Series
1465
"Fahim datang nak jumpa Yana. Dia terdengar kata-kata Yana. Sebab tu, Fahim rasa bersalah sangat sebab salahkan Yana. Dia tahu Yana tak bersalah..." Yana lepas keluhan.
"Fahim memang berniat nak kenakan Yana selepas nikah. Tapi, dia tak sampai hati sebab Yana terlalu baik. Dia ceraikan Yana dalam keadaan tidak bersedia."
"Tapi, lafaz..." celah Yana.
"Ya, dia tergesa-gesa lafazkan talak pada Yana. Fahim tak sengaja, Yana. Fahim terpaksa lepaskan Yana demi kebaikan Yana sendiri. Sebab dia tahu, Yana nak sambung belajarkan?"
"Cuma, Fahim sedikit kecewa bila Yani tipu dia. Yani dah janji nak kahwin dengan Fahim."
"Mana ayah tahu semua ni?"
"Fahim ceritakan semua tu masa kami minum bersama lepas hantar Yana ke stesen keretapi."
"Maksudnya, babah dan mama pun tahu?"
"Ya, Yana. Babah sendiri tak faham kenapa ibu lebihkan Yani bukan Yana. Dan, sepatutnya Yana yang sambung belajar kat luar negara, bukannya Yani. Sebab keputusan Yana jauh lebih baik dari Yanikan?"
"Sudahlah, ayah. Benda dah berlalu pun. Yana takkan menyesal dengan apa yang berlaku. Bagi Yana, semuanya sudah terlambat dan Yana ada impian yang perlu Yana capai."
"Ayah faham, Yana. Cuma, jangan lupa kebaikan mereka semua yang dah banyak bantu Yana. Jaga barang-barang yang dihadiahkan Fahim dan babah pada Yana."
"In shaa Allah, ayah. Ayah, Yana nak berehat dulu. In shaa Allah, nanti Yana telefon ayah semula, ya?" potong Yana. Ada sesuatu yang membuatkan Yana terasa hati dengan kata-kata ayah mengenai Fahim dan kembarnya, Yani.
"Ya, Yana. Jaga diri. Ingat pesan ayah. Jaga diri, jaga kesihatan."
"Ya, ayah. Ayah pun. Jaga diri dan kesihatan ayah. Kirim salam kat ibu, ya ayah?"
"In shaa Allah. Jaga diri, Yana..."
"Ya, ayah. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." talian dimatikan.
"Hah, apa anak kesayangan awak nak? Nak duit?"
"Awak ni, Mina. Kalau Yana je, ada je benci awakkan? Kalau Yani tu, elok je bahasa awak. Sampai anak nak cakap dengan awak, awak tolak."
"Ala, dia bukannya nak cakap dengan saya pun..."
"Itulah awak! Dengan Yana asyik nak berat sebelah je!" terhinjut tubuh Mina dengan herdikan Pak Dollah.
"Satu hari nanti, Yani tu buat masalah, baru awak tahu langit tu tinggi rendah!" tersentak Mak Mina dengan sergahan Pak Dollah.
"Mulai hari ni, awak tanggung sendiri perbelanjaan Yani! Awak banyak duit sangatkan? Saya takkan tolong awak dengan Yani! Entah jenis apa punya ibu awak ni!" bentak Pak Dollah sebelum berlalu.
"Berani eh awak bentak saya, Pak Dollah oi? Eleh! Ingat saya heran ke dengan duit awak? Saya pun ada duitlah. Duit menjahit saya saya, banyaklah!" begitulah perangai Mak Mina bila ditegur Pak Dollah.
"Yana tu bukan anak saya! Yani anak saya!" bebel Mak Mina sebelum mengeluarkan gambar Yani yang disimpan dalam telefon bimbitnya.
"Yani, ayah marah ibu. Sampai hati ayah marahkan ibu sebab Yana..." gambar Yani dikucup. Rindu benar gamaknya Mak Mina pada Yani. Yani sejak berada di negara luar, hanya sekali dia hubungi Mak Mina. Itupun sekadar mengingatkan Mak Mina agar tidak lupa memasukkan wang belanjanya.
Sedangkan, baru dua bulan Yani berada di negara kanggaru. Sudah banyak wang yang dibelanjakan Pak Dollah dan Mak Mina untuk Yani. Sehingga ke hari ini, sudah hampir setahun Yani menyambung pelajarannya di Australia.
Namun, baru dua, tiga kali Yani menghubungi ibunya. Nak bertanyakan khabar ayah atau ibu, jauh sekali. Apatah lagi bertanyakan hal kembarnya, Yana, langsung tidak pernah. Yang Yana tahu, duit, duit, duit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kenapa muram je muka ni, Yana?" tegur Pak Ran sebaik Yana menaiki teksinya selepas dihubungi Yana yang dia mahu ke bandar sekejap utuk mencari bahan rujukan.
"Yana rasa nak demam, pak cik."
"Yana, dah makan ubat?"
"Dah, pak cik. Tapi, badan Yana rasa lemau je..."
"Mungkin perubahan cuaca agaknya..."
"Yelah kot. Mungkin juga sebab Yani kat sana, tak sihat agaknya..."
"Yani?"
"Err, Yana lupa nak bagitahu pak cik. Yana ada kembar seiras, Yani namanya."
"Oh ya ke?Alhamdulillah. Suka pak cik tengok kembar seiras ni. Bertuah badan..." Yana tidak membalas kata-kata Pak Ran. Pak Ran perasan perubahan wajah Yana.
"Kenapa kembar Yana tak belajar sama dengan Yana?"
"Yani tu lain perangainya, pak cik."
"Apa yang lainnya? Kata kembar seiras. Kembar seiras selalunya sama perangai, sama minat, sama semuanya..."
"Tak, pak cik. Yana dengan Yani tak sama perangai. Rupa kami memang seiras, cuma membezakan Yana dengan Yani, lesung pipit ni." Yana menuding jari ke lesung pipit di pipinya.
"Dalam lesung pipit, Yana..." Yana kulum senyum.
"Pak cik pernah tanya Yana dulukan, kenapa orang tua Yana tak hantar Yana?" soal Yana selepas seketika mereka berdua mendiamkan diri.
"Ya. Tapi, kenapa?"
"Ibu Yana tak pernah pedulikan Yana, pak cik. Bagi ibu, Yani je anak ibu. Segala-galanya, Yani. Seolah-olah, Yana ni tak pernah wujud." keluhan berat dilepaskan Yana. Pak Ran turut mengeluh perlahan.
"Yana sendirian, pak cik. Yani bercinta dengan lelaki lain tapi Yana dipaksa kahwin dengan lelaki tu."
"Kahwin? Jadi, sekarang?"
"Yana dipaksa ibu. Kononnya sebagai ganti pada Yani yang sambung belajar kat luar negara. Padahal, keputusan peperiksaan Yana jauh lebih baik dari Yani. Tapi, disebabkan ibu..." terhenti bicara Yana. Air mata mula bertakung di tubir mata.
"Ibu paksa Yana kahwin dengan alasan nak balas jasa budi keluarga lelaki tu."
"Allahuakhbar... Yanakan masih muda?"
"Ibu tak peduli semua tu."
"Bagaimana dengan ayah, Yana?"
"Ayah memang membantah pada awalnya. Tapi, Yana dapat rasakan yang ayah seolah-olah takut pada ibu. Entahlah, mungkin itu pandangan Yana je kot." ujar Yana lagi sekadar menyedapkan hati.
"Cuma ceritakan pada pak cik apa sebenarnya yang berlaku."
"Lelaki tu sebenarnya tak ikhlas nakkan Yana, pak cik. Dia sekadar nak balas dendam pada kembar Yana sebab tinggalkan dia. Dan... Yana dah diceraikan..." esakan kecil mula kedengaran.
"Cerai?"
"Yana dah bergelar janda sekarang ni. Janda berhias." tertawa kecil Yana dengan bicaranya sendiri. Mungkin bagi Yana, janda berhias yang dimaksudkan itu sesuatu yang mencuit hati. Entahlah.
"Janda berhias? Maksudnya, Yana belum..."
"Tak, pak cik. Yana sempat jadi isteri selama seminggu sebelum dia lafazkan talak satu pada Yana."
"Ya Allah..."
"Selama seminggu tu Yana tidur di lantai beralaskan toto sementara dia tidur di atas tilam empuk."
"Astaghfirullahalazim... Tapi, macamana dengan keluarga mertua Yana?"
"Alhamdulillah, keluarga mertua Yana baik sangat. Terlalu baik. Dorang tak pernah sisihkan Yana walau Yana hanya menantu tinggal..."
"Ayah dengan ibu Yana?"
"Ayah je yang selalu tegur Yana, fikirkan hal Yana. Ibu sikit pun tak kisah. Yana nak makan ke, mati ke, sikit pun ibu tak peduli. Sampai hati Yana ke stesen keretapi hari tu pun, ibu tak ikut. Macam-macam alasan yang ibu bagi."
"Allahuakhbar. Ibu jenis apa tu?" Yana jongket kedua bahunya.
"Masa kembar Yana dapat peluang belajar ke luar negara, macam-macam ibu buat sampai sanggup pinjam duit kat orang semata-mata nak jadikan impian Yani satu kenyataan."
"Belikan iphone mahal, beribu harganya demi nak tunaikan kehendak Yana. Dengan Yana, sikit pun ibu tak tanya. Ibu marah lagi adalah. Kononnya membazir. Kesiankan Yana, pak cik?"
"Kenapa Yana tak sambung belajar ke luar negara? Yana tak dapat peluang?"
"Yana dapat, pak cik. Cuma, Yana tak sanggup nak susahkan ayah dan ibu. Jadi, Yana matikan niat Yana."
"Ibu ayah tahu pasal tawaran belajar kat luar negara tu?"
"Tahu. Yana dah tunjukkan surat tawaran tu."
"Yang menjadi tanda tanya, Yana sendiri tak tahu bila masa Yani dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Sesuatu yang pelik. Ada je pak cik mak cik Yana yang persoalkan perkara yang sama. Tapi, disebabkan Yani anak kesayangan ibu, ibulah yang back-up Yani."
"Mungkin ke itu surat tawaran untuk Yana? Disebabkan muka kalian berdua seiras, jadi Yani ambil peluang untuk tukar nama tu atau mungkin sebaliknya. Pak cik agak je, Yana. Tapi, tak mustahilkan?" Yana terdiam seketika.
"Kalaulah itu yang berlaku, tak tahulah Yana nak cakap. Sebab, Yana yakin, Yani tak sebijak Yana. Malah, keputusan peperiksaan Yani tak sebaik Yana. Nak berbicara dalam bahasa inggeris pun, Yani tak pandai."
"Hurm, kalau dah begitu kata Yana, silap haribulan memang Yani ke sana bukan untuk belajar."
"Maksud pak cik?"
"Untuk belajar di luar negara, tak semudah yang disangka. Kat luar negara tu, bahasa inggeris tu satu keperluan, kewajiban untuk kita berbicara dengan bangsa-bangsa lain."
"Yana tahu, pak cik."
"Tapi, kenapa Yana ceritakan semuanya pada pak cik?"
"Maafkan Yana, pak cik. Yana rindukan ayah. Pak cik dah macam ayah Yana sendiri." air mata yang sudah berhenti mengalir, berjujuran semula membasahi wajah mulus Yana.
"Benci sangat ibu pada Yana. Yana ni ada ayah je, pak cik. Ayah jauh dari Yana. Sekarang ni pak cik je yang Yana percaya. Yana rindu ayah..." teresak-esak Yana melepaskan segala isi hatinya.
Keluhan berat Pak Ran lepaskan bersama lirikan ke arah Yana yang masih menangis hiba.
"Yana, Yana kena terima takdir Allah. Anggap ini sebagai sebahagian dari ujian Allah..." pujuk Pak Ran.
"Salah ke Yana hadir ke dunia ini, pak cik? Salah Yana ke dilahirkan dalam keluarga yang berat sebelah sebegini?" esakan Yana menyesakkan jiwa Pak Ran. Tidak disangka, Yana yang kelihatan tenang dan ceria, menyimpan seribu kedukaan.
Dalam usia muda yang baru berusia sembilan belas tahun, Yana sudah bergelar janda berhias. Cuma, rasa syukur tetap bersarang di dalam hati Pak Ran apabila Yana sebenarnya belum pernah terusik.
Sekurang-kurangnya, Yana tidak mengandung anak lelaki itu. Seminggu bergelar isteri ternyata menyakitkan.
Undang-undang mana membolehkan pernikahan sebegitu, Pak Ran pun tidak tahu.
"Yana, lepaskan semuanya. Nangislah. Pak cik sedia mendengar segalanya. Asalkan Yana kembali rasa lega dan tenang."
"Yana dah okey, pak cik. Terima kasih, pak cik. Maafkan Yana sebab dah susahkan pak cik dengar masalah Yana..." ujar Yana dengan tawa kecil.
"Takpe, Yana. Takde masalah. Pak cik sudi menjadi bahu bersandar untuk Yana. Kalau Yana nak luahkan apa sahaja, telefon pak cik, ya? Jangan segan, jangan malu. Pak cik dah anggap Yana macam anak pak cik sendiri." Yana mengesat air mata dengan belakang tangan.
"Terima kasih, pak cik."
"Dah rasa lega?"
"Dah..."
"Jom kita pergi makan. Pak cik lapar lepas tengok orang menangis..." Yana tertawa kecil sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Cantik lesung pipit Yana. In shaa Allah, Yana. Satu hari nanti, kewujudan Yana akan dirasai semua manusia yang menghargai Yana."
"Mungkin ada hikmah kenapa Allah uji Yana sebegini. Kekadang, Allah tarik sesuatu yang kita sayang tetapi sebenarnya tak baik untuk kita. Kita merancang, Yana. Allah menentukannya."
"Jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku, faham?"
"Faham, pak cik."
"Dah, jom turun. Lapar pak cik tengok Yana meleleh." Yana tertawa lagi.
"Eh, tempat apa ni, pak cik? Restoran mahal ni..."
"Taklah. Restoran ni milik kawan pak cik. Kalau pak cik datang, dia akan bagi diskaun. Tapi, makanan kat sini semuanya sedap-sedap belaka, tau. Jomlah. Nanti, lambat balik asrama..."
"Takpe ke Yana pakai macam ni?"
"Yana pakai apa pun, dah cantik, Yana..." Yana tersenyum malu.
"Sedap tak?"
"Sedap sangat, pak cik. Kenyang perut Yana. Terima kasih, pak cik."
"Sama-sama. Nanti ada rezeki lebih, pak cik bawa Yana ke tempat makan lain pula, ya?"
"Eh, takpe pak cik. Yana hari ni rasa moody sikit. Pak cik jangan susahkan diri sebab Yana. Yana rasa bersalah nanti."
"Yana, pak cik tak anggap Yana menyusahkan. Malah, pak cik bangga ditemukan dengan anak sebaik Yana. Pak cik ni anak-anak dah besar dan ada hidup sendiri. Jarang dapat bertemu. Pak cik sendirian, Yana..."
"Mana isteri pak cik?"
"Dah takde, Yana. Isteri pak cik dah meninggal dunia."
"Innalillahiwainnalillahirajiun. Mak cik sakit apa?"
"Kanser perut tahap empat."
"Allahuakhbar... Maafkan Yana, pak cik."
"Takde apa yang nak dimaafkan, Yana. Sebab tu pak cik bawa teksi ni. Nak hilangkan kesunyian."
"Kenapa pak cik tak cari lain?"
"Untuk apa? Pak cik dah bersama mak cik hampir empat puluh tahun, Yana. Pak cik tak nak kahwin hanya sebab nafsu. Tanggungjawab tu berat sebenarnya, Yana..."
"Bila berkahwin sebab nafsu, memang takkan bahagia. Dalam perkahwinan ni perlu ada kerjasama. Sama-sama memberi, sama-sama menerima. Saling melengkapi."
"Kalau hidup sebab nak fikirkan diri sendiri, ego sendiri, memang tak ke manalah hidup kita."
"Yana faham, pak cik. Tapi, bekas suami Yana baik dengan Yana. Dia sedar kesilapan dia, pak cik. Setakat hari ni, dia banyak bantu Yana dari segi kewangan."
"Alhamdulillah. Jadi, Yana ada hasrat nak kembali ke pangkuan dia?"
"Tak. Itu semua takkan berlaku. Yana nak bina kehidupan Yana sendiri. Yana nak capai impian dan cita-cita Yana. Soal jodoh, biarlah Allah menentukannya..." luah Yana.
Done update 4 chapter yg boleh dibaca secara percuma. bab 5 sehingga penamat akan dilock harap maklum
Share this novel