takkan tinggalkan awak pun. Awak dan A'dham cinta hati saya. Hadiah yang terindah bagi saya. Saya takkan sesekali cari pengganti awak" ikhlas Adam beritahu
"Hayat.... Boleh tak awak jangan fikir tentang orang lain?" tanya Adam
"saya nak awak serabutkan otak awak dengan fikir Adam dan A'dham je" sengaja Adam mahu mengelirukan Lya
Lya simpan senyum. Mentang-mentang ada kembar seanak ikut suka Adam je nak usik Lya.
"kan cantik bila hayat saya ni senyum. Jom keluar makan sayang. Tak elok kita biar orang bertunang ni duduk berduaan-duaan. Bukan muhrim lagi mereka tu" Adam membuka pintu kereta untuk Lya
Lya keluar dari kereta. Tangan Lya dipegang oleh Adam.
"sayang awak" Adam mencium tangan Lya
Lya senyum.
"ishh bau lolipop la kat tangan awak ni" komen Adam
Lya menjeling tajam. Baru saja nak sweet-sweet, Adam sibuk nak mengata dia.
"mujur lolipop, kalau taik A'dham. Padan muka hang!" rajuk Lya sehingga Lya melepaskan pegangan tangan Adam.
Lya berjalan ke arah Fatin dan Zaarif. Adam mengejar Lya. Lya melarikan dirinya dari Adam.
Terus saja Adam menarik Lya dari belakang. Lya tersandar di badan Adam.
" Oi.. Oi, tempat awam ni. Hormat sikit!" tegur Zaarif.
Sakit betul mata dia tengok kedua-dua adiknya ini bermesraan. Tolong la hormat sikit mereka yang single ini. Eh single? No no.. Tak lama lagi dah jadi laki orang.
"aishh apa la korang ni. Nak buat apa pun balik rumah la" tambah Fatin
"kalau macam kami balik rumah la" Adam tarik tangan Lya mahu pulang.
"wei...wei! sabar la.. Makan dulu" tergelak Zaarif melihat Adam. Gelojoh betul!
Begitu juga dengan Fatin, senyum malu saja. Lya hanya ketawa kecil.
"kau ni kan, Adam.... Sejak A'dham muncul, makin gedik eh?" soal Zaarif
"mana ada gedik? Aku tengah siapkan projek aku" balas Adam
"projek apa?" tanya Zaarif
"beri lagi 9 adik kat A'dham" selamba Adam jawab
Terbuntang mata Lya, Zaarif dan Fatin.
Papppp!
Satu tamparan hinggap di lengan Adam.
"gatal awak ni!" garang Lya
Fatin dan Zaarif tersenyum melihat Adam dimarahi Lya.
"awak jangan macam-macam ea... A'dham tu kecil lagi." balas Lya
"tak kecil dah. Bulan depan cukup la 3 tahun. Ehemmm, boleh dah kot bagi adik" gatal Adam
Lya renung tajam pada Adam.
"mungkin Medina nak tunggu A'dham masuk 5 tahun kot, Abang Adam" ujar Fatin
"5 tahun tu lama sangat.. Kesian A'dham tak ada kawan nak main" balas Adam
"tapi kalau tak mau tambah adik tak pa, kita tambah mummy baru" tambah Adam lagi
"aku sepak muka hang satgi!" marah Lya
Fatin dan Zaarif ketawa. Adam ni suka betul usik Lya macam tu.
"hang cari mak baru kat A'dham memang hang sakit! Aku hantar pi ICU satgi kot" jeling Lya
"Lya....." tegur Zaarif
"No.. No ICU lagi!" pesan Zaarif
"ok sorry" lembut Lya balas.
Lya perlu belajar mengawal dirinya. Lebih kurang Lya perlukan rawatan untuk dirinya. Lya perlu ubah dirinya agar tidak lagi mudah memberontak bila marah.
Dia perlu lakukan hal itu demi A'dham! Ibu mana yang nak anak dia ikut perangai tak baik?! Bagi Lya, tak mungkin Lya membiarkan A'dham menjadi sepertinya walaupun Doktor peribadi Lya sudah beritahu yang A'dham 50 peratus takkan memiliki sikap agresif seperti Lya. Tapi 50 peratus lagi??? Itu bergantung pada A'dham sendiri.
Kerana itu Lya tidak membenarkan anaknya makan manisan yang terlampau sepertinya. Tambahan pula A'dham masih budak, kalau A'dham agresif sekarang ni...
Jenuh Adam nak kepung mereka. Dengan mak.. dengan anak, pening dibuatnya!
Share this novel
wow.....tk cye rsa miss lolipop nie ad yg ke 2